episode 11

8 2 0
                                    

Amin berasa sangat lega kerana Burak menangis bukan disebabkan gurauan nya itu.

Abi berkata sambil memegang tangan Burak. "Kami juga sangat bersyukur kerana Allah s.w.t telah menghantar seorang permuda yang benar-benar mencintai anak Abi, dan seorang permuda yang benar-benar mencintai islam."

Burak tersenyum lalu dia bangun dari duduk nya dan ingin memeluk Abi. "Terima kasih Abi." Burak menangis tersedu-sedu.

Malam itu Burak tidur di masjid aya sophia sekali dengan Amin dan Muaz.

----------------

Di apartment. Jam 11:00pm.

Setelah Aina tidur kan Ryan dan Umar. Kemudian Aina keluar dari bilik dan melihat Abi dan Umi ada masih ada di ruang tamu. Aina berjalan ke arah Umi dan bertanya. "Umi, Anas sudah tidur ke?"

"Belum lagi rasa nya, dia lagi merajuk." Kata Umi dengan tersenyum.

Sebelum ini Anas dan Umar tidur dengan ummi nya seperti biasa. Tetapi di sebabkan Aina perlukan rehat. Jadi sudah dua hari Anas dengan Umar tidur di bilik Tok Abi dan Tok Umi.

Malam ini Umar sudah tidur di bilik ummi nya, kerana Aina sudah berasa sihat sedikit. Tetapi Anas sahaja yang masih ingin tidur di bilik Tok Abi dan Tok Umi, kerana petang tadi dia baru saja dimarahi.

----------------

Aina masuk ke dalam bilik Abi dan Umi, lalu Aina duduk di katil sebelah Anas. Kemudian Aina mengusap kepala anak nya.

Aina tahu yang Anas masih belum tidur kerana mata nya berkedip-kedip. "Anas ummi minta maaf, kerana ummi marah Anas tadi. Ummi hanya ingin Anas jadi anak yang taat. Ummi tahu Anas terlupa, sebab itu ummi datang ke sini, ummi nak angkat Anas tidur dengan ummi."

Aina geletek ketiak anak nya. Lalu Anas tersenyum kerana geli-geli, tetapi dia masih lagi buat-buat tidur.

Aina menggendong anak nya keluar dari bilik.

Tok Umi juga tahu yang Anas sedang buat-buat tidur. Lalu Umi datang kepada Aina dan berkata. "Anas masih tidur ke Aina?"

"Ya Umi, lena betul tidur nya." Aina tersenyum.

"Umi, Abi, akak masuk tidur dulu ya." Aina mencium tangan dan dahi Umi.

"Baiklah." Umi mengangguk sambil mengusap kepala Anas.

Abi yang sedang membaca kitab di sofa juga telah melihat Aina sambil mengangguk dengan senyuman nya.

----------------

Sampai di katil. Semasa Aina ingin baring kan anak nya, tiba-tiba Anas bersuara. "Ummi, Anas minta maaf. Anas janji tidak akan buat lagi." Anas merengek sambil mencebir kan mulut nya.

Aina mengusap pipi anak nya dan mencium dahi anak nya. "Baiklah, ummi sudah maafkan Anas." Aina tersenyum manis, lalu dia berbaring dan Anas memeluk ummi nya.

Kemudian Anas teringatkan kejadian petang tadi, lalu dia berkata. "Ummi, tadi ada kawan ummi datang jumpa Anas masa dekat taman tadi."

Aina sangat terkejut, lalu Aina melihat anak nya yang ada di dalam dakapan nya itu. "Siapa! Bila dia jumpa Anas? Kak Leyla ada dekat mana masa tu?"

"Kak Leyla pergi minum air dekat acik Aliya. Waktu itu Anas sendirian."

"Dia ada kata apa pada Anas?" Aina cuba untuk tenang di depan anaknya.

"Dia suruh ummi jawab panggilan dia. Sebab dah banyak kali dia telefon ummi tapi tak dapat. Makcik itu suruh Anas beritahu ummi." Kata Anas sambil melihat ummi nya.

Aina tersenyum sambil melihat anak nya. "Baiklah, nanti ummi telefon dia. Sudah lah, kita tidur ya." Aina bercakap sambil mencium dahi anak nya.

----------------

Aina SukainahWhere stories live. Discover now