"Perempuan zaman sekarang ini tak boleh percaya kan sangat."
"Macam anak makcik itu!" Burak berkata dengan perasaan yang sangat marah.
"Kamu jangan kaitkan Jocelyn dalam masalah ini!" Kata Jamilya dengan keras.
"Kenapa tak boleh! Makcik yang sudah masuk campur dalam urusan saya dan Leyla!" Burak bercakap dengan tegas.
"Makcik tak boleh sama kan semua wanita macam anak makcik!" Kata Burak yang sedang menahan marah nya.
"Makcik tak rasa bersalah ke, kerana dah menuduh Aina macam tu, sampai dia jatuh pengsan." Burak berkata dengan suara yang kuat.
"Makcik tak patut buat tuduhan seperti itu pada Aina." Burak bersuara kesal.
"Saya kenal Aina, saya kenal abang dia dan saya kenal ibu dia." Burak bercakap sambil melihat makcik nya itu dengan sangat kesal.
"Kamu tu anak saudara aku! Dan budak-budak tu, cucu saudara aku! Apa salah nya aku masuk campur!" Jerit Jamilya.
"Tak! Memang tak boleh, sebab saya adalah pakcik pada budak-budak itu dan saya yang bertanggung jawab atas Leyla dengan Ryan." Burak berkata dengan tegas.
"Kenapa makcik Jamilya tak pernah cuba untuk faham saya dengan Leyla." Burak berkata dengan suara yang sangat kecewa.
Kemudian Burak pergi tanpa berkata apa-apa lagi. Burak menaiki kereta dan pergi ke arah masjid aya sophia.
Burak dan Jamilya bercakap dalam bahasa turki.
----------------
Sampai di masjid. Burak menunggu Abi yang masih belum sampai lagi.
Setelah sepuluh minit. Abi duduk di depan Burak, lalu Abi menepuk kedua tangan Abi dan bunyi kuat itu telah membuat Burak terus tersedar dari fikiran nya yang melayang seperti layang-layang yang berterbangan.
"Maaf ustaz, saya tak perasan, bila ustaz sampai dah lama ke. Saya minta maaf ustaz sebab hari ni saya datang lewat."
"Tak apa Burak, sebab pakcik juga baru saja sampai. Kamu nampak lain hari ni, kamu ada masalah ke?" Tanya Abi yang sudah tahu kejadian tadi.
"Ya ustaz, tadi saya baru saja lepas bertekak dengan makcik saya, kerana dia sudah menuduh Aina macam-macam, sampai Aina jatuh pengsan dekat depan rumah saya petang tadi."
Burak melihat Abi terdiam. Lalu Burak berkata lagi. "Ustaz ingat wanita yang saya cerita kan pada ustaz semalam." Abi mengangguk sambil melihat Burak.
"Ustaz, adakah saya berdosa ustaz?"
"Apa dia?"
"Tadi masa Aina tidak sedarkan diri di hospital. Saya melihat wajah dia ustaz, tanpa izin darinya." Burak bercakap dengan perasaan yang rasa bersalah.
Abi tersenyum lalu berkata. "Tak apa, kerana waktu itu kamu dengan Aina sama-sama dalam keadaan darurat. Jadi kamu tak berdosa."
"Betul ke ustaz! Baguslah kalau macam tu." Burak tersenyum dengan perasaan yang sangat lega.
"Apa perasaan kamu setelah melihat wajah Aina?" Tanya Abi yang ingin tahu.
"Sempurna. Dia adalah seorang wanita yang benar-benar sempurna ustaz. Saya rasa seperti saya ini tidak layak untuk dia." Burak berkata sambil melihat ke bawah dan mengengam kedua tangan nya.
"Kalau benar Aina adalah jodoh kamu, dia tidak akan kemana-mana." Abi berkata sambil memegang tangan Burak dengan senyuman nya.
"Apa pendapat ustaz, kalau saya pergi berjumpa dengan ibu dan ayah Aina dan beritahu mereka, yang saya suka pada anak mereka." Burak bercakap dengan perasaan semangat.
YOU ARE READING
Aina Sukainah
Short StoryKisah Kehidupan Seorang Wanita Bernama Aina Sukainah Yang Menemukan Cinta Sejatinya Di Usia 30-an. . . . IG @kina_ariffin . . . ⚠️STRICTLY, THIS IS FULLY MY IDEA ⚠️LET ME KNOW IF YOU HAD READ THIS STORY AT ANOTHER'S ACCOUNT