Kemudian Burak memegang pipi Aina yang tidak sedarkan diri. Aina telah pun pengsan ketika Burak melakukan perbuatan itu. "Aina maafkan saya! Aina bangun!" Kemudian Burak merasakan denyut nadi di leher dan di tangan Aina. Dia berasa sangat lega kerana denyut nadi Aina masih ada.
Kemudian..
Burak mengari tangan Jocelyn di pagar pintu hadapan, lalu dia menelefon rakan nya dan menyuruh nya datang dengan ambulance.
Kerana Aira, Aliya, dan Muaz. Mereka juga tidak sedarkan diri, di dalam bilik mereka. Jocelyn menggunakan renjatan elektrik untuk pengsan kan adik-adik Aina.
Kemudian Burak mengetuk pintu bilik dan berkata. "Leyla, ini Pakcik Burak! Buka pintu cepat." Leyla memeluk Umar dari tepi untuk menenangkan Umar yang menangis tanpa henti kerana takut.
Selepas pintu dibuka, Umar terus memeluk Burak sambil menangis teresak-esak. Leyla juga terus meluru ke arah Aina, kemudian Leyla menangis sambil berkata. "Ummi Aina! Ummi bangun!"
Burak membangunkan Anas yang sedang tertidur lena. Kemudian Burak menggendong Ryan dan memberikan Ryan kepada Leyla. Kemudian Burak mengangkat Aina dan menggendong Aina sampai masuk ke dalam kereta.
----------------
Di dalam kereta.
Burak menelefon Minah dan menyuruh nya sediakan katil untuk Aina di hadapan pintu kecemasan. Minah bertanya apa yang telah berlaku? Burak hanya terdiam dan telah mematikan panggilan itu.
----------------
Tiba di hadapan pintu kecemasan hospital.
"Apa dah jadi dengan Aina?" Tanya Minah lagi dan lagi sambil melihat Burak menggendong Aina dan membaringkan nya di atas katil.
Kemudian Minah sangat terkejut melihat wajah Aina yang penuh dengan darah. Tanpa bertanya apa-apa lagi, dia terus membawa Aina masuk ke dalam bilik kecemasan.
Burak menunggu di luar pintu bilik kecemasan, bersama anak-anak nya yang sedang menangis tersedu-sedu.
Burak memeluk Umar dan menenangkan mereka dengan kata-kata nya. "Sudah lah, jangan menangis lagi. Jom kita sama-sama doakan untuk ummi. Minta kepada Allah supaya sembuh kan ummi, dan sihat kan ummi?"
----------------
Satu jam kemudian..
Leyla, Umar, dan Anas sudah pun tertidur di kerusi menunggu bersama Burak yang masih duduk menunggu dengan rasa bersalah yang amat sangat.
Burak menelefon rakan nya dan bertanya kan tentang keadaan di apartment. Aira, Muaz, dan Aliya, telah dibawa ke hospital yang sama dengan Aina.
Jocelyn juga telah dibawa ke hospital, kerana luka di muka nya sangat serius, dan dua orang anggota polis sudah mengawal nya. Setelah Jocelyn sedar daripada pengsan, dia akan dibawa ke balai polis.
----------------
Kemudian Minah sudah keluar dari bilik kecemasan. Burak bangun dari kerusi nya dan berdiri, lalu dia bertanya. "Macam mana dengan keadaan Aina?"
"Sepatut nya aku yang tanya kau dulu. Apa jadi dengan Aina! Kenapa tangan dengan baju kau berdarah macam ni? Beritahu aku sekarang juga." Minah sudah bersangka buruk kepada Burak.
"Jocelyn! Dia telah memecah masuk ke dalam rumah Aina, dan masa aku dah sampai. Keadaan Aina macam tu." Burak bercakap sambil menunduk kan kepala nya seketika.
"Jadi kau pukul perempuan tu sampai berdarah macam ni."
"Ya." Burak mengangguk kecil.
"Abi dengan Umi tahu tak kejadian ni?"
YOU ARE READING
Aina Sukainah
Short StoryKisah Kehidupan Seorang Wanita Bernama Aina Sukainah Yang Menemukan Cinta Sejatinya Di Usia 30-an. . . . IG @kina_ariffin . . . ⚠️STRICTLY, THIS IS FULLY MY IDEA ⚠️LET ME KNOW IF YOU HAD READ THIS STORY AT ANOTHER'S ACCOUNT