"Di sebabkan Jocelyn! Kau tak boleh terima Burak?" Abi berkata dengan serius.
"Bukan Abi. Bukan sebab perempuan itu. Tapi kerana arwah Aishah." Aina menunduk kan wajah nya dan memejamkan mata nya.
Umi dan Abi sangat terkejut kerana Aina menyebut nama arwah Aishah. "Aina dah tahu siapa Burak yang sebenar nya." Kata Abi dan Umi di dalam hati mereka.
"Apa maksud kau? Abi tak faham." Abi dengan Umi buat-buat tidak tahu.
Aina melihat Abi dan Umi dengan wajah nya yang terlihat sangat sedih. "Burak ozcivit adalah suami arwah Aishah."
"Macam mana kau boleh tahu yang Burak adalah bekas suami arwah Aishah?" Tanya Abi yang ingin tahu.
"Aina, masa bila akak dapat tahu yang Burak itu suami arwah Aishah?" Umi juga bertanya kerana ingin tahu.
"Semenjak Leyla datang ke rumah kita Umi. Waktu itu akak tolong ambilkan beg Leyla di bonnet kereta Burak, dan akak ternampak gambar percutian mereka. Burak memeluk arwah Aishah di tepi pantai!" Mata Aina mula bergenang dengan air mata.
Aina mengesat air mata nya sambil menunduk kan wajah nya dan bersuara perlahan. "Dia adalah ayah Umar dengan Anas."
----------------
Sebelum Aishah meninggal dunia Aina telah memujuk Aishah untuk tinggal bersama keluarga nya sehingga Aishah melahirkan anak-anak nya.
Semasa kandungan Aishah mencapai usia lapan bulan Aishah ingin pulang semula ke negara nya Australia.
Hanya tinggal satu bulan sahaja lagi sebelum Aishah melahirkan anak nya.
Aina berfikiran jika Aishah pulang ke negara nya dalam keadaan Aishah sedang sarat mengandung ini tiada sesiapa di sana yang boleh menjaga Aishah.
Aina hanya risaukan keadaan Aishah, lalu Aina telah memujuk Aishah untuk menunggu satu bulan lagi dan setelah melahirkan, Aina tidak lagi risaukan tentang Aishah.
Aishah telah mengikuti keinginan Aina yang ingin dia melahirkan anak nya di Malaysia. Aishah tidak jadi pulang ke negara nya Australia kerana dia merasa ini adalah takdir dia.
Tetapi malangnya Aishah meninggal dunia setelah melahirkan anak-anak nya. Aina berasa sangat bersalah kepada Aishah, kepada anak-anak Aishah dan kepada suami Aishah.
Semenjak itulah Aina telah menyalahkan diri nya sendiri. Kerana dia, Aishah telah membuat keputusan untuk melahirkan anak-anak nya. Kerana dia, Burak telah terpisah daripada isteri dan anak-anak nya.
Di sebabkan rasa bersalah itulah yang telah membuatkan Aina mengalami depression selama satu tahun dan sehingga hari ini Aina masih lagi susah untuk melupakan kesalahan nya terhadap arwah Aishah, terhadap Umar dan Anas dan kini rasa bersalah Aina sukainah kembali setelah dia berjumpa Burak ozcivit suami kepada arwah Aishah.
Perasaan Aina juga sama seperti Burak dia telah menyukai Burak pada pandangan pertama lagi, tetapi kerana rasa bersalah nya terhadap Burak itu membuatkan Aina ingin lari daripada Burak.
----------------
"Ya Allah, selama ini akak sudah tahu siapa Burak." Umi bersuara perlahan sambil mengusap lengan anak nya.
Aina mengangguk kan kepala nya sambil mencuba untuk tidak menangis, tetapi air mata nya terus jatuh mengalir. "Abi, Umi, akak tak nak dia tahu siapa Anas dengan Umar. Akak tak boleh biarkan dia ambil Umar dan Anas dari akak Abi. Akak tak nak kehilangan anak-anak akak Umi."
"Aina, kau tak akan kehilangan mereka! Kalau kau boleh terima Burak dalam kehidupan kau!" Abi berkata dengan suara yang lembut.
Aina berkata sambil tersedu-sedu. "Akak benar-benar tak boleh melihat wajah dia, setiap kali akak lihat wajah dia, akak akan ternampak arwah Aishah dan akak akan teringatkan penderitaan arwah Aishah, kerana akak mereka semua menderita." Aina menunduk kan wajah nya lalu dia menangis.
YOU ARE READING
Aina Sukainah
Short StoryKisah Kehidupan Seorang Wanita Bernama Aina Sukainah Yang Menemukan Cinta Sejatinya Di Usia 30-an. . . . IG @kina_ariffin . . . ⚠️STRICTLY, THIS IS FULLY MY IDEA ⚠️LET ME KNOW IF YOU HAD READ THIS STORY AT ANOTHER'S ACCOUNT