Part 4

330 2 1
                                    

Lena betul dia tidur. Boleh pula tu dia lena tidur kat situ. Tak sakit ke badan dia tidur kat situ. Kenapa aku yang tak boleh tidur ni. Gumam Harraz.

Lantas Harraz bangun dari katil, berjalan ke arah Aulia yang sedang nyenyak tidur.

Harraz mencangkung di depan sofa Aulia tidur. Dia menilik raut wajah isterinya. Mukanya membengkak, matanya sembap. Harraz melepaskan keluhan untuk sekalian kalinya. Sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal, dia menyoal di dalam hati.

Nak angkat ke tidak. Tak angkat kesian dia tidur dalam keadaan sempit macam ni. Tapi kalau angkat kang dia kata aku ambil kesempatan. Lantas Harraz mencempung Aulia dan meletakkannya di katil.

Takpela, katil ni besar. Lagipun bukan aku nak buat apa apa dekat dia. Lalu Harraz beralih semula ke sebelah Aulia. Dia Baring mengiring melihat muka Aulia. Di sentuhnya pipi Aulia kemudian turun ke bibir Aulia yang terluka akibat tamparan Harraz.

Aulia yang terasa mukanya di sentuh menggerakkan badan tanda tidak selesa.

Harraz memejamkan matanya. Dalam tak sedar dia tertidur dengan lenanya di sebelah Aulia.

Aulia tersedar dari tidurnya menjelang 6 pagi. Dia mengeliat merenggangkan badannya.

Arghh.. Selesanya.. Lena betul aku tidur. Ingin saja bergerak terasa perutnya di tindih sesuatu. Aulia membuka besar matanya. Alangkah terkejutnya dia bila dia berada di sebelah Harraz. Dan tangan Harraz melingkar di pinggangnya.

Macam mana aku boleh naik ke katil ni. Aduh kau ni cari pasal betul Lia. Kalau Harraz tau ni masak kau kena penampar lagi. Aulia memegang pipinya, masih terasa sakitnya. Dia mahu bangun sebelum Harraz tersedar. Sewaktu Aulia ingin mengalihkan tangan Harraz dari badannya, Harraz membuka matanya.

Kau buat apa? Soal Harraz dengan suara serak basahnya. Aulia menelan air liur tapi terasa kesatnya. Suara serak Harraz sangat mengganggu emosinya. Kenapa aku suka dengar suara dia begini.

Kau buat apa Aulia. Soal Harraz kembali. Dia melihat Aulia yang sedang termenung memandangnya.

Aa. Aaa.. Saya nak alih tangan awak. Tangan awak dekat perut saya. Maaf kalau saya buat awak terjaga. Aulia mengalihkan pandangannya setelah di renung Harraz.

Pandang aku. Pandang aku Aulia. Arah Harraz apabila Aulia tidak mendengar apa yang di suruh.

Maaf. Aulia bersuara perlahan sewaktu memandang suaminya itu.

Kenapa nak minta maaf? Harraz menyoal kembali.

Saya tak tahu macam mana saya boleh tidur di sini. Saya tak patut tidur atas katil ni. Saya patut tidur dekat sofa tu. Aulia menundukkan pandangannya kembali. Tak sanggup dia menerima pandangan tajam milik Harraz lagi. Dia tahu Harraz benci akan dirinya. Jadi dia tidak mahu menambahkan kebencian Harraz lagi pada dirinya.

Kau tak perlu minta maaf dengan aku. Aku yang angkat kau malam tadi. Aku tak sampai hati tengok kau tidur dekat situ. Kau nampak tak selesa. Bohong Harraz.

Tergamam sekejap Aulia. Terasa darah naik ke muka. Malu.

Tapi saya memang layak tidur dekat situ. Kan awak dah cakap saya tak boleh sentuh barang awak. Kenapa awak angkat saya? Lagipun awak benci saya. Sepatutnya awak tak perlu angkat saya. Jawab Aulia lembut.

Kalau macam tu kau pun tak layak tidur dekat sofa tu. Itukan barang aku juga. Semua yang ada dalam bilik ni milik aku. Jadi kau tak layak untuk sentuh. Harraz melepaskan pelukannya dari pinggang Aulia.

Harraz menarik muka Aulia untuk memandangkan.

Aku minta maaf sebab tampar kau. Aku tak patut tampar kau malam tadi. Aku minta maaf. Harraz membelai lembut pipi Aulia.

1.  Selama Itukah Derita©️Where stories live. Discover now