Pa, Ma.. Raz nak bawak Aulia keluar sekejap ya. Harraz meminta izin dari kedua orang tuanya sebaik saja aku duduk di sebelahnya.
Kenapa nak mntak izin papa dengan mama? Aulia kan isteri Raz. Soal papa.
Raz lupa. Sorry. Harraz menarik tanganku melangkah keluar dari rumah.
Awak.. Kita nak kemana? Soal Aulia.
Ikut jelah.. Jawab Harraz.
Sebaik saja menaiki kereta audi miliknya. Harraz memandu dengan lajunya.
Awak.. Kita nak pergi mana ni? Saya tak bawa apa apapun. Soal Aulia kembali.
Harraz hanya diam dan terus memandu. Aulia menarik nafas panjang bila soalannya tidak terjawab. Tidak tahu mahu membuat apa, Aulia memalingkan kepalanya keluar tingkap dan memejamkan matanya yang agak berat. Badan masih terasa penat. Lagi mudah Aulia melelapkan matanya lagi lagi penghawa dingin kereta Harraz sangat sejuk.
Harraz memberhentikan keretanya di taman tasik titiwangsa. Lalu mengejutkan Aulia dari lenanya.
Kita kat mana awk? Aulia memandang luar tingkap memerhatikan dimana dia berada.
Esok aku akan bawak kau ke rumah aku. Aku harap lepas ni kita buat haluan sendiri. Kau dengan cara hidup kau. Aku dengan cara hidup aku. Jangan fikir kau isteri aku kau ada hak untuk ambil tahu kemana aku pergi, dengan siapa aku keluar. FAHAM! Ujar Harraz tanpa menjawab soalanku tadi.
Kita hanya suami isteri di depan keluarga aku sahaja. Kau faham tak apa yang aku cakap ni? Tengking Harraz kuat sambil mencengkam pipi Aulia.
Saya faham. Awak tak perlulah nak tengking saya Harraz. Saya belum pekak lagi. Saya dengar apa yang awak cakap. Saya tak kisah kalau awak nak duduk sendiri. Saya boleh balik rumah family arwah saya. Ujar Aulia perlahan. Dia malas nak bergaduh dengan Harraz.
Dan satu lagi jangan sesekali kau jatuh cinta dengan aku. Aku hanya cintakan kekasih aku, Fazira. Jangan kau cuba goda aku. Aku takkan tergoda dengan perempuan macam kau. Lagi sekali kau buat macam tadi. Kau tahulah nasib kau. Ujar Harraz dengan suara yang keras.
Apa yang saya buat Harraz? Saya takde niat langsung nak goda awak Harraz. Awak yang nak saya berlakon. Jadi saya hanya ikut lakonan awak je. Aulia cuba melepaskan cengkaman jari Harraz dimukanya. Terasa sakit bila Harraz mencengkam pipinya yang bengkak.
Takde niat kau kata kau sedar tak tadi tu kau macam peremouan yang tiada maruah. Sinis sangat suara Harraz terhadapnya. Cengkaman pada pipi Aulia semakin kuat.
Aulia merintih sakit.Lepaslah Harraz. Pipi saya sakit. Bergetar suara Aulia.
Harraz melepaskan jarinya di muka Aulia saat dia melihat air jernih milik Aulia menitis secara tiba tiba.
Balik nanti, aku cakap dengan papa aku nak balik rumah aku. Dan kau kene setuju. Faham! Desis Harraz.
Harraz memandu pulang ke rumah.
Sebelum tu saya minta izin, untuk keluar rumah. Saya perlu ke kolej. Saya harap awak tak kan halang saya teruskan pelajaran saya.
Hei perempuan! Aku dah cakapkan aku takkan ambil tahu hal kau. Jadi tak perlu kau minta izin dari aku. Harraz menghentak stering keretanya kuat.
Panas hatinya bila berduaan dengan Aulia Qaisara. Siapa je yang tak panas hati. Dah la aku tak sudi jadikan dia isteri.
Teringat akan Fazira yang sudah berapa hari tidak menelefon dia. Merajuk mungkin dengan dirinya.
Haraaz mengeluh panjang saat terbayang wajah manis gadis pilihan hatinya. Sehari tak jumpa atau telefon, dia rindu akan suara manja gadis pujaan hatinya.
Harraz nekad mahu berjumpa dengan Fazira. Akan di pujuk gadis itu.
Pa, Ma.. esok Raz ingat nak bawa Aulia balik ke rumah Raz dan Aulia setuju. Papa dengan mama tak kisahkan kalau kami duduk berdikari sendiri? Soal Harraz selepas habis makan malam.
Kami tak kisah Raz, yang penting kamu jaga isteri kamu baik baik. Itu amanah Raz. Dato Hafidz berkata.
Baik pa. Insyaallah Raz akan jaga Aulia elok elok. Ujar Harraz.
Aulia duduk di hadapan kolam renang, kakinya di hulurkan ke dalam air kolam. Matanya redup memandang air yang tenang di hadapannya.
Ting. Telefon di sebelah Aulia berbunyi menandakan ada orang mesej.
Hana : Hai pengantin. Kau ok tak ni.
Aulia : Aku tak ok Hana.
Hana : Singa tu buat apa dekat kau? Kau bgtau aku.
Aulia : dia tak da buat apa apa pun. Cuma aku sunyi. Aku rindu kau Hana.
Hana : hahahahaha. Alololo. Kawan aku rindu aku rupanya. Nanti kau masuk kelas balik kita jumpa ya. Aku byk nak tanya kau ni.
Aulia : Kau kalau tak byk tanya tak sahkan Hana.
Tersenyum Aulia dengan kerenah sahabatnya itu.
Hana : Kalau aku tak byk tanya, bukan Farhana la orgnya 🤣. Oklah. Nanti kita jumpa tau. Eh kau jgn bg singa tu pijak kau tau. Kau kene lawan apa yang dia buat.
Aulia : Eh kau ni... Kau nak suruh aku jadi isteri derhaka ke?😏
Hana : Tak la sampai derhaka. Tapi kau tu baik sgt Lia. Sb kau baikla, aku suruh kau lawan sikit. Kau jgn la lembut sgt sampai kau kene pijak pun kau diam. Aku tak suka kwn aku kene buli. 🙄
Aulia : yelah cik Farhana. 😖
Hana : Okla. Aku taknak kacau pengantin baru ehem ehem. Almaklumlah dah jadi puan! 😜
Aulia : 😳😳😳 Diamla bongok.
Aulia secara tak langsung ketawa kecil dengan sikap Hana yang annoying tu.
Bukan main lagi kau tersengih ketawa bagai. Seronok mesej buah hati? Harraz berpeluk tubuh di sebelah Aulia. Dari jauh dia nampak Aulia tersenyum dan gelak sedang ralit dengan telefonnya.
Hampir terlepas telefon di tangan Aulia gara gara terkejut dengan suara garau Harraz.
Fuh! Nasib tak jatuh telefon aku dalam kolam ni. Aulia berdesis di dalam hati. Dia mendongakkan kepalanya ke atas memandang susuk tinggi lelaki di sebelahnya. Hanya senyum kecil Aulia berikan pada Harraz. Dia tidak mahu bercakap dengan lelaki itu. Dia tahu kalau dia bersuara ada saja yang tidak kene di mata Harraz. Aulia segara bangun dan menarik seluar yang di selak separas lutut turun semula ke bawah. Dia tidak mahu mendedahkan kulitnya pada Harraz dan berlalu dari situ.
Harraz menyambar kasar tangan milik Aulia. Sakit hatinya bila dia tidak di layan oleh gadis kecil di hadapannya itu.
Tersembam muka Aulia di dada Harraz, lalu Aulia menolak Harraz kasar.
Apa masalah awak ni ha? Saya tahu la awak tak suka saya. Tapi jangan lah buat saya macam ni. Hina sangat ke saya ni kat mata awak Encik Harraz? Bergetar suaraku lalu aku terus masuk ke dalam rumah untuk naik ke bilik.
Harraz mengusap rambutnya ke belakang sambil memerhati langkah laju Aulia menghilang dari pandangannya.
YOU ARE READING
1. Selama Itukah Derita©️
RomanceSampai mati aku benci kau- Aulia Qaisara Abang minta maaf sayang - Harraz Mikhaeil Derita? Ya.. Hidup aku memang hanya untuk derita. -1st ❤️ baby dari ilham i yang suka berangan :p -harap reader suka jalan cerita ni. -story ni kemungkinan slow up...