Sepuluh hari kemudian. Ahad 2 june 2024.
Keluarga Nordin telah kembali ke kehidupan mereka sebelum ini. Anak-anak Nordin semua nya sudah kembali mengajar di madrasah mereka.
Tetapi hanya Aina seorang sahaja yang tidak kembali mengajar, kerana dia mempunyai tanggung jawab untuk menjaga Ryan.
Selepas sarapan pagi sebelum anak-anak Nordin pergi mengajar, Abi memberitahu keluarga nya bahawa Burak akan datang untuk makan malam di rumah mereka.
Abi telah menyuruh Aina memasak makanan kegemaran Burak iaitu nasi briyani kambing yang Aina masakan.
Kerana malam ini Abi ingin memberitahu perkara sebenar kepada Aina.
Abi dan Umi telah berbincang dengan Minah tentang Aina dan Burak di klinik Aminah malam tadi. Mereka telah mencapai kata sepakat, pada malam ini Abi dan Umi akan memberitahu Aina bahawa Burak ozcivit ialah suami nya.
Aina menjadi sangat ingin tahu, perkara sebenar apa yang Abi mahu beritahu dia. "Ya Allah apa lagi yang aku tak tahu tentang dia, apa sebenar nya yang Abi sembunyikan daripada akak." Aina berkata di dalam hati sambil menunduk kan wajah nya.
----------------
Tengah hari itu Aina sudah mula sibuk memasak dengan Umi dan Suha yang membantu Aina di dapur.
Sementara itu, Leyla telah mengambil alih tugas umminya iaitu menjaga adik-adiknya Umar dan Ryan di ruang tamu.
Sejak pulang ke Malaysia Anas telah kembali bersekolah.
Manakala Leyla pula, keluarga Nordin telah musyawarah dengan Burak dan mereka semua bersetuju dengan keputusan Burak yang ingin menghantar Leyla ke madrasah, kerana Leyla telah mencecah usia sebelas tahun.
Burak ingin anak saudara nya itu belajar di madrasah Abi dan Aina juga telah bersetuju dengan apa yang Burak ingin kan itu.
Mulai esok, Leyla akan mula masuk kelas seperti sekolah biasa, dia akan pulang ke rumah selepas habis belajar.
----------------
MALAM. Jam 9:30pm.
Selepas selesai solah isyak berjemaah di masjid. Abi, Amin, Muaz, dan Burak, sudah tiba di hadapan rumah mereka.
Anak-anak perempuan Nordin telah siap menghidangkan makanan untuk lelaki di ruang tamu, dan yang wanita mereka semua makan malam di meja makan.
Sesudah selesai makan malam sekitar jam 10:30 malam. Umi telah menyuruh Aina membancuh air kopi dan menghantar kan nya ke laman rumah mereka di atas.
Nordin memiliki tanah yang sangat luas dan dipenuhi dengan pokok-pokok yang menghijau serta jauh daripada jiran tertangga nya, di daerah Putrajaya.
Nordin telah membina madrasah nya dan membina rumah nya sendiri di kawasan tersebut.
Rumah Nordin hanya mempunyai satu tingkat sahaja, jadi di atas bumbung rumah itu. Nordin telah buat tempat beriadah seperti taman yang indah penuh dengan bunga-bunga yang indah dan daun-daun yang segar.
Rumah itu mempunyai tangga naik dari dalam rumah, dan mempunyai tangga naik daripada luar rumah.
Abi, Umi dan Minah sudah menunggu Aina di tempat riadah mereka satu keluarga.
Aina menaiki tangga sambil menarik nafas panjang, dia sudah menenangkan diri nya dan dia juga sudah sedia mendengar apa sahaja yang ingin Abi katakan.
Aina meletakan air kopi di atas meja santai. Kemudian Abi menyuruh Aina duduk lalu Aina mengangguk kan kepala nya sambil duduk di sebelah Minah dan di hadapan Abi dengan Umi.
YOU ARE READING
Aina Sukainah
Short StoryKisah Kehidupan Seorang Wanita Bernama Aina Sukainah Yang Menemukan Cinta Sejatinya Di Usia 30-an. . . . IG @kina_ariffin . . . ⚠️STRICTLY, THIS IS FULLY MY IDEA ⚠️LET ME KNOW IF YOU HAD READ THIS STORY AT ANOTHER'S ACCOUNT