Part 21

255 3 0
                                    

Harraz berpeluk tubuh di saat Aulia berjalan perlahan melepasi keretanya. Senyuman masih lagi terukir di bibirnya. Masakan tidak, Aulia berkeras mahu berjalan sendiri. Katanya tidak pening lagi.

Kau memang tak pening sayang. Tapi kau punya tu masih sakit lagi. Nak jual mahal sangatkan.. We will see. Desis hati Harraz sendiri sambil tersenyum sinis.

Sayang... Kalau tak pening kepala, kenapa jalan tu slow sangat. Kata Harraz yang sudah pun berada di sebelah Aulia.

Eishhh.. Awak pergilah naik dulu. Bisinglah.. Dah pukul 12 tengah malam tau. Kata Aulia perlahan.

Takkan abang nak tinggalkan sayang sorang sorang tengah malam ni. Kang jumpa yang bukan bukan taulah. Kata Harraz sengaja menyakat Aulia.

Awakk.. Janganlah takutkan saya.. Aulia secara tiba tiba memaut lengan Harraz.

Kalau takut jalanlah cepat sikit sayang.. Meleret suara Harraz. Segera melepaskan pegangan Aulia dari lengannya.

Awak... Aulia cuba berjalan laju.
Erghh.. Sakit. Aulia cuba menahan rasa dengan cara menggigit bibirnya.

Sayang cuba cakap dengan abang, apa yang sakit sebenarnya. Takkan la kalau pening sampai susah nak jalan. Harraz mencuba nasib.

Saya.. Saya betul pening. Kata Aulia.

Dia ni kenapa asyik tanya pasal ni je. Kang aku bagitahu bende betul kang terkejut beruk pula kang. Memang la sakit. Kalau pergi cek tadi mesti doktor dah jahit. Getus hati Aulia.

Ting!

Mehla abang dukung sayang. Harraz mendekati Aulia dan laju mencempung Aulia yang kecil molek sebelum Aulia sempat cakap tak payah sebaik saja pintu lift terbuka.

Awak ni kenapa suka sangat dukung saya. Tak penat ke? Saya berat tau. Kata Aulia yang memandang Harraz.

Sayang tahu tak yang sayang ni ringan je. Tak terasa pun kalau abang dukung. Lagipun abang tak rasa susah pun nak dukung sayang. Kata Harraz yang sudah pun melekapkan bibirnya di pipi Aulia.

Awak! Jerit Aulia di dalam lift. Suka buat orang marahlah.

Abang sayang. Abang. Abang nak sayang panggil abang. Bukan awak awak dah. Dah macam biawak je abang dengar. Kata Harraz.

Memang biawak pun. Biawak komodo! Gumam Aulia perlahan tetapi sampai di pendengaran Harraz.

Sorry?? Tanya Harraz.

Haa.. Pandai pun minta maaf. Jawab Aulia.

Excuse me sayang.. Abang cakap sorry means.. Ulang balik apa yang sayang cakap tadi. Kata Harraz memandang tajam Aulia.

Hahh.. Cakap apa pulak ni. Mana ada cakap apa apa. Aulia melarikan anak matanya.

Dia dengar ke aku cakap dia biawak komodo? Getus hati Aulia.

Are u sure sayang? Sure tak cakap apa apa? Soal Harraz sambil menaikkan sebelah kening lebatnya.

Aulia menganggukkan kepalanya saja. Matila aku...

Harraz mendudukkan Aulia di kerusi meja makan. Lalu dia segera ke dapur untuk mengambil pinggan, mangkuk dan sudu lalu di letakkan di depan Aulia.

Nak buat apa ni? Soal Aulia pelik.

Nak letak nasi dengan sup daging sayangla. Kata Harraz yang membuka getah yang di ikat sup.

Eh tak payahla nak kotorkan pinggan mangkuk semua. Saya makan macam ni je. Kata Aulia yang mengambil sup yang sudah di bukak dan di letakkan tegak plastik sup di dalam mangkuk tadi. Polistrin yang di bungkus nasi di buka.

Tangannya mengambil sudu dan mengambil nasi dan sup dan di suap ke mulut Harraz. Harraz membulatkan matanya apabila Aulia menyuap nasi dan sup.

Sayang.. Ni kan sayang punya.. Sayang tak makan lagi kan dari pagi. Harraz bercakap dengan mulut yang penuh.

Habis tu awak tak nak makan ke? Soal Aulia yang menyuakan sudu penuh sekali lagi pada mulut Harraz. Harraz pasrah membuka mulutnya menerima suapan Aulia.

Dah.. Sayang makan je. Abang dah makan petang tadi. Kata Harraz.

Aulia hanya mampu menelan 4 suapan sahaja. Dia tiada selera. Selebihnya dia menyuap Harraz sampai habis nasi dan sup itu.

Setelah habis makanan tersebut. Aulia bangun untuk mengemas meja makan. Kemudian Aulia menapak perlahan ke biliknya dan duduk di atas katil. Harraz mengikut dari belakang dengan ubat dan segelas di tangannya.

Awak.. Keluarlah.. Saya nak tidur. Kata Aulia setelah menelan ubat dan meneguk air yang di beri oleh Harraz.

Malam ni abang duduk sini jaga sayang. Sayang dah setujukan dengan syarat abang. Kata Harraz yang beralih ke meja study Aulia. Harraz membuka ipadnya kemudian dia fokus dengannya.. Perasan di perhatikan, Harraz memandang ke arah Aulia yang memandangnya lama.

Kenapa tak tidur lagi ni sayang.. Sayangkan tak sihat.. Tidurlah.. Lembut nada Harraz berkata.

Saya tak boleh tidur. Awak ada dalam bilik ni.. Kata Aulia. Sungguh dia tak selesa. Rasa takut dengan apa yang terjadi semalam. Takut terulang lagi.

Harraz bangun dari kerusi meja makeup, berjalan dan duduk di birai katil. Harraz menyelitkan rambut Aulia untuk merapikannya.

Bukak hoodie ni.. Nanti sayang panas. Kata Harraz membuatkan Aulia menelan air liurnya. Degupan jantungnya menjadi laju.

Jangan degil sayang.. Nanti tak selesa nak tidur.. Kata Harraz lagi.

Kalau saya tanya sesuatu awak marah tak? Soal Aulia ragu ragu. Dia mengabaikan permintaan Harraz.

Abang akan jawab kalau abang tahu jawapan dari soalan sayang. Okay? Kata Harraz.

Nak tanya ke tak eh? Ahhh.. Tanya jelah. Desis hati Aulia.

1.  Selama Itukah Derita©️Where stories live. Discover now