Aku nikahkan dikau Harraz Mikhaeil bin Muhammad Hafidz dengan Aulia Qaisara binti Muhammad Hafsham dengan mas kahwinnya lima ratus ringhit tunai.
Aku terima nikahnya Aulia Qaisara binti Muhammad Hafsham dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai.
Sah?
Sah!
Sah!
Sah!
Alhamdulillah.
Selesai saja doa di bacakan, Harraz menyalami tangan papa lantas papanya memeluk erat si anak.
Raz.. Terima kasih nak. Papa tahu Raz tak suka dengan Aulia. Tapi berilah dia peluang untuk rasa bahagia nak. Kesian dia, kalau bukan kita siapa lagi Raz nak bahagiakan dia? Luah Dato' Hafidz.
Raz cuba Pa. Tapi kalau Raz gagal.,Raz minta maaf. Harraz mengeluh panjang. Lantas dia bangkit dari duduknya dan berjalan ke arah mamanya untuk bersalam.
Raz tahu mama nak cakap apa. Raz cuba Ma. Tapi kalau Raz gagal, Raz minta maaf. Harraz memeluk mamanya sebelum Datin Intan memulakan perbualan.
Harraz terus berpusing ke arah gadis dihadapannya. Lantas dia memejamkan matanya, menarik nafas panjang sebelum memberi salam.
Assalamualaikum.
Waalaikumsalam. Aulia rasa tidak senang duduk. Semua rasa serba tidak kena. Manakan tidak, dia tahu yang di hadapannya ini, lelaki yang amat membenci dirinya, hanya kerana dia tidak membatalkan pernikahan ini dari terjadi.
Harraz segera menarik tangan si gadis lantas menyarungkan cincin ke jari manis milik gadis itu. Terketar ketar tangan Aulia sewaktu cincin di sarungkan. Macamlah dia nak sangat pegang tangan isterinya.
Selepas cincin di sarungkan Harraz hanya meletakkan tangannya di atas kepala milik Aulia. Dia tidak mahu mencium dahi isterinya walaupun sudah di arahkan oleh mama.
Sorry Ma, Raz malu nak cium isteri Raz depan orang lain. Nanti Raz cium dia puas puas dalam bilik. Harraz memberikan alasan sebelum mamanya memulakan perang.
Aku bukan malu.,tapi aku memang tak sudi nak melakukan apapun dengan budak ni. Desis hati Harraz.
Aulia hanya menundukkan mukanya yang mula berbahang. Dia malu, sangat malu di perlakukan begitu. Dia tahu lelaki ini tidak sudi menjadi suaminya. Dia dah tahu dari awal. Lelaki ini sendiri yang memberitahunya bahawa dia tak sudi menjadi suaminya. Akur dengan keadaan. Aulia mengangkat mukanya dan tersenyum manis di depan Datin Intan.
Dia terhutang budi kepada keluarga Dato' Hafidz kerana Dato ' Hafidzlah orang yang sudi menguruskan pengebumian keluarganya satu ketika dulu. Sewaktu itu Aulia hanya berusia 14 tahun. Masih mentah untuk menguruskan kesemuanya.
Dato' Hafidz memang sahabat baik daddynya, sanggup menggalas amanah yang di pegangnya. Dia jugalah yang menjaga syarikat milik daddynya sementara Aulia masih belajar. Satu hari nanti Aulia akan menerajui syarikat milik arwah daddynya sendiri. Jadi dia perlu belajar bersungguh sungguh.
Manakala Datin Intan yang sentiasa memantau perkembangan dirinya. Walaupun hanya orang luar,tetapi Datin Intan menganggap Aulia sebagai anak gadisnya. Dia memikul tanggungjawab membesarkan Aulia walaupun Aulia tidak duduk sekali dengannya. Aulia membesar di asrama saja. Ini kehendak Aulia sendiri. Aulia tidak mahu menyusahkan sesiapa kerana bagiku,Aulia takut dia tidak mampu membalas budi. Kerana itu juga Aulia tidak betah untuk mengatakan tidak. Apa saja yang di laluinya, hanya dia yang tahu. Perasaannya hanya di pendam saja.
Eh perempuan, cepatlah sikit. Nak kene ambil gambar lagi ni. Lembab betullah kau ni perempuan. Terhegeh hegeh. Aulia hanya menggigit bibir bawahnya menahan sabar bila Harraz berbisik keras di tepi telinganya.
Kau jangan nak gedik gedik peluk aku ye. Aku tak suka. Perempuan macam kau ni tak layak untuk orang macam aku. Harraz semakin sakit hati bila 'budak' di hadapannya hanya diam membisu tidak membalas apa yang dikatakan tadi. Niat di hatinya, hanya akan membuat Aulia marah saja majlis ini. Tetapi 'budak' ni hanya tersenyum manis dan akur saja dengan kehendak Harraz.
Sabar Lia, sabar. Dia suami kau sekarang. Bukan lagi lelaki sebarang yang boleh kau lawan. Aulia menasihatkan dirinya dari membalas segala perkataan Harraz. Kalau sebelum dia bergelar isteri. Memang dia akan melawan walaupun sedikit. Aulia yang baru sekarang ni kene tabah.
Pengantin perempuan, rapatlah sikit dengan pengantin lelaki. Janganlah malu, dah halal dah tu. Kata cameraman yang di tempah oleh Datin Intan.
Aulia hanya mengikuti kehendak lelaki tersebut.
Pengantin lelaki, pelukla isteri tu. Letakkan mulut tu kat dahi pengantin perempuan. Haa.. Macam tula. Ok.. Satu dua tiga. Click nice!
Pengantin perempuan bersandar kat dada suami ye. Suami peluk isteri tu kuat sikit. Haa.. Cantik dah tu. Satu dua tiga. Click. Ok cantik.
Pengantin perempuan peluk suami dari belakang ya. Senyum lagila.. Baru nampak comel. Lesung pipi tu sayang kalau tak nampak. Click click click. Ok done! Jom pergi ke khemah pulak ambil gambar makan beradab.
Ok tenung mata sambil suap mulut isteri ya.
Harraz bagaikan pak turut, menurut saja apa yang di arah begitu juga dengan Aulia. Dalam hati Harraz dah macam macam sumpah seranah untuk cameraman itu.
Lama lagi ke bang? Saya lapar ni. Nak makan betul betul. Harraz bersuara menandakan dia dah penat dengan lakonan yang di minta. FAKE!
Dah boleh makan dah pengantin oi... Lapar sangat nampaknya tu. Kita dah habis untuk harini.. Tpi majlis bersanding nanti ada lagi ya.. Cameraman itu hanya gelak dan terus berlalu ke khemah sebelah untuk menjamu selera.
Aulia hanya menggelengkan kepalanya. Dan mula bersembang dengan sahabat baiknya yang merangkap pengapitnya harini.
Lia, dari tadi kau diam je kenapa? Selalu kau banyak mulut. Farhana menegur sahabatnya itu.
Aku takut la Hana. Kau pun tahukan dia tak suka aku. Macam mana aku nak hadap dia lepas ni? Selalu aku boleh hadap sekejap je.. Lepas tu aku balik. Sekarang ni aku nk pergi mana. Aulia melepaskan keluhan perlahan.
Lia.. Kau dah terlambat nak takut.. Sebab kau dah pun jadi isteri singa jantan tu. Aku tahu kau kuat. Tapi ingat tau, kalau apa apa jadi kau cari aku cepat cepat. Farhana menjeling Harraz yang kebetulan menoleh kearahnya. Bukan dia tak kenal Harraz,lelaki panas baran yang selalu menengking Aulia. Kalau berjumpa je dengan Aulia, mesti jadi singa. Tah apa yang tak kene. Padahal kawannya itu seorang gadis yang sopan dan lemah lembut.
Lia.. Kau tau tak kau cantik sangat harini. Lain betul muka kau. Macam barbie doll kau tau tak. Mata bulat, lesung pipi dalam. Sumpah kau cantik sangat dowh. Ni kalau tak singa tu terkam kau. Aku tak tahula. Dia memang manusia bodoh dan buta. Kata Farhana lagi. Aulia tergelak kecil.
Kau nak menipu pun agak agakla. Aku ni tak keje lagi tau nak belanja kau. Aulia malu bila di perkatakan begitu oleh sahabatnya.
Eh aku tak tipu kau tau Lia. Kau kalau tak makeup pun cantik. Apetah lagi kau tengah makeup sekarang ni. Aulia memang sangat cantik orangnya. Rugi Harraz kalau sia siakan gadis ni. Segalanya sempurna. Aku yang perempuan pun insecure ngan Aulia. Desis Farhana di dalam hati. Dia juga doakan semoga sahabatnya itu bahagia dunia akhirat.
Sejak berkenalan dengan Aulia, Farhana dapat melihat sisi baik Aulia. Dan dia juga yang ada saat gadis bersebelahannya ini rapuh apabila dia kehilangan kesemua ahli keluarganya sekaligus. Sebab itu jugalah dia memilih untuk mengikuti kemana Aulia pergi. Dia sanggup masuk asrama bersama sama Aulia. Dan sekarang mereka belajar di kolej yang sama. Kenapa dia ikut Aulia? Ya kerana dia sayang sahabatnya itu.
YOU ARE READING
1. Selama Itukah Derita©️
RomanceSampai mati aku benci kau- Aulia Qaisara Abang minta maaf sayang - Harraz Mikhaeil Derita? Ya.. Hidup aku memang hanya untuk derita. -1st ❤️ baby dari ilham i yang suka berangan :p -harap reader suka jalan cerita ni. -story ni kemungkinan slow up...