Part 14

256 3 0
                                    

Aulia keluar dari rumah seawal pukul 7 pagi. Harini  Aulia merancang untuk pergi ke rumah abadi Farhana.

Aulia mengenakan selendang di kepalanya selepas turun dari Grab. Sedikit pun Aulia tidak rasa susah kerana tiada kenderaan sendiri. Bukan Dato' Hafidz tidak berikan kereta pada Aulia. Kereta itu memang hak Aulia. Duit untuk beli kereta itu juga merupakan harta Aulia. Tapi Aulia rasa dia tidak memerlukan kereta untuk bergerak. Dia boleh naik pengangkutan awam. Lebih senang Aulia begitu. Lagipun kereta yang Dato' Hafidz beri itu padanya sangat mewah. Mini cooper milik Aulia, Aulia berikan  kepada Datin Intan untuk menjaganya.

Aulia, janganlah terlalu low profile sangat. Kereta ni memudahkan pergerakan Lia juga nanti. Kata Dato' Hafidz.

Takpelah Pa. Nanti budak budak kolej semua cakap Lia menunjuk. Lia tak nak macam tu. Lia selesa hidup sederhana. Lia tak nak orang tahu kehidupan Lia. Kalau boleh Lia nak orang berkawan dengan Lia dan terima Lia seadanya. Bukan sebab harta yang arwah daddy tinggalkan. Papa kene tahu, yang kaya arwah daddy Lia dan papa. bukan Lia tau. Aulia tersengih menampakkan gigi putih bersih miliknya.

Aulia duduk di atas batu kecil yang di bina bersebelahan rumah abadi milik Farhana.

Assalamualaikum Hana... Dah 3 hari aku tak jumpa kau.. Aku rindu.. Rindu suara kau.. Rindu pelukan kau.. Rindu ketawa kau.. Rindu dengan perangai kau yang gila tu.. Rindu gurau kasar kau. Semua aku rindu Hana.. Kau tak rindukan aku ke Hana? Kau tak datang pun jumpa aku.. Sedih la aku macam ni.. Aku je ingat dan rindu kau.. Kau tak pun..

Hana... Semalam aku dengar ada suara perempuan dengan Harraz. Kau rasa itu kekasih dia ke? Hati aku sakit Hana dengar suara perempuan tu. Aku dah rasa aku dah mula cintakan Harraz. Sebab tu aku rasa sakit bila Harraz kata dia outstation. Tapiaku tak rasa dia outstation. Dia tipu aku Hana. Dia mana bawak baju. Takkan  pergi outstation tak bawa baju. Kau rasa layak ke aku Hana untuk cintakan dia? Aku ni tak padan langsung dengan dia.

Kadang kadangkan Hana. Aku sendiri confuse dengan layanan Harraz. Ada masa aku rasa dia macam tak suka aku. Jauhkan diri macam semalam. Tapi kadang aku rasa dia pun sukakan aku.. Layanan dia.. Belaian dia.. Buat aku rasa lain sangat Hana. Aku tak pasti lah betul ke apa yang aku rasa ni cinta. Kau pun tahu aku tak pernah sukakan sesiapa.. Bermonolog Aulia sendirian. Tangan Aulia laju mencabut rumput rumput liar yang mula tumbuh di atas kubur.

Aku takut kalau aku cintakan dia, tapi dia takde pun perasaan yang sama dekat aku Hana. Aku takut kalau hanya aku je yang bertepuk sebelah tangan. Aku ni tak malukan Hana. Aulia tersenyum ke arah kubur seperti Farhana ada di depan dia.

Surah Yassin di buka dan di bacakan dengan suara Aulia yang merdu. Setelah mengaminkan doa yang di pohon,Aulia segera bangun.

Hana.. Nanti aku datang tengok kau lagi tau.. Aku nak beli barang.. Kalau ada kerja kosong nanti, aku nak kerjalah. Aku bosan.. Kau doakan aku ye..Assalamualaikum.. Ujar Aulia kali terakhir sebelum melangkah keluar dari situ.

Aulia menapakkan dirinya di Pavilion. Saja dia menjejakkan kakinya ke sana. Dia suka memerhatikan gelagat manusia. Ada bahagia dan ada juga yang bergaduh dengan pasangannya.

Aulia tersentak apabila dia terasa ada tangan kecil yang memegang pehanya.

Aulia merendahkan badannya separas budak kecil yang memegang pehanya itu.

Adik.. Mama dengan papa mana? Tanya Aulia sambil memegang tangan budak kecil yang di anggarkan berumur 3 tahun. Matanya melilau mencari  ibu bapa budak tersebut. Budak kecik itu hanya menangis ketakutan. Aulia segera memeluk budak kecil itu untuk memujuknya..

Adik jangan takut.. Kakak ada dengan adik.. Aulia mendukung budak kecil itu. Mesti dia terlepas dari pegangan ibu dah ayahnya..

Nama adik siapa? Nama akak Aulia. Tanya Aulia.

1.  Selama Itukah Derita©️Where stories live. Discover now