Setelah dua bulan berlalu..
Aulia sudah boleh terima kenyataan, sahabat baiknya Farhana sudah pergi meninggalkannya. Aulia sudah pun menjalani kehidupannya seperti biasa.Click.
Harraz membuka pintu rumahnya. Terbuntang matanya melihatkan susuk badan Aulia yang hanya memakai seluar pendek paras peha dan crop top menari nari di depannya sambil tangannya memegang vacum. Rahangnya bergerak gerak menahan rasa.
Sejak Farhana meninggal dunia, Harraz tidak lagi dingin dengan Aulia. Harraz melayan Aulia tidak seperti sebelumnya . Percakapan Harraz juga tidak sekasar dulu.
Sejak balik ke rumah milik Harraz, Aulia mengasingkan dirinya. Dia kerap duduk di bilik. Bila Harraz keluar rumah saja, baru Aulia duduk di ruang tamu atau memasak memandangkan Aulia tengah cuti semesta. Aulia hanya bercakap dengan Harraz sekiranya perkara tu penting saja.
Aulia masih tidak perasan akan kehadiran Harraz kerana Harraz selalunya di tempat kerja pada waktu begini.
Aulia tersenyum riang saat menari dan menyanyi. Baginya hanya dengan cara itu saja, dia dapat melepaskan segalanya.
Aulia tergamam saat matanya bertembung dengan mata hazel milik Harraz. Terhenti segala pergerakannya. Aulia segara berlari mahu masuk ke bilik. Pakaiannya sangat tidak sesuai di lihat oleh Harraz.
Lia.. Dah habis vacum ke? Soal Harraz membuatkan Aulia terhenti dari berlari.
Aaa..belum..kejap awak.. Saya nak tukar baju. Aulia melangkah mempercepatkan jalannya. Terasa jauh betul biliknya ketika itu.
Mendengar suara Harraz yang ketawa besar itu membuatkan Aulia menoleh ke belakangnya.
Apa masalah dengan baju awak? Awak duduk rumah je. Lagipun awak tengah mengemas, sesuai lah tu. Kalau pakai cam ni waktu keluar.... Tahulah nasib awak.. Ujar Harraz menapak ke arah Aulia.
Aulia terkaku saat Harraz menyelitkan rambutnya yang terjuntai di telinga.
Pergilah sambung vacum. Saya tak kacau awak. Ujar Harraz lembut. Matanya masih tak lepas memandang Aulia. Aulia hanya separas dada Harraz terpaksa mendongakkan sedikit kepalanya.
Awak ada tertinggal barang ke? Soal Aulia.
Taklah. Saya baru habis meeting. Tiba tiba rasa tak sedap badan. Ujar Harraz.
Aulia mengangkat tangannya memegang dahi Harraz.
Awak demam ni. Awak rehatlah dulu, dah selesai kemas nanti saya masakkan bubur untuk awak. Aulia menolak badan Harraz masuk ke dalam biliknya.
Aulia masuk ke dapur, mencari bahan untuk membuat bubur. Beras di cuci dan di renehkan. Kemudian laju tangan Aulia memotong bahan bahan untuk di letakkan dalam bubur.
Sementara tunggu beras mengembang, Aulia menyambung membersihkan rumah. Dilap segala almari hiasan, meja dan peralatan rumah.
Sejak pulang ke rumah milik Harraz, Aulia perasan gambar gambar Harraz dan kekasihnya tidak lagi tergantung. Frame frame di meja hiasan juga sudah tiada. Aulia tidak bertanyakan kerana dia beranggapan itu privasi Harraz.
Selesai saja mengemas, Aulia menyiapkan bubur, sedikit lauk dan juga sayur untuk Harraz. Aulia sudah terbiasa masak bubur berlauk.
Aulia mengetuk pintu bilik Harraz lama. Tapi tiada sambutan dari Harraz.
Nak buka ke tak eh? Soal Aulia sendirian.
Buka jelah. Nanti bubur sejuk pula. Desis hati Aulia.
Awak... Saat Aulia membuka pintu, sudah ternampak Harraz sedang tidur di atas katilnya.
Aulia membawa dulang bubur berserta air dan ubat.
YOU ARE READING
1. Selama Itukah Derita©️
RomanceSampai mati aku benci kau- Aulia Qaisara Abang minta maaf sayang - Harraz Mikhaeil Derita? Ya.. Hidup aku memang hanya untuk derita. -1st ❤️ baby dari ilham i yang suka berangan :p -harap reader suka jalan cerita ni. -story ni kemungkinan slow up...