episode 18

6 2 0
                                    

Setelah satu jam berlalu. Mereka semua sudah bergambar dan berjalan-jalan di tepi tasik, kemudian Aina dan semua keluarga nya telah berjalan melepasi jambatan tersebut.

Kemudian tiba-tiba Anas menjerit. "Aahhhh ummi-ummi!"

Muaz dan Erysha terleka, mereka telah berjalan ke depan dengan tidak memerhatikan Anas di belakang mereka.

"Anas!" Aina mendengar suara anaknya lalu dia mencari Muaz dengan sangat panik. "Muaz! Mana!" Tanya Aina pada Erysha.

Kemudian Aina berlari ke arah tasik, dia melihat orang-orang tempatan dan pelancong sudah berkumpul di sana sedang melihat Muaz yang telah masuk ke dalam tasik untuk menyelamatkan anak saudara nya itu yang sudah berada di tengah tasik.

Kemudian Erysha terangkan kepada Aina yang sedang melihat Muaz berenang mendekati Anas.

"Kak Aina, tadi ada orang lihat seorang wanita telah menolak Anas ke dalam tasik!" Erysha berasa sangat bersalah.

Aina memandang Erysha yang dalam keadaan sangat ketakutan, lalu Aliya telah bertanya. "Siapa! Siapa orang yang dah tolak Anas. Siapa yang nampak!"

Erysha menunjuk kepada seorang makcik tua dan makcik itu mengangguk kan kepala nya. Membenarkan kata-kata Erysha lalu dia berkata. "Perempuan tadi pakai mask dengan topi hitam, lepas dia sudah tolak budak itu dari jambatan ini, dia terus melarikan diri."

Kemudian. Amin terdengar suara makcik lain yang menjerit. "Itu dia! Perempuan yang tolak budak tadi!" Amin memusingkan badan nya dan terus berlari mengejar wanita itu dengan sangat cepat.

Tetapi malangnya Amin tidak berjaya menangkap perempuan itu, kerana dia telah melepasi jalan raya dan kereta terlalu banyak bergerak laju sehingga telah menghalang laluan Amin untuk mengejar nya.

Muaz dapat memegang Anas, lalu dia menggendong anak saudaranya itu dan membawa nya naik ke atas. Aina mendatangi anak nya.

Kemudian Muaz terus melakukan CPR, sementara menunggu ambulance datang.

Anas tersedar, tetapi masih dalam keadaan sangat lemah.

Setelah lima minit, Anas pengsan semula di pelukkan ummi nya. Aina memegang dan menepuk pipi anaknya dengan air matanya mulai menitis. "Anas bangun sayang, bangun. Buka mata! Ummi ada di sini sayang." Suara Aina bergetar-getar menahan tangisan.

----------------

Semasa dalam perjalanan ke hospital Amin telefon Burak, lalu menceritakan apa yang telah terjadi dan Amin telah menyuruh nya untuk datang ke hospital.

Sampai di hospital. Minah tidak bertanya apa-apa kepada Aina, dia segera memeluk Aina erat untuk menenangkan Aina yang menangis teresak-esak di sisinya.

Semasa mereka semua menunggu di depan pintu bilik kecemasan.

Amin telefon Abi dan beritahu mengenai kejadian tadi. Suha dan Erysha duduk di sebelah Aina sambil menenangkan Aina yang sedang menunduk kan wajah nya.

"Kak Aina, Erysha minta maaf, Erysha tak jaga Anas." Erysha menangis pelahan sambil melihat Aina.

Aina menggeleng kan kepala nya sambil memeluk Erysha daripada tepi dan berkata. "Tak apa Erysha, tak apa."

Minah bertanya kepada Aira dan Aliya, apa yang telah terjadi tadi.

Kemudian..

Burak telah sampai di hospital lalu dia melihat Aina sedang menunduk mengesat air mata.

"Macam mana dengan keadaan Anas." Tanya Burak pada Amin.

Belum sempat Amin ingin bercakap doctor telah keluar dari ruang kecemasan dan memberitahu.

Aina SukainahWhere stories live. Discover now