episode 10

7 2 0
                                    

Aina berjalan terus tanpa ada reaksi apapun.

Burak mengusap wajah nya kasar lalu memegang rambut nya. "Adakah aku salah cakap! Atau dia cuma malu! Kenapa dia menangis!" Burak berkata di dalam hati dengan perasaan ingin tahu yang amat sangat.

Burak duduk termenung sambil menemani anak-anaknya bermain.

Kemudian Leyla berdiri di sebelah Burak sambil memanggil nya dua hingga tiga kali. "Pakcik Burak!"

Burak tersedar lalu dia melihat Leyla. "Ya ada apa?"

"Kita dah nak naik atas. Pakcik Burak ikut juga kan."

"Ya." Burak mengangguk dengan senyuman nya.

----------------

Setelah Aina naik ke atas dia terus masuk ke dalam bilik sambil menahan air mata nya. "Ya Allah kenapa aku di pertemukan dengan dia, ya Allah jangan uji aku dengan kehilangan anak anak ku."

Semua keluarga mengintip Aina dengan Burak dari atas. Ada yang melihat dari beranda dan ada yang melihat dari tingkap dalam bilik mereka.

Semasa Aina terus masuk ke dalam bilik nya, mereka semua tidak mahu bertanya apa yang telah berlaku kerana Aina kelihatan sedang menahan tangisan.

----------------

Semasa solah maghrib.

Burak sedang duduk di sofa, dia melihat Abi menjadi imam solah untuk Anas dan Umar di ruang tamu.

Burak berasa tenang semasa melihat Abi bersolah berjemaah.

Setelah selesai solah maghrib. Anas dan Umar terus bangun dan berlari masuk ke bilik umminya.

Burak turun dari sofa dan duduk bersila di sebelah Abi yang sedang berwirid, lalu dia bertanya. "Ustaz, saya mahu tahu tentang solah."

"Baiklah, tapi itu nanti Abi akan jelaskan. Sekarang ini Abi nak tahu apa yang terjadi dekat taman tadi?"

Burak menunduk kan wajah nya seketika. Kemudian dia melihat Abi kembali dengan senyuman nya yang sedih.

"Aina mendiamkan dirinya ustaz! Dan setelah itu dia menangis." Burak menunduk dan memejam kan mata nya

Lalu Burak melihat Abi kembali dan bicara semula. "Aina bangun tanpa berkata apa-apa ustaz! Saya tidak tahu apa salah saya! Mungkin saya ada salah cakap, atau Aina memang tidak mengharapkan apa-apa dari saya!" Burak terlihat sangat kecewa.

"Burak, Abi ingin kamu tahu sesuatu, ini soal diri Aina." Abi memegang tangan Burak lalu dia mengangguk kan kepala nya sambil melihat Abi dengan perasaan yang sangat ingin tahu.

"Aina sukainah adalah seorang anak, ibu, dan seorang wanita yang tidak memikirkan tentang dirinya. Aina lebih mengutamakan keluarga dan anak-anaknya daripada dirinya sendiri. Abi harap kamu dapat memahami Aina."

Mata Burak mula bergenang air mata, dia melihat Abi lalu dia mengangguk kan kepala nya. "Baik ustaz, saya akan cuba untuk memahami nya."

"Mulai sekarang, kamu harus panggil Abi. Jangan ustaz-ustaz lagi, boleh kan." Abi ingin menyenangkan perasaan Burak yang sedang kesedihan.

"Benarkah ini ustaz! Maaf salah. Abi! Terima kasih Abi." Burak kembali senyum sambil memeluk Abi dengan perasaan nya kembali semangat.

Abi berkata pelahan sambil mengusap lengan Burak. "Aina masih takut dengan apa yang telah terjadi mungkin kerana itu dia menangis."

Burak mengangguk sambil melihat Abi dengan senyuman nya. "Ya Abi, saya faham."

Makanan sudah di hidangkan. Lalu Umi mengajak Abi, Burak, Leyla, Umar, Anas, dan Ahmad untuk makan.

Aina SukainahWhere stories live. Discover now