Part 30

251 2 0
                                    

Mama.. Mama masak ape tu? Lia nak tolong boleh? Aulia memeluk Datin Intan dari belakang. Dia terasa seperti memeluk ibu kandungnya.

Datin Intan tersentak. Kemudian dia tersenyum. Terkejut dia bila ada pelukan dari belakang badannya. Dan lebih mengejut, yang memeluknya adalah Aulia. Tak pernah Aulia berperangai seperti itu sebelum ni. Aulia seperti membataskan diri bila berada di samping dirinya dan juga Dato' Hafidz.

Tak payahla.. Lia duduk je. Tengok mama masak.. Aulia memuncungkan mulutnya. Kaki di hentak hentakkan,merajuk mungkin.

Nak merajuk la tu.. Lia kan tak sihat lagi.. Mama tak nak Lia sakit tau.. Mama sayang Lia tau.. Kata Datin Intan. Dia menarik muncung Aulia.

Papa... Tengokla mama ni.. Kata Aulia yang sudah pun berjalan ke arah Dato' Hafidz.

Betullah apa yang mama cakap tu sayang.. Lia kan tak sihat lagi. Nanti kalau Lia sakit lagi macam mana? Dato' Hafidz menutup ipadnya dan memandang ke arah Aulia.

Eishh.. Lia dah sihatlah.. Dah lama berehat. Haritu 3 bulan Lia tidur.. Ni dah nak sebulan Lia rehat lepas Lia bangun. Lia bosanlah papa.. Kata Aulia yang menarik kerusi untuk duduk di sebelah Dato' Hafidz.

Mana ada Lia sihat.. Lia sakit lagi.. So papa nak Lia rest okay? Dato Hafidz tersenyum memandang Aulia yang baru seminit duduk di sebelahnya bangun semula.

Mama dengan papa ni sama je.. Semua tak boleh.. Nanti Lia jadi anak dara tua tak reti masak baru padan muka dua dua tak dapat menantu.. Kata Aulia berlalu pergi.

Heii.. Nak pergi mana tu.. Duduk sini makan Lia.. Kata Datin Intan.

Tak nak.. Lia nak merajuk!! Kata Aulia dan melangkah keluar rumah. Datin Intan mengelengkan kepalanya.

Tu anak awak dah merajuk.. Abang tak tahu.. Dato' Hafidz menyakat. Datin Intan mencubit lengan suaminya. Geram pula dia dengan suaminya.

Sejak Lia sedar abang perasan tak Lia macam mana? Soal Datin Intan. Tangannya mencedukkan nasi goreng ke dalam pinggan dan meletakkan di hadapan suaminya.

Kenapa dengan Lia? Soal Dato' Hafidz.

Eishh abang ni takkan tak perasan. Dulu Lia yang kita ambil jaga. Takdelah macam ni.. Dia tak rapat sangat pun dengan kita seperti ada jurang. Abang fahamkan kita bukan ibu bapa kandung Lia. Tapi sekarang ni Intan rasa Lia dah macam anak kandung kita dah bang. Manja sangat. Ini ke sifat Aulia yang tak pernah dia tonjolkan depan kita semua? Soal Datin Intan lagi.

Abang perasan sayang.. Abang tak pernah kenal Aulia. Abang jumpa dia sekali je. Tapi arwah pernah cerita pada abang,walaupun Lia anak sulung tapi dia manja mengalahkan anak bongsu. Yelah satu satunya anak perempuankan. Sayang tak selesa ke Lia macam tu? Soal Dato' Hafidz kembali.

Taklah... Intan syukur sangat.. Intan suka Aulia macam tu..manja budaknya.. Agaknya dengan arwah sekeluarga.. Itulah watak Auliakan bang. Walaupun anak kita sorang je. Tapi sekarang ni Intan rasa Aulia dah seperti darah daging Intan je.. Intan tak kisah bang kalau dia manja dengan kita. Sekurang kurangnya terhapus sedikit rindu dia pada kedua orang tua diakan bang.. Kata Datin Intan.

Morning Pa...Ma.. Harraz yang baru saja turun dari biliknya menegur. Kedua pipi Datin Intan di ciumnya dengan penuh kasih sayang. Itulah sisi manja Harraz yang orang lain tak nampak.

Morning Raz..Datin Intan tergelak kecil. Haih.. Manja betul anak lelakinya itu. Dari kecil itulah rutin harian Harraz sekiranya dia berada di rumah.

Harraz menarik kerusi di sebelah Dato' Hafidz. Tangannya laju  mengambil nasi goreng yang di hulurkan Datin Intan.

Tq Ma.. Erm.. Pa... Esok papa teman Raz boleh? Kata  Harraz yang sedang menuang air teh 'o' di depannya.

Raz nak ambil kunci rumah baru Raz, tapi....

Papa faham Raz.. Esok papa temankan Raz.. Dato' Hafidz yang memandang Harraz menganggukkan kepalanya. Faham sangat dia Harraz. Harraz yang sekarang dah tak macam dulu.. Kalau melibatkan perempuan memang Harraz akan ajak sekali dia untuk ikut. Kalau dia terlalu busy. Maka kawan kawan anaknya yang menjadi mangsa.

Raz dah tak nak duduk sini ke teman mama.. Sampai hati Raz nak tinggal mama lagi.. Dulu masa Raz dah tinggalkan mama.. Sekarang nak tinggalkan mama lagi ke? Datin Intan beriak sedih.

Ma.. Janganlah nak sedih.. Raz akan selalu datang sini.. Raz janji.. Raz cuma takut Lia tak selesa kalau Raz duduk sini. Mama pun tahukan Lia benci Raz.. Raz dah terima hakikat jodoh Raz bukan lagi dengan Aulia. Tengoklah sekarang ni.. Aulia tak sudi duduk sarapan sekali. Kata Harraz perlahan.

Betul ke alasan tu Raz? Lia yang tak sudi ke atau Raz yang tak tahan tengok bekas isteri tu semakin manja? Datin intan mengangkat angkat sebelah keningnya.

Mamaa... Harraz sudah tertipu dengan lakonan sedih Datin Intan.

Lia tu bukan tak sudi duduk sekali.. Tapi dia merajuk dengan kami berdua. Kata Dato' Hafidz.

What? Serious Lia merajuk? Lia merajuk kenapa Pa? Sola Harraz tidak percaya.

Mamalah.. Lia tu nak tolong mama suruh rehat je.. Tak bagi langsung Lia tolong.. Merajuklah dia sampai cakap Mama dengan papa ni sama je.. Semua tak boleh.. Nanti Lia jadi anak dara tua tak reti masak baru padan muka dua dua tak dapat menantu.. Dato' Hafidz mengajuk percakapan Aulia.

Mengata Lia lah tu..  Aulia yang berada di hadapan pintu memuncungkan mulut.

Datin Intan tergelak kecil dengan kerenah Aulia. Manakala Dato' Hafidz hanya menggelangkan kepalanya dan tersenyum. Betullah Aulia yang sekarang 100% berubah.. Dari seorang yang berdikari, dia menjadi tersangat manja.

Aulia duduk di sebelah Datin Intan dan berdepan dengan Harraz. Mulutnya masih memuncung.

Merajuk lagi ke? Datin Intan menyiku lengan Aulia. Masih menyakat.

Hermm.. Mulut Aulia masih memuncung. Mama.. Lia dah tak nak rehat.. Please mama.. Lia boringla.. Please.. Lepas ni bagi Lia tolong mama.. Aulia cuba memujuk. Matanya yang bulat di kelip kelipkan.

Harraz hanya diam memerhati. Dalam hatinya rasa debaran yang semakin kuat. Aulia sekarang sangat manja dan menggoda imannya.

Terasa dia ingin melamar semula Aulia untuk menjadi isterinya. Sungguh dia rindu akan gadis di hadapannya itu. Tapi mahukah Aulia.

Ehemm.. Dato' Harraz yang memandang anaknya sengaja berdeham. Harraz yang merenung Aulia tanpa berkelip mengusap belakang lehernya. Terasa dirinya tengah kantoi dengan papanya sendiri.

Apa kata kalau Lia ikut Raz pergi jalan. Lepas tu beli je apa apa yang Lia suka.. Duit minta Harraz.. Papa gerenti Harraz takkan menolak apa yang Lia minta. Cadang Dato' Hafidz. Dia ingin memberi peluang kepada anaknya untuk mengotakan janjinya yang dahulu.

Dato' Hafidz tahu anaknya sudah berubah. Tidak lagi seperti dulu. Cuma yang masih belum berubah hanyalah anaknya tetap beku dengan semua pekerja pekerjanya sahaja.

Mata Aulia membulat kepalanya di geleng gelengkan. Dia memang manja dengan Dato' Hafidz dan Datin Intan, tetapi bukan dengan Harraz. Dengan Harraz, Aulia tetap menjaga batasnya. Dia segan dengan Harraz. Dia dapat rasakan, Harraz selalu memerhati gerak gerinya. Entah kenapalah lelaki ini selalu merenungnya. Dia suka bila di beri perhatian oleh lelaki tersebut tetapi perasaan malu lebih menguasi diri Aulia.

Raz tak kisah kalau Lia sudi nak keluar dengan Raz. Tapi kalau dia taknak.. Jangan paksa dia Pa.. Kata Harraz seakan berjauh hati.






1.  Selama Itukah Derita©️Where stories live. Discover now