Selepas selesai sarapan pagi, mereka semua pergi ke hospital untuk menghantar Aina dan anak-anaknya ke sana, kemudian Abi, Umi dan Amin bersama anak dan isteri nya bergerak ke rumah keluarga Erysha.
----------------
Selepas solah zohor. Jam 2:00pm.
"Today your child's fever is getting better, so tomorrow morning he can go home." Kata doctor yang merawat Anas.
"Thank you doctor." Aina tersenyum sambil memeluk anaknya Anas.
Kemudian Muaz terus menelefon Abi dan memberitahu yang Anas boleh balik esok pagi, hari ini Anas masih perlu makan ubat.
Kemudian Abi juga memberitahu mereka bahawa hari ini, Abi Umi dan Amin, akan tidur di rumah keluarga Erysha selama dua malam, kerana ada banyak urusan yang masih belum di selesaikan lagi, dan Abi telah menyuruh Burak untuk datang ke hospital pagi esok untuk menjemput mereka dan menghantar mereka pulang ke apartment.
----------------
PETANG. Jam 6:30pm.
Petang itu Burak telah pergi ke kedai makanan masakan muslim lalu dia membeli makanan itu buat Aina bersama adik-adiknya dan anak-anaknya untuk makan malam nanti.
Hari ini mereka tidak mahu pulang ke apartment. Kerana keluarga mereka tiada di rumah, jadi malam ini mereka semua akan tidur di hospital.
----------------
Jam 8:00pm. Di hospital.
Aira, Aliya, Minah, dan Leyla mereka telah pergi solah maghrib di surau hospital.
Kemudian Burak telah sampai di hospital lalu dia melihat Aina sedang solah maghrib berjemaah bersama Muaz.
Kemudian Burak menunggu di luar sambil duduk di bangku yang ada di sebelah bilik itu.
Kemudian Burak mendengar suara Muaz bercakap dengan kakaknya. lalu Burak mengetuk pintu bilik kerana Aina dan Muaz telah selesai solah.
Kemudian Muaz membuka pintu lalu Burak berkata. "Boleh ke abang jumpa kak Aina sekejap?"
Muaz mengangguk dengan senyuman nya dan berkata. "Sekejap abang Burak, kak Aina tengah bersiap." Muaz memandang kakaknya kemudian Aina memakai niqab nya.
Kemudian Muaz membenarkan Burak masuk ke dalam bilik. Burak terus berjalan mendekati Aina yang sedang duduk di sebelah Anas di atas katilnya.
Burak melihat Aina sambil bersuara pelahan. "Saya nak cakap sikit dengan awak. Boleh ke kita ke taman sekejap."
Aina melihat adik-adiknya. Aira Muaz, dan Aliya, mereka mengangguk dan membenarkan kakak mereka pergi.
Aira Aliya Minah dan Leyla sudah pulang daripada solah maghrib di surau, mereka melihat Burak sedang bercakap dengan Aina.
Kemudian Aina memandang Burak lalu dia menggangguk kecil.
----------------
Burak berjalan ke arah taman hospital, dan Aina mengikuti nya dari belakang.
Sampai di bangku taman. Burak menyuruh Aina untuk duduk di bangku kemudian Aina duduk di hujung bangku sebelah kanan.
Kemudian Burak juga telah duduk di hujung bangku sebelah kiri.
Kemudian.
Burak melihat ke arah depan sambil mengangguk dan berkata di dalam hatinya. "Perlu ke aku tanya dia! Ya, aku kena buat Aina berterus-terang!"
Burak memandang Aina dengan perasaan yang sangat berdebar-debar lalu dia berkata. "Aina, saya ingin jadi ayah kepada Umar dan Anas.
Aina mengangkat wajah nya lalu Aina melihat Burak dengan wajah nya yang sangat terkejut sambil berkata di dalam hati. "Burak dah tahu ke? Tak! Abi tak akan beritahu Burak soal Aishah." Aina menggeleng kan kepala nya sambil menunduk.
YOU ARE READING
Aina Sukainah
Short StoryKisah Kehidupan Seorang Wanita Bernama Aina Sukainah Yang Menemukan Cinta Sejatinya Di Usia 30-an. . . . IG @kina_ariffin . . . ⚠️STRICTLY, THIS IS FULLY MY IDEA ⚠️LET ME KNOW IF YOU HAD READ THIS STORY AT ANOTHER'S ACCOUNT