Part 1

927 6 1
                                    


Tak boleh ke kau batalkan benda ni? Soal Harraz dingin.

Kenapa awak je tak batalkan? Awak yang tak nakkan? Jawab Aulia perlahan, masih memandang kasutnya sendiri.

Oo.. Jadi kau memang nak lah benda ni jadi? Kau memang tak malukan perempuan.  Tengking Harraz.

Awak nak cakap apa, awak cakaplah. Saya tak kisah. Aulia bersuara perlahan, lantas terus berjalan menuju ke keretanya yang hanya berselang empat buah kereta dengan kereta milik Harraz.

Harraz menyaingi langkah kaki Aulia dan merentap kasar tangan gadis itu.

Awak ni dah kenapa? Sakitlah! Kalau awak tak nak kahwin dengan saya. Awaklah yang kena batalkan. Kenapa mesti saya? Awak cakap jelah ngan family awak tu, awak tak nak kahwin dengan saya. Awak cakap je, yang awak tu dah punya kekasih hati. Aulia menarik tangannya dari genggaman Harraz  sehingga terlepas dan mengusap perlahan lengannya.

Aku suruh kau sebab aku tak sampai hati nak lukakan perasaan ibu aku. Harraz mengusap belakang lehernya. Tanda tak senang dengan permintaan gadis di hadapannya.

Habis tu awak ingat saya ni apa Harraz? Apa yang awak harapkan dari saya? Air mata mula bertakung.

Aku tak cintakan kau dan tak akan pernah cintakan kau Aulia! Kau tak faham ke? Aku cintakan  Fazira. Aku tak faham, kenapa kau nak musnahkan hidup kau dalam perkahwinan ni. Semuanya akan sia sia. Kau muda lagi tau tak budak. Tau tak beza umur kita 7 tahun. Tahu tak!! Kau tu cuma budak je bagi aku. Tengking Harraz sambil meramas rambutnya sendiri dan sebelah tangan lagi bercekak pinggang, gara gara masih tidak berpuas hati.

Awak lebih tahu situasi sayakan? Saya tiada sesiapa Harraz. Saya sebatang kara. Itu wasiat Harraz, wasiat! Awak expect apa dari saya? Haa? Awak fikir saya lebih mudah ke nak batalkan perkahwinan ni? Saya tahu saya masih muda. Tapi kalau awak kat tempat saya. Awak nak buat apa? Menggigil suara Aulia menahan diri supaya airmatanya tidak mengalir walaupun sudah penuh takungan di dalam matanya.

Fine!! U really want marry me right? Ok..so go on.. But I'm warn u. Don't u ever fall in love with me. Because I'm not interested with u. Laju langkah Harraz memasuki keretanya dan menutup pintu keretanya kuat.

Bum!

Tersentak Aulia di kala terdengar bunyi hempasan pintu kereta yang kuat. Lalu mengalir laju air matanya tanpa dapat di tahan lagi. Dia juga masih mempunyai maruah diri. Nasib perbualan antara mereka hanya di kawasan parking di tempat dia belajar. Sebaik saja memasuki kereta, Aulia melepaskan tangisannya.

Hina sangat ke dirinya sampai macam tu sekali Harraz perlakukan dia. Dia tak minta pun perkahwinan ini terjadi. Semuanya kerana wasiat antara arwah keluarganya dengan keluarga Harraz.

                       °°°°°°°

                      Flashback

Sedang leka mengulangkaji pelajaran bersama rakan sekelas, aku terkejut bila bahuku di sentuh perlahan oleh Pn Norita iaitu guru mata pelajaran sejarah.

Aulia... Pn Norita bersuara lembut dan pandangannya agak sayu. Aku dan rakan rakan ku memandang pelik, kerana bukan semua tidak kenal Pn Norita. Dia adalah seorang guru yang tegas dan diberi gelaran gorila betina oleh pelajar pelajar lain.

Ye cikgu. Aku pantas berdiri. Dalam hatiku berdebar, aku ada buat salah ke harini. Tapi rasanya takde pun. Lagipun aku bukan jenis pelajar yang suka membuat masalah di sekolah. Dan aku juga di antara fav student guru guru di sekolah. Satu kerana aku gadis yang active bersukan dan sering memasuki pertandingan, dan cemerlang dalam pelajaran juga.

1.  Selama Itukah Derita©️Where stories live. Discover now