Kenapa eh awak tetiba nak bersayang abang bagai? Soal Aulia. Bukan dia tak suka. Tapi dalam keadaan sekarang ni, dia memilih untuk berhati hati.
Sayang tak suka? Soal Harraz merenung anak mataku dalam sedikit kecewa.
Itu tak menjawab pada soalan saya Harraz. Kata Aulia. Harraz menganggukkan kepalanya tanda faham.
Sebab abang nak beri peluang pada rumah tangga kita sayang... Abang tahu selagi abang berkasar dengan sayang, selagi tu kita rasa susah nak serasi... Jadi..
Tapi awak saya pun dah okaykan,. Takdelah teruk sangat berbanding kau aku yang awak guna sebelum ni. Kata Aulia memotong percakapan Harraz.
Sayang..abang tak kisah kalau sayang tak sedia lagi nak tukar panggilan. Sayang boleh panggil abang ikut keselesaan sayang. Tapi jangan halang abang nak gunakan panggilan ni.. Abang dah selesa. Kata Harraz separuh merayu.
Tapi awak tak ingat ke dulu awak cakap apa dengan saya? Dan macam mana awak boleh selesa sedangkan awak baru lagi guna panggilan tu.. Tak sampai pun berapa jam. Soal Aulia memandang Harraz.
Abang tahu.. Abang ingat.. Abang mengaku abang salah.. Abang tak patut persoalkan benda ni dulu.. Abang minta maaf sayang.. Tapi demi Allah, abang tak tipu sayang. Kalau abang kata abang selesa dengan panggilan tu, I means my words. Kata Harraz membalas pandanganku.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Apa kau panggil aku?? Abang?? Siapa abang kau ha perempuan? Jerkah Harraz.
Tapikan abang lebih tua dari Lia. Jadi Lia memang kene panggil abang kan. Kata Aulia perlahan.
Hoi perempuan! Kau tak payah nak ber abang abang dengan aku. Geli tahu tak geli? Rasa tahi telinga aku ni berebut rebut meleleh nak keluar. Jerkah Harraz kuat.
Kau dengar sini eh perempuan. Boleh tak kau jangan nak berangan angan lebih, nak bersweet sweet dengan aku. Kau buangla angan angan. Kau ingat kalau kau ber-abang dengan aku, aku boleh jatuh cinta dengan kau. Jangan kau nak perasan. Kata Harraz dengan kuat.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Sayang.. Abang minta maaf kalau sepanjang abang jadi suami sayang..
Awak.. Boleh tak awak layan saya macam sebelum ni. Tolonglah jangan layan saya macam ni. Kata Aulia memotong percakapan Harraz.
Tapi kenapa? Salah ke abang layan sayang macam ni? Soal Harraz. Sungguh dia tidak faham akan Aulia ketika ini.
Saya.. Saya tak nak nanti antara kita akan ada yang sakit bila perceraian berlaku. Awak mungkin tak kan rasa Harraz.. Tapi saya! Saya yang akan sakit nanti. Awak tetap akan ceraikan saya suatu hari nantikan. Jadi tolonglah.. Tolong jangan layan saya macam ni. Kata Aulia separuh merayu.
No! I will not divorce you. I won't! Kasar suara Harraz ketika itu. Dia menggelengkan kepalanya.
Habis tu, kekasih awak tu takkan awak nak sia siakan saja? Atau awak nak gantung saya? Aulia mula resah. Dia rela di ceraikan. Dia tak nak bermadu. Dia taknak rasa sakit, rasa cemburu dengan kekasih Harraz. Apetah lagi dia isteri yang tak pernah Harraz terima.
Kenapa awak nak bagi peluang pada rumah tangga kita? Peluang apa yang awak cakap Harraz? Kalau awak nak kahwin dengan kekasih awak.. Silakan.. Saya tak kisah Harraz.. Saya tau awak cintakan dia dah lama.. Tapi saya tak nak bermadu Harraz.. Awak kene lepaskan saya! Tangisan Aulia kedengaran sayu. Aulia terasa sangat sakit. Sakit dengan kenyataan.
Sayang.. Stop! Harraz terus memeluk kuat Aulia. Dia tahu apa yang Aulia rasakan. Tak mungkin dia akan ceraikan isterinya bila dia sudah mula menyintai Aulia.
Ceraikan saya awak.. Saya terima.. Saya takkan tuntut apa apa pun dari awak.. Kata Aulia sayu.
We talk about this later. Please stop hurting yourself. Kata Harraz apabila melihat reaksi Aulia.
Tak!! Ceraikan saya Harraz!! Ceraikan saya!! Aulia memukul mukul badan sasa Harraz. Harraz menguatkan pelukannya ke badan Aulia.
Syhhhhh... Syhhhh.. Sayang jangan macam ni. Pujuk Harraz. Air mata Harraz mengalir bila melihat keadaan Aulia ketika itu.
Tolonglah Harraz.. Jangan buat saya macam ni.. Sakit Harraz. sakit!! Aulia mengongoi kuat dalam pelukan Harraz..
Syhhhhhh.. Pujuk Harraz membelai tubuh Aulia.
Lepaslah Harraz.. Lepas!! Lepaskan aku!! Cukuplah!! Cukuplah kau sakitkan aku Harraz!! Cukuplah kau dah rogol aku! Cukuplah nama kekasih kau yang kau sebut waktu kau sentuh aku!! Tak puas lagi ke kau sakitkan aku!! Kau buat aku macam pelacur tahu tak!! Ceraikan aku!! Atau kau nak aku mati baru puas hati kau!! Jerit Aulia. Dia tak tahan lagi. Terlepas segala amarahnya ketika itu. Aulia jadi hilang pertimbangannya. Laju tangannya menampar kuat Harraz.
Pang!!
Muka Harraz yang di tampar kuat Aulia bergerak ke kiri. Air mata Harraz laju mengalir di pipinya.
Aulia menolak kuat Harraz. Menolak agar Harraz jauh darinya.
Pukul sayang.. Pukul.. kalau itu dapat puaskan hati sayang.. Pukul!! . Kata Harraz lalu mengambil tangan Aulia dan di tampar tamparkan ke wajahnya. Harraz rasa sakit ketika itu. Sakit bukan kerana Aulia menamparnya. Tetapi sakit atas kenyataan yang keluar dari mulut Aulia itu.
Aulia menarik tangannya kuat. Dia tak sanggup.
Keluar!! Keluar!! Jeritan Aulia semakin gila.
Aku benci kau Harraz.!! Aku benci!! Keluar!! Jerit Aulia untuk sekian kalinya.
Harraz bangun dan melangkah keluar dari bilik Aulia. Dia tidak mahu terus menerus berada di situ. Bukan kerana benci. Tetapi kerana rasa bersalahnya. Aulia segera bangun dan menutup pintu kuat.
Bum!!
Aulia jatuh di depan pintunya.. Tangisanya semakin menjadi jadi.
Aku benci kau Harraz!! Jerit Aulia dalam raungan.
Harraz yang berada tidak jauh dari bilik Aulia memandang pintu bilik itu. Air mata Harraz tidak henti mengalir dari tadi.
Abang cintakan Aulia... Abang sayang Aulia.. Sayang sangat.. Gumam Harraz perlahan. Tangan Harraz mengusap pipinya kasar. Harraz mengambil kunci keretanya dan berlalu.
Ting Tong!
Ting Tong!
Ting Tong!
Laju pintu di buka setelah loceng rumah berbunyi laju.
Click!
Raz!! Kenapa ni? Soal Datin Intan kepada Haraz. Risau dia saat melihat wajah Harraz yang basah seperti baru lepas menangis. Tak pernah dia melihat anak lelakinya seperti itu. Nampak anaknya seperti hilang arah.
Mana Aulia? Soal Datin Intan kembali bila matanya melilau mencari Aulia. Harraz menggelengkan kepalanya dan kembali menangis di hadapan mamanya. Dia jatuh melutut di depan Datin Intan.
Raz!! Kenapa ni. Segara Datin Intan memeluk Harraz.
Raz buat salah besar Ma... Raz berdosa dengan Lia..
YOU ARE READING
1. Selama Itukah Derita©️
RomanceSampai mati aku benci kau- Aulia Qaisara Abang minta maaf sayang - Harraz Mikhaeil Derita? Ya.. Hidup aku memang hanya untuk derita. -1st ❤️ baby dari ilham i yang suka berangan :p -harap reader suka jalan cerita ni. -story ni kemungkinan slow up...