Harraz memandu laju keretanya ke rumah Fazira. Lama dia tidak berjumpa kekasih hatinya.Baby... Baby... Harraz memasuki rumah Fazira dan memanggil kekasihnya itu.
Fazira teruja melihat Harraz. Lalu berlari anak merangkul tubuh tegap Harraz.
Puas dah honeymoon? Ujar Fazira marah. Lantas Fazira memukul dada bidang milik Harraz.
Baby.. Janganlah merajuk. I tak pergi honeymoon pun. I datang sini nak honeymoon dengan u. Harraz mencium manja seluruh wajah kekasih hatinya.
Tak payahla cium i. I tak suka nak share u dengan dia. Fazira memusingkan badannya dari merangkul leher Harraz. Sakit hatinya saat terbayang malam pertama Harraz dengan isterinya.
Baby.. I tak sentuh dia pun. Cium dia masa batalkan air sembahyang pun i tak buat. I dah janji dengan u kan yang i takkan sentuh dia sampai bila bila.
Buat apa i nak sentuh dia kalau i dah ada u hurm? Harraz bersuara seksi memujuk kekasih hatinya.
Boleh percaya ke u ni? Fazira menjeling tajam Harraz. Harraz ketawa kecil.
Mestilah boleh baby. Jom kita pergi honeymoon. Kita honeymoon 3 hari. Cukup tak? Ajak Harraz. Dia ingin bersama dengan kekasih hatinya sebelum memasuki pejabatnya.
Kejapnya.. Kita pergi seminggu sayang.. Fazira merengek manja di dalam pelukan Harraz.
Boleh. Anything for u baby. U kemas baju u. Esok kite pergi. Harraz mengetatkan pelukannya. Rindu dia pada kekasih hatinya.
Harraz baring kelelahan. Dia tersenyum saat melihat Fazira tidur dalam keadaan yang lena lantas mencium dahi licin Fazira. Terasa kering anak tekaknya, Harraz melurutkan selimut dan memakai kembali boxernya. Dia menuju ke dapur, membuka peti ais dan menuang segelas air sejuk untuk membasahkan tekaknya yang kering. Mata tertumpu pada arah jam yang menunjukkan pukul 3 pagi. Harraz teringat akan Aulia yang demam.Agak agak dia dah makan belum? Dah okey ke dia? Eh, kenapa pula aku kene fikirkan perempuan tu. Lantaklah dia nak demam ke tak. Harraz meletakkan cawan di sinki kemudian dia berjalan ke arah bilik tidur. Pukul 9 pagi, dia perlu ke KLIA bersama Fazira. Harraz naik ke atas katil dan memeluk erat kekasih hatinya. Tak sampai beberapa minit. Harraz tidur dengan lenanya.
°°°°°°°°°°°°°°
Dah pukul berapa ni? Aulia terjaga dari tidurnya. Tangannya meraba raba mencari telefon.
Jumpapun. Pukul 1 pagi? Lamanya aku tidur. Patut gelap je. Desis hati Aulia.
Lemaunya badan aku. Perut terasa pedih. Seharian dia tidak menjamah makanan. Pagi tadi selepas Aulia menyiapkan sarapan, dia terus mengemaskan pakaiannya. Pukul 10 pagi baru dia dan Harraz ke sini. Selepas Harraz meninggalkan Aulia di kawasan parking, hampir 2 jam dia menunggu Harraz di situ sampai dia boleh terlelap di situ.
Makanan yang Harraz bawa tengahari tadi mesti dah basi. Tak pelah, pagi nanti aku nak minta tolong Harrazlah, tolong bawa dia beli barang dapur. Aulia membebel dalam hati.
Mana dia ni? Dah pukul berapa ni tak balik lagi. Aku dah kebulur ni. Bisik hati Aulia setelah melihat jam sudah pukul 2 petang.
3 jam Aulia menunggu Harraz. Akhirnya Aulia mengambil keputusan untuk menelefonnya.
Tut.. Tut..
Tut... Tut..
Tut... Tut..
Berkali kali Aulia mendail no Harraz, tetapi tiada balas. Aulia mengeluh panjang. Akhirnya Aulia hentikan perbuatannya. Dia tahu sia sia saja dia menelefon Harraz. Harraz takkan mahu melayan kehendak dia.
YOU ARE READING
1. Selama Itukah Derita©️
RomanceSampai mati aku benci kau- Aulia Qaisara Abang minta maaf sayang - Harraz Mikhaeil Derita? Ya.. Hidup aku memang hanya untuk derita. -1st ❤️ baby dari ilham i yang suka berangan :p -harap reader suka jalan cerita ni. -story ni kemungkinan slow up...