😬Mana ada end.. Awal sangat nak end.. Huhu.. Ajom sambung baca.. Happy reading bestie🫶Setelah keadaan sunyi. Harraz memandang semula ke arah Aulia dengan pandangan yang sukar di ucapkan.
Lia..
Boleh ke Lia maafkan abang atas perbuatan abang dulu?
Aulia memandang ke arah Harraz. Dia menganggukkan kepalanya. Matanya menatap anak mata yang berwarna hazel itu.
Boleh Lia bagi abang peluang? Yang terakhir?
Aulia menundukkan kepalanya. Bagaimana dia mahu memberikan jawapan kepada Harraz. Kebenaran yang di dengarnya sebentar tadi begitu menyakitkan.
Takpelah.. Abang faham sayang. Abang hantar sayang balik ye?
Tanpa jawapan dari Aulia, Harraz melepaskan keluhan panjang. Sepanjang perjalanan hanya di temani lagu lagu yang berkumandang di radio.
Sebaik saja sampai, Harraz memandang semula ke sisinya.
Dah sampai.. Pergilah masuk.. Dah lewat ni.. Lia masih belum sihat..
Lia dah sihat.. Abang tak perlu risau..
Aulia masih belum mahu turun dari kereta.. Entah apa yang di fikirkan. Lantas Harraz keluar dari kereta dan membuka pintu untuk Aulia.
Aulia yang sedari tadi termenung tersentak bila tiba tiba pintu di buka. Aulia turun dari kereta dan berjalan ke dalam kawasan rumah. Tetapi langkahnya terhenti di tengah jalan.
Dia memusingkan badannya dan berpatah semula ke arah Harraz. Tangannya di hulurkan kepada Harraz. Harraz yang mahu memegang tangan Aulia di tepuk kuat oleh Aulia.
Harraz tercengang bila Aulia memukul tangannya.
Kenapa pukul abang? Bukan ke sayang nak salam abang?
Aulia menarik nafas panjang memandang muka Harraz dengan muka yang mencuka. Dia menjeling Harraz.
Siapa kata Lia nak salam abang? Haram tau tak haram.
Harraz menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Dah tu sayang hulur tangan ni nak apa kalau bukan nak salam abang?
Harraz menyandarkan badannya di pintu kereta. Tangannya di silangkan ke dada.
Stop call me sayang. Lia bukan isteri abang lagi.
Harraz melepaskan keluhan perlahan.
Okay.. Lia nak apa?
Liaa....
Lia nak kerja yang abang bagi haritu. Tapi Lia nak 5k untuk upah Lia.
5k je? Taknak 20k 30k?
Aulia memandang Harraz tajam. Wajahnya yang keruh semakin mencuka.
Lia bukan minta duit hantaran!! Lia nak upah je. Kalau tak boleh bagi sudah.
Lia berlalu pergi dari Harraz. Belum sempat Aulia jauh dari Harraz, Harraz menarik tangan Aulia yang di lapisi baju.
Sayang.. Abang tanya je kan. Abang tahu Lia dah tak boleh terima abang.. Abang tahu Lia pun ada duit Lia sendiri.
Okay.. Look.. Im really sorry kalau buat sayang marah.
Harraz menarik baju Aulia ke arah keretanya. Kemudian dia membuka pintu dan mengambil segugus kunci dan meletakkan dia tangan Aulia.
Bil semua atas abang.. Dah siap nanti Lia bagitahu abang. Kemudian Harraz memasuki kereta. Dia tidak tega untuk berada bersama Aulia.
Aulia memegang kunci erat. Aulia melangkah masuk ke dalam rumah. Baru saja melangkah masuk Datin Intan menegurnya.
Lia.. Mana Raz? Bukan Lia keluar dengan Raz ke? Datin Intan memandang ke arah pintu rumah. Tetapi bayang anak lelakinya sedikit pun tidak kelihatan.
Abang dah balik Ma.. Aulia melangkah ke arah Datin Intan.
Mama..
Air mata Aulia mula bergenang. Aulia duduk bersimpuh di hadapan Datin Intan.
Hei.. Kenapa ni sayang.. Datin Intan membelai perlahan rambut Aulia.
Mama.. Kenapa mama tak jujur dengan Lia?kenapa mama tak bagitahu Lia ni bekas menantu mama? Kenapa semua rahsiakan dari Lia.. Aulia meratap pilu dia hadapan Datin Intan.
Datin terkedu untuk menjawab soalan Laila. Bukan dia sengaja untuk merahsiakan perkara itu. Tetapi dia buat semua ini kebaikan Aulia. Dia tidak mahu Aulia stress.
Maafkan Mama Lia. Bukan niat mama nak sembunyikan semuanya dari pengetahuan Lia. Tapi mama tak nak Lia sakit lagi. Mama dah tak sanggup. Mama tak sanggup tengok Lia dan Raz bersedih. Datin Intan membelai badan Aulia.
Ma. Betul ke abang sayangkan Lia.
Lia mendongakkan kepalanya memandang tepat ke muka Datin Intan. Kedudukan Aulia yang duduk bersimpuh di bawah memandang ke arah Datin Intan.Apa yang mama cakap ni bukan mama nak backup Raz.. Tak Lia .. Mama cerita ni atas apa yang mama lihat.
Malam tu Raz datang sini. Dia cakap Laila minta cerai. Dia menangis depan mama dan papa.. Pertama kali mama lihat dia menangis Lia. Dia mengaku semua kesalahan dia depan kami. Masa tu mama percaya, dia memang sudah mula sayangkan Lia.
Dari kecil Raz susah sangat nak menangis, tapi malam tu dia menangis seperti budak kecil. Mata dia cukup untuk membuktikan dia cintakan Lia.
Dia masih berharap perkahwinan dia dengan Lia takkan berhenti setakat situ. Dia masih harap dia dapat selamatkan perkahwinan tu. Tapi hari yanng Raz lafazkan cerai, dia langsung tak keluar dari bilik. Dia kurungkan diri dalam bilik dia. Tak nak makan, tak nak cakap. Mama dengan papa risau sebab Raz tak pernah macam tu.
Lepas tu dia nampak okay. Mungkin dia dah boleh terima kenyataan. Bila dia tahu yang Lia pregnant. Dia happy sangat Lia,tapi dalam masa yang sama dia kecewa. Raz fikir Lia bencikan dia sampai sanggup sembunyikan kandungan Lia.
Masa Lia gugur, Raz salahkan diri dia sepenuhnya. Setiap hari dia minta maaf dekat Lia. Lia pula benci Raz sangat sangat. Lia tuduh Raz pembunuh anak Lia, hakikatnya bukan Lia je yang derita. Raz juga derita Lia.
Bila Lia koma, berhari hari dia tunggu Lia untuk sedar. Sampai mama terpaksa, paksa dia balik. Tapi Raz degil. Dia balik untuk mandi je. Lepas tu dia bawak kain baju dia untuk buat hospital tu jadi rumah dia.
Raz tidur cuma sekejap sekejap saja. Dia duduk atas kerusi tu sepanjang masa melainkan waktu solat baru dia bangun Laila. Dia kerja dari dalam ward tu. Raz nak bila Lia tersedar, orang pertama yang Lia nampak cuma dia..
Bila Lia sedar dari koma, Lia dah tak ingat Raz. Masa tu mama dapat lihat yang Raz dah redha dengan yang terjadi.
Datin Intan mengusap perlahan air mata yang menitis di pipinya.
Aulia yang mendengar semua butir bicara Datin Intan terdiam tanpa bicara. Air matanya yang tadi hanya bergenang sudah pun mengalir dengan laju. Rupanya betul apa yang di ceritakan Harraz. Cuma dia tidak tahu akan kasih lelaki itu padanya dan Harraz sedikitpun tidak menceritakan tentang dirinya.. Semua hanya tentang Aulia sahaja.
Haritu, abang ajak Lia kahwin. Tapi.. Lia minta masa untuk fikir. Harini Lia tahu semuanya apa yang dah jadi dulu. Aulia melepaskan keluhan perlahan. Tapi..
Mama tak paksa kalau Lia tak mahu. Mama taknak Lia serba salah dengan mama. Mama tak nak Lia kecewa dan lebih sakit dari sekarang. Ikut kata hati Lia. Apa pun jawapan Lia, mama terima.
Belum sempat Aulia menghabiskan ayatnya Datin Intan sudah memberi kata putus.
Lia dah solat istikharah. Dan.. Lia terima. Ujar Aulia.
Raz tahu? Aulia menggelengkan kepalanya.
Mama jangan bagitahu abang dulu, boleh? .. Kalau betul abang jodoh Lia. Abang akan tahu jawapan Lia.
Datin Intan menarik Aulia untuk memeluk seeratnya.. Muka Aulia di cium berkali kali. Aulia tergelak kecil dengan perlakuan Datin Intan.
Dia bersyukur walaupun kehidupannya tidak seperti orang lain.. Tetapi masih ada lagi insan insan yang menyayanginya sepenuh hati.
YOU ARE READING
1. Selama Itukah Derita©️
RomanceSampai mati aku benci kau- Aulia Qaisara Abang minta maaf sayang - Harraz Mikhaeil Derita? Ya.. Hidup aku memang hanya untuk derita. -1st ❤️ baby dari ilham i yang suka berangan :p -harap reader suka jalan cerita ni. -story ni kemungkinan slow up...