Harraz membuka pintu ruang utama rumah. Baru saja melangkah masuk, dia melihat Aulia sedang duduk dan fokus memandang televisyen.
Aulia yang terdengar bunyi pintu terbuka memandang ke arah pintu.
Abang... Desis hati Aulia. Tiba tiba dia terasa gugup. Lantas kepalanya menoleh semula ke arah televisyen yang terpasang.
Harraz ingin mendekati Aulia tetapi di batalkan niatnya. Bukan dia tak rindu.. Dia terlampau rindu. Tapi dia memilih untuk tidak menegur isterinya. Dia tahu kalau dia menegur pasti akan ada pergaduhan dengan isterinya. Dalam keadaan isterinya yang sarat dia tidak mahu isterinya sakit kerana nya. Harraz berlalu pergi tanpa menyapa Aulia
Aulia yang nampak Harraz pergi segera menegur.
Aaa.. Aulia menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia mahu panggil Harraz atau abang? Aduh..masalah la kau ni Aulia. Desis hati Aulia.
Harraz yang seperti perasan dengan kelakuan Harraz memberhentikan langkahnya.
Sayang sakit ke? Sungguh risau dia dengan Aulia. Harraz menapak ke arah Aulia dan berdiri di sisi Aulia yang sedang duduk di sofa. Aulia menggelengkan kepalanya.
Boleh tak kalau Lia nak pinjam kereta? Kata Aulia perlahan.
Harraz merenung isterinya walau pun isterinya sedang duduk.
Bila nak pakai kereta? Soal Harraz kembali. Matanya masih menatap Aulia.
Sekarang. Aulia bangun dari duduknya dan menadah tangan.
Sekarang? Nak pergi mana? Kan dah lewat. Harraz melirik ke arah jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 12.15 tengah malam.
Lia.. Lia.. Erm.. Nak bagi pinjam ke tak? Soal Aulia perlahan. Bunyi macam merajuk.
Lia.. Abang boleh bagi.. Tapi abang nak tahu Lia nak pergi mana. Abang risau.. Lagipun dah malam ni. Lembut suara Harraz memujuk isterinya. Bukan Harraz tak dengar getaran suara Aulia. Macam nak menangis.
Lia rasa nak makan burger. Dah berapa hari ni Lia nak makan. Tapi Lia tak ada kereta nak pergi beli sendiri. Air matanya mengalir di hadapan Harraz. Betul dia memang teringin. Sangat sangat teringin bila dengar cadangan bapa mertuanya tadi. Cuma dia menokok tambah bab dah berapa hari tu.
Lia tunggu 20 minit boleh? Abang nak mandi dulu lepas tu solat sekejap. Nanti abang teman. Kata Harraz yang mengusap air matanya Aulia.
Takpe.. Lia boleh pergi sendiri.. Lia tak
Lia tak susahkan abang pun. Lia nak makan. Anak kita pun nak makan. Cuma abang minta Lia sabar sekejap je okay. Harraz mengucup dahi Aulia lama. Sebelum dia beredar dari disitu. Harraz berlari memanjat anak tangga untuk mempercepatkan masa.
Aulia tergamam. Pipinya yang sudah kering yang di usap Harraz, basah kembali.
Lia rindu abang.. Getus hati Aulia.
Jom.. Harraz menarik tangan Aulia untuk berdiri dan di lepaskan semula selepas Aulia berdiri. Dia menuju ke kereta untuk membukakan pintu Aulia. Aulia memandang ke arah Harraz dengan pandangan sayu.
Kenapa abang baik sangat dengan lia sedangkan Lia dah buat abang merana dengan tindakan bodoh Lia. Tapi ayat itu hanya Aulia soalkan dalam hati.
Aulia masuk ke dalam kereta dan Harraz kembali ke tempatnya di bahagian memandu. Dia memandu dengan tenang.
Lia nak makan dekat mana? Soal Harraz. Dia menoleh ke arah isterinya.
Lia nak burger tepi jalan je.. Tak nak Mcd atau KFC. Kata Aulia perlahan.
Lia.. Burger tepi jalan tu tak bersih.. Dengan habuk dengan kebersihannya. Entah basuh tangan ke tak dorang tu. Harraz memandang ke arah Aulia sebentar sebelum menoleh ke arah jalan.
YOU ARE READING
1. Selama Itukah Derita©️
RomanceSampai mati aku benci kau- Aulia Qaisara Abang minta maaf sayang - Harraz Mikhaeil Derita? Ya.. Hidup aku memang hanya untuk derita. -1st ❤️ baby dari ilham i yang suka berangan :p -harap reader suka jalan cerita ni. -story ni kemungkinan slow up...