Jam 2:00 pagi.
Burak telah kembali lagi ke hospital, kerana dia tidak boleh berasa tenang bila dia berada di rumah manakala isteri nya berada di hospital.
Kemudian..
Burak duduk di luar bilik Aina seperti biasa kerana Aliya dan Muaz sudah tidur lena di atas sofa.
Setelah 30 minit berlalu.
"Tolong! Tolong jangan dekat, saya merayu!" Aina bersuara perlahan sambil menggenggam kedua tangan nya dengan sangat erat.
Muaz tersedar daripada tidur nya lalu dia membangunkan Aliya yang sedang tidur.
Kemudian Muaz terus pergi memanggil jururawat yang berada di ruangan menunggu.
Burak melihat Muaz keluar daripada bilik dalam keadaan cemas lalu dia terus bertanya. "Muaz! Ada apa! Kenapa dengan Aina!"
"Kak Aina mengigau lagi, tapi kali ini teruk!" Muaz bercakap sambil memandang Burak yang dalam kerisauan.
"Ya Allah." Burak melihat Aina daripada pintu dan dia mendengar kata-kata Aina. "Tolong jangan!"
Burak berasa sangat sedih dan bersalah terhadap Aina. "Ya Allah sembuhkanlah isteriku, kuatkanlah dia, berikanlah kesihatan yang baik kepada isteriku Ya Allah." Burak berdoa dengan air mata nya yang mula jatuh menitis.
Aliya menepuk pipi kakak nya perlahan-lahan, sambil berkata. "Kak Aina bangun! Aliya ada dekat sini! Kak Aina sedarlah!"
Aina masih tidak sedar akan kata-kata Aliya. Dia terus mengigau sehingga luka di tangan nya berdarah lagi. Aina telah menggenggam tangan nya yang luka akibat pecahan kaca tadi dengan sangat kuat.
Doktor dan jururawat telah datang merawat Aina dan telah memberi nya ubat penenang.
----------------
Setelah selesai. Burak terus bertanya kepada doctor wanita yang merawat Aina itu. "Doctor, how about my wife?"
"She needs to rest because she is still weak."
Kemudian mereka bertiga mengangguk kan kepala sambil Muaz bersuara. "Thank you doctor."
Malam itu Muaz dan Aliya memberitahu keluarga mereka tentang kejadian itu. Kemudian mereka semua telah bangun untuk solah tahajud dan solah hajat untuk Aina.
****************
Keesokan harinya.
Selepas sarapan pagi mereka sekeluarga telah bersiap untuk ke hospital melihat Aina.
Tiba di hospital. Semasa Minah menerangkan keadaan Aina setelah dia sedar nanti kepada semua keluarga yang telah berkumpul di sofa di dalam bilik Aina, tentang apa yang perlu mereka katakan dan apa yang tidak perlu mereka katakan.
Kemudian tiba-tiba Leyla bercakap dengan suara yang gembira. "Tok Abi, Tok Umi! Ummi Aina dah sedar!" Aina membuka mata nya. Dia masih dalam keadaan separuh sedar.
Mereka semua terus menuju ke katil Aina. Kemudian Minah telah menyuruh Suha untuk membawa budak-budak keluar dari bilik itu.
"Abi, Umi, lebih baik kalau semua nya keluar dulu, biar Minah saja yang ada dekat sini dengan Aina." Minah berkata sambil berbisik dekat Abi dan Umi.
Kemudian Abi, Umi dan yang lain, mereka semua telah keluar daripada bilik itu.
Kemudian..
"Aina, tengok aku. Aina, kau dengar tak aku cakap ni?" Minah memalingkan wajah Aina kepada nya.
Aina masih dalam keadaan separuh sedar, dia termenung sambil menitiskan air mata nya. Minah terus memeriksa keadaan badan Aina, lalu dia berkata lagi sambil menepuk pipi Aina dengan perlahan-lahan. "Aina, cakap sesuatu! Aina!"
YOU ARE READING
Aina Sukainah
Short StoryKisah Kehidupan Seorang Wanita Bernama Aina Sukainah Yang Menemukan Cinta Sejatinya Di Usia 30-an. . . . IG @kina_ariffin . . . ⚠️STRICTLY, THIS IS FULLY MY IDEA ⚠️LET ME KNOW IF YOU HAD READ THIS STORY AT ANOTHER'S ACCOUNT