episode 14

9 2 0
                                    

Setelah selesai urusan mereka di clinic. Semasa di dalam kereta.

Anas mengingati janji Burak tadi. Lalu Anas berkata. "Baba Burak, tadikan baba dah janji nak belikan mainan untuk Anas dengan Umar."

"Baba nak beli mainan. Mainan untuk Umar dan Anas." Umar berkata dengan gembira sambil melihat ummi nya.

Aina mengangguk sambil mengusap pipi Umar dengan senyuman manisnya.

"Okay jom." Burak sangat gembira kerana mendengar Anas dan Umar memanggil nya baba di depan Aina.

Burak menggendong Umar sambil mencari mainan. Aina pula memegang tangan Anas sambil mencari mainan yang ingin di beli.

"Anas, ambil satu sahaja mainan." Aina berkata pelahan sambil memegang bahu anak nya.

"Okay ummi." Anas mengangguk kan kepala nya dengan perasaan gembira.

Semasa Umar dan Anas sudah mengambil mainan nya tiba-tiba Aina mendekati Burak.

Burak sangat terkejut lalu dia bertanya. "Kenapa Aina! Ada apa?" Burak bercakap dengan debaran yang kuat di dalam hatinya.

Aina menunduk dan berbisik dengan suara yang cemas. "Saya lihat Jocelyn. Dia ada dekat sini. Saya nampak dia tadi dekat sana!" Aina menunjuk ke arah pintu kecemasan.

"Apa! Mana!" Burak melihat sekeliling nya dan ternampak kelibat Jocelyn yang sudah masuk ke dalam tangga kecemasan.

Burak ingin mengejar Jocelyn tetapi Aina telah memegang lengan baju Burak untuk menghentikan tindakan Burak.

Kemudian Aina berkata. "Tolong jangan tinggalkan kami!" Aina melepaskan tangan nya lalu dia menunduk dan berkata pelahan. "Kita kena balik sekarang."

Burak mengangguk kan kepala nya sambil melihat Aina dan berkata di dalam hatinya dengan perasaan yang sangat kesian melihat Aina dan sangat marah kepada Jocelyn.

"Dia dah berjaya buat Aina takut pada dia. Aku akan pastikan kau akan menyesal dengan perbuatan kau kepada Aina."

Aina menggendong Anas dan berjalan dekat dengan Burak yang menggendong Umar ke kaunter bayaran.

Aina berdiri dekat di sebelah Burak sampai tudung nya terkena bahu Burak.

----------------

Di dalam kereta.

Burak melihat mata Aina dari cermin hadapan, mata Aina kelihatan banyak berfikir.

Burak bersuara. "Aina, saya akan cari dia sampai jumpa, awak jangan risau. Sekarang ini dia ada dalam pencarian kami."

Aina mengangguk kan wajah nya sambil melihat Burak dari cermin dengan perasaan yang sangat lega setelah mendengar kata-kata Burak.

----------------

Jam 5:00pm.

Setibanya di depan apartment. Umar dan Anas telah tertidur di dalam kereta. Aina yang duduk di belakang kerusi Anas ingin bangun kan anak nya dan semasa Aina ingin membuka pintu kereta.

Burak tiba-tiba memusingkan badan nya ke arah Aina sambil memandang Aina dan berkata. "Aina, bolehkah saya tanya awak sesuatu?" Burak bersuara pelahan.

Aina terhenti dan berkata di dalam hati nya. "Apa yang dia nak tanya? Apa sebenar nya yang Burak nak cakapkan."

Aina melihat Burak lalu berkata. "Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk kami." Aina sudah membuka pintu kereta dan ingin turun.

"Aina sekejap. Saya cuma ingin katakan sesuatu. Tolong dengar apa yang saya nak cakapkan." Aina terdiam lalu dia merapatkan kembali pintu nya dengan perasaan yang sangat berdebar-debar

Aina SukainahWhere stories live. Discover now