BAB 34

210 21 0
                                    

"Awak dekat hospital Raes? Siapa sakit?" Soal Datin Sara dengan nada suara yang kedengaran pelik, di sebalik telefon dahi Datin Sara dah berkerut hebat.

"Papa Herra accident tadi," terang Raes dengan nada suara yang kedengaran lemah sahaja, mana taknya dia bukannya larat sangat pun ni.

"Hah? Accident?" Soal Datin Sara dengan nada suara kedengaran sedikit terkejut, Raes hanya diam.

"Herra macam mana okay?" Soal Datin Sara dengan nada suara sedikit prihatin.

Raes diam fikirannya melayang ke waktu semalam yang menunjukkan Herra tak okay.

Semalam kerjanya tidur-berjaga tidur-berjaga semuanya sebab Herra yang tak habis-habis fikirkan pasal Tuan Harraz.

"Awak!" Panggil Herra macam budak kecil, Raes yang sedang tidur di goncang perlahan.

Raes mmbuka matanya sebelum dia perlahan-lahan bangun daripada baringnya. Jam di dinding di kerling.

Baru pukul 1:36 pagi? Rasanya ini dah kali ke berapa dia terjaga dalam beberapa jam tidur tadi.

Raes pandang Herra dengan kerutan pada dahinya.

"Nak apa ni Herra?" Soal Raes dengan wajah yang jelas kepelikan, jangan cakap Herra kejut dia untuk pujuk dia pergi hospital macam yang Herra buat beberapa minit yang lepas.

"Jom teman saya," Herra berkata dengan wajah yang kelihatan sedikit ceria, Raes kerut dahi wajah Herra dia tatap dengan pelik.

"Teman pergi mana pukul 1 macam ni?" Soal Raes dengan nada suara agak kedengaran seperti marah tapi dia cuma pelik je dengan perangai Herra ni.

"Hospital! Saya nak jumpa papa, tak sedap hatilah duduk dekat dalam rumah ni," Raes tayang wajah pasrah kan dah cakap memang Herra nak minta pergi hospital pun, itu je lah kerja Herra dari pukul 11 malam tadi.

"Esokkan Herra? Dah tak payah merepek, sini tidur," Raes terus memusing tubuhnya menghadap ke arah lain, Herra mencebik bibirnya dia menjeling Raes yang sedang tidur sebelum dia turut berlalu ke bahagian katilnya.

"Awak betul ni awak tak nak teman saya?" Tiba-tiba Raes terdengar lagi suara seorang gadis daripada tepinya, cepat-cepat dia bukak mata sebelum tubuh Herra terpapar seperti tadi.

Jam di dinding di kerling, 3:00? Biar betul Herra ni? Raes ketap bibir menahan geram, dari tadi tidur dia di ganggu.

Herra ni memang setiap 30 minit nak datang kacau dia ke?

Raes pasrah dia meraup rambutnya ke belakang sebelum tangannya tiba-tiba menarik tubuh Herra mendekatinya.

Herra terkedu apabila dan hanya menurut apabila Raes menarik tubuhnya sehingga dia terduduk di birai katil.

"Come sleep here, don't worry everything will be fine," kata Raes perlahan sebelum dia menarik lembut kepala Herra untuk di letakkan ke atas bantalnya, Herra turut saja setiap tindakan yang Raes lakukan, dia terkedu.

Jantung dia pun tak henti mengepam darah lagi laju daripada biasa, sengaja lah tu nak biar dia rasa berdebar!

Apabila Herra sudah pun baring di siai lelaki itu dengan pantas selimut di tarik untuk menyelimutkan tubuh Herra, kepala gadis itu diusap lembut sebelum Raes tersenyum nipis.

Dia berganjak sedikit ke arah ruang kosong di sebelahnya iaitu tempat Herra yang asal.

Herra masih lagi dalam mood terkedu dia, otak tak boleh nak proses untuk buat tindak balas.

"Sleep," kata Raes berlahan sebelum matanya mula tertutup rapat, Herra hanya perhati wajah Raes, dia ketap bibirnya sebelum tubuhnya di pusingkan ke arah lain. Air mata serta merta mengalir.

CINTA DIA KEMBALIWhere stories live. Discover now