episode 16

9 2 0
                                    

Kemudian Minah menerangkan kepada Abi dan Umi yang Aina perlukan tempat untuk dia luahkan perasaan bersalah nya itu kepada seseorang yang boleh buat dia cerita.

Keadaan Aina sukainah sekarang ini sama seperti enam tahun yang lepas, jiwa, fikiran, dan hati dia tidak tenang, mental Aina kini tidak sihat.

"Aina jadi macam ni, lepas dia tahu siapa Burak yang sebenar nya." Kata Minah pada Abi dan Umi.

Abi dan Umi juga berfikiran yang sama seperti Minah.

Minah dengan Abi dan Umi berbincang di beranda di dalam bilik Abi dan Umi sambil minum air.

----------------

Jam 10:00am.

Selepas sarapan pagi. Abi telah menyuruh Aina untuk pergi menemani Minah berjalan-jalan bersama Aira dan Aliya.

Mereka berempat telah pergi bersiar-siar melihat pemandangan kota istanbul turki. Mereka berempat makan tengah hari di luar dan solah zohor di masjid Aya Sophia.

----------------

Selepas mereka selesai dari solah zohor berjemaah di masjid Aya Sophia. Aira dan Aliya ingin pergi berjalan-jalan di sekitar masjid Aya Sophia untuk bergambar di tempat-tempat yang cantik di kawasan masjid itu.

Minah dan Aina tidak ikut bersama mereka, kerana Minah ingin bercakap sesuatu dengan Aina.

Semasa mereka masih berada di ruang solah Minah berkata. "Aina ada apa-apa yang kau nak beritahu aku? Apa-apa saja!"

Aina menggeleng kan kepala nya sambil bersuara. "Tak ada apa."

"Aina boleh tak kau bagitahu aku perkara yang sebenar, jangan sembunyi kan apa-apa lagi daripada aku! Aina aku ni seorang doctor yang dah lama merawat kau, jadi aku kenal kau Aina."

Aina memandang Minah dan berkata. "Kau mesti dah tahu soal Burak kan."

Minah mengangguk dan berkata. "Ya, Aira dengan Aliya dah bagitahu aku malam tadi."

"Kau tahu yang dia suami arwah Aishah."

"Ya Aina, tapi aku yakin yang dia dah redha dengan takdir dia."

Aina menggeleng kan kepala nya sambil menunduk kan wajah nya.

"Aina cuba lah kau sedar yang selama ini kau dah bahagia kan anak-anak kau dan sekarang ni kau dah bahagia kan tiga lagi jiwa Leyla, Ryan, dan Burak."

Minah bercakap sambil melihat Aina menunduk kan wajah nya sambil mengesat air mata nya yang mula jatuh menitis.

"Aina kau kena maafkan diri kau sendiri, barulah hati kau akan tenang kalau kau betul-betul dah memaafkan diri kau."

"Aina kau kena beritahu Burak perkara yang sebenar beritahu dia yang selama ini hidup kau juga menderita sama macam dia."

"Kalau akak dah bagitahu dia, boleh ke dia maafkan akak. Sebab akak lah dia."

"Aina cukup! Jangan cakap macam tu lagi. Pemikiran seperti itulah yang kau kena buang. Di sebabkan pemikiran kau itulah yang jadikan keadaan kau macam ni. Aina kau masih ada anak-anak yang perlukan kasih sayang daripada kau Ryan, Leyla, Umar dan Anas." Minah bercakap sambil melihat Aina.

"Kalau dia benci akak dan dia nak ambil Umar dengan Anas dari akak macam mana! Akak tak boleh kehilangan dorang." Aina bercakap sambil memegang tangan Minah.

"Aina, jangan fikirkan perkara yang belum berlaku. Kau kena fikirkan perkara yang sudah berlaku sekarang, kau tahu kan yang Burak betul-betul cintakan kau. Leyla dan Anas sangat sayangkan kau. Umar dan Ryan sangat perlukan kau."

Aina SukainahWhere stories live. Discover now