Enam tahun kemudian. Tahun 2024 awal bulan March.
PETANG. Jam 6:30pm.
Aina berada di dapur sedang mencuci cawan. Lalu Aina memanggil anak-anaknya yang sudah berumur enam tahun dua bulan. "Anas dengan Umar dari mana ni, kenapa baju kotor." Aina bercakap dengan nada suara yang lembut.
"Tadi acik Muaz ajak kita main bola." Anas menjawab
"Baiklah. Anas dengan Umar pergi mandi, ya." Aina senyum manis sambil mengusap kepala anaknya.
"Okay ummi." Jawab Anas dan Umar.
Aina telah membesarkan anak-anak arwah Aishah dengan penuh kasih sayang dan penuh dengan perhatian.
Umar adalah anak yang mengalami autism, dia sangat menyayangi umminya sehingga tidak boleh berpisah dari Aina walaupun sesaat. Umar lebih tua daripada Anas, umur mereka hanya berbeza dalam beberapa minit sahaja.
Anas adalah anak yang normal seperti kanak-kanak yang lain. Dia sangat matang dan sangat memahami keadaan abangnya yang seperti itu. Anas seorang anak yang boleh hidup berdikari dan boleh diharapkan untuk menjaga abangnya.
----------------
MALAM. Jam 9:30.
Selepas solah isyak. Abi, Amin, dan Muaz, baru balik dari solah berjemaah di masjid.
Abi panggil semua ahli keluarga duduk di laman rumah. Sambil minum teh tarik yang Aira buat.
"Pagi tadi pakcik pada teman wanita Muaz, ada jumpa Abi di madrasah, dan dia tanya Abi bila nak masuk meminang anak saudaranya itu."
Teman wanita Muaz bernama Erysha emyra lahir pada tahun yang sama dengan Muaz 1999. Dia seorang hafizah Al Qur'an 30 juz. Erysha mempunyai ibu, nenek, dan pakcik nya sahaja. Erysha orang Malaysia yang tinggal di Turki bersama ibunya dengan neneknya.
"Okay! Bila kita semua nak pergi Turki?" Semua ahli keluarga sangat terkejut setelah mendengar apa yang Abi katakan itu.
Muaz tersenyum, sambil tundukkan kepalanya, kerana Muaz sudah tahu keputusan Abi.
"Kita akan duduk lama di Turki. Kita semua akan pulang ke Malaysia. Selepas Muaz dengan Erysha bernikah."
"Abi macam mana dengan Minah, dia akan ikut kita juga ke?" Amin bersuara.
Semua keluarga serentak melihat ke arah Amin dengan senyuman mereka.
Isteri Amin mencubit peha suaminya di bawah meja, sambil tersenyum melihat Abi dan Umi
"Allah sakit nya." Amin bersuara sambil melihat isterinya dengan senyuman sakit. Lalu Amin berkata lagi "Umar perlukan doctor kalau dia sakit ke, apa saja boleh jadi kan, dan Umar juga sudah biasa dengan Minah, kan Abi." Amin berkata sambil melihat Abi dan Umi.
Semua tersenyum sambil meminum teh.
"Betul. Minah sudah seperti ahli keluarga kita. Aina, esok pagi kau pergi beritahu Minah. Tanya dia kalau dia nak ikut kita atau tak. Aira dengan Aliya temankan Aina ke klinik okay."
Mereka bertiga mengangguk sambil berkata. "Baiklah Abi."
Keputusan mesyuarat telah pun di buat. Semua ahli keluarga Nordin akan berangkat ke Turki, pada pertengahan bulan April 2024 selepas hari raya aidil fitri.
****************
Keesokan harinya.
"Tinggal sebulan saja lagi. Kita semua akan ke Turki." Aliya bercakap dengan Aira dan Aina di bilik, sambil bersiap-siap memakai niqab mereka untuk pergi ke klinik Minah.
YOU ARE READING
Aina Sukainah
Short StoryKisah Kehidupan Seorang Wanita Bernama Aina Sukainah Yang Menemukan Cinta Sejatinya Di Usia 30-an. . . . IG @kina_ariffin . . . ⚠️STRICTLY, THIS IS FULLY MY IDEA ⚠️LET ME KNOW IF YOU HAD READ THIS STORY AT ANOTHER'S ACCOUNT