Part 39

63 0 0
                                    

Sayang.. Kenapa ni? Harraz memegang lengan Aulia. Dia lihat tadi Aulia berjalan sambil memapah dinding.

Tak tahu.. Tapi Lia pening sangat.. Lia tengok semua benda nampak berpusing. Aulia memegang kepalanya.

Harraz terus mencempung badan Aulia dan di bawa ke bilik tidurnya.

Aulia menyandarkan kepalanya di bahu Harraz. Dia menarik nafas dalam. Dia suka akan bau Harraz dan memejamkan matanya dan menikmati haruman itu. Bila terasa badannya di letakkan ke atas tilam, Aulia membuka matanya dan memandang ke wajah suaminya.

Abang nak pergi mana? Tegur Aulia bila melihat Harraz mahu keluar dari bilik.

Abang nak masak. Sayang tak sihat kan. So biar abang masak harini. Sayang rehat je. Harraz tersenyum memandang Aulia.

Abang tak payah.. Nanti Lia dah okay Lia masak untuk abang.. Kejap je.. Aulia pejamkan matanya. Dia terasa loya.

Harraz duduk di pinggir katil. Tangannya membelai perlahan pipi Aulia.

Harini biar abang masak sayang. U just take a nap. Okay? Lepas makan kita pergi klinik ye. Harraz mencium dahi Aulia.

Kenapa nak kene pergi klinik? Lia tak sakit pun abang.

Sayang... Dengar cakap abang sayang.. Sayang tengah sakit ni. Harraz tersenyum. Sebab dia tahu isterinya sakit kerana dia. Dan Harraz berharap biar dia yang dapat sakit ni. Dia tidak sanggup melihat isterinya sakit.

Lia tak sakit abang.. Lia sihat.. Cuma Lia pening sikit je.. Lepas rehat Lia dah okay.. So tak payah pergi klinik. Aulia merengek manja.

Manjanya isteri abang ni. Tapi sayang pujuk abang pun abang tetap bawa sayang pergi klinik.. No excuse sayang..Harraz memicit hidung Aulia perlahan. Merah terus hidungnya. Memuncung terus mulut Aulia dikala itu. Geram betul dia dengan Harraz. Suka sangat picit pipi dan hidung Aulia.  Akhirnya Aulia tertidur selepas di belai Harraz. Harraz tersenyum sebelum berlalu ke dapur untuk memasakkan sesuatu buat Aulia.

                        °°°°°°°°°°°

Congrat Puan Aulia. Kalau di ikutkan detail scan ni Puan dah mengandung 15 minggu.. Qistina tersenyum manis ke arah Aulia.

How can I get pregnant when I'm on my period doktor? Aulia memandang Qistina seakan tak percaya.

I tak terkejut tengok reaksi you macam ni Aulia. Sebab dulu pun kes you sama. You pregnant tapi dalam masa yang sama you period. Aulia tergamam setelah di terangkan punca kenapa dia pregnant tapi masih on period.

Aulia.. Awak pernah ada sejarah keguguran. Jadi tolong becarefull okay? Jaga makan, jaga tidur. Jangan stress.. Aulia hanya termenung mendengar bebelan dari Doktor Qistina. Entah dengar entah tidak. Kepalanya sakit. Dia memicit micitkan kepalanya sedikit kuat. Tergeleng geleng kepala Aulia saat itu.

Sayang, sayang okay ke? Harraz memegang tangan Aulia tetapi di tepis kasar oleh Aulia. Harraz memandang Aulia dengan pandangan yang sukar untuk di ungkapkan. Aulia bangun setelah mengucapkan terima kasih dan berlalu keluar dari klinik. Harraz pula terpinga pinga melihat Aulia. Dia kemudian berlari mendapatkan Aulia.

Sayang... sayang.. Kenapa ni.. Kalau ada apa apa bagitahu abang.. Jangan macam ni. Harraz menarik tangan Aulia untuk di pegang. Aulia merengus kasar.

Aku nak balik! Tolong hantar aku balik rumah mama dan papa sekarang!! Tengking Aulia. Dengan segera dia masuk ke dalam kereta Harraz membuatkan Harraz terdiam seribu bahasa. Sepanjang perjalanan Aulia hanya diam membisu.. Matanya hanya memandang je arah luar tingkap. Harraz memandang wajah keruh Aulia. Dia tertanya sendiri kenapa dengan isterinya.

Aulia masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa. Kepalanya semakin pening.

Lia.. Doktor cakap apa? Datin Intan duduk di sisi Aulia. Aulia yang membisu sedari tadi menoleh ke arah Datin Intan.

Kenapa mama benarkan Lia kahwin semula dengan dia? Kenapa ma? Kenapa? Aulia berkata dengan suara yang bergetar.

Apa Lia cakap ni? Kan Lia sendiri setuju. Tiada siapa paksa Lia nak. Datin Intan memegang tangan Aulia. Dia tahu ingatan Aulia sudah kembali. Kalau tidak Aulia takkan begini.

Tapi kenapa mama izinkan? Mama tahukan apa yang dia buat dulu pada Lia. Lia benci dia mama..Lia benci..Lia dah ingat semuanya mama... Lia dah ingat.   Aulia mengongoi di hadapan Datin Intan.

Harraz yang baru masuk ke dalam rumah terhenti di hadapan pintu. Aulia dah ingat? Macam mana? Desis hati Harraz.

Sayang..

Aulia yang mendengar suara Harraz  bangun dan meluru ke arah Harraz lalu menampar kuat Harraz. Terteleng kepala Harraz ketika tamparan di lakukan. Datin Intan yang terperanjat berdiri dengan laju. Dia menutup mulutnya dengan tangan.

Jangan sesekali kau panggil aku sayang!! Kau tahu aku benci kau!! Dan kau benci aku!! Tapi kenapa kau masih nak kahwin dengan aku semula!! Apa niat kau!!  Kau masih tak puas ke Harraz seksa aku?! Tak puas lagi ke kau nak sakitkan  aku? Kenapa kau ambil kesempatan kahwin semula dengan aku sedangkan aku tak ingat semua! Kau fikir kalau aku masih ingat kejadian dulu, aku nak kahwin dengan kau  semula  Harraz? NEVER!! Tengking Aulia. Bergetar badannya. Perjumpaan dengan Doktor Qistina membuatkan Aulia teringat derita lamanya. Kepalanya sakit dan segalanya terlayar di ingatannya seperti recording tape yang berputar di mainkan.

Lia.. Abang dah ceritakan semuanyakan sayang?  Harraz  ingin merapati isterinya ingin memujuk.

Kau ceritakan? Ya!! Kau memang cerita! Tapi cerita dengan alami semuanya takkan sama Harraz! Takkan sama!! Ceraikan aku Harraz!! Ceraikan aku! Aulia memukul mukul tubuh Harraz.

Tak Aulia Qaisara. Apapun yang terjadi selepas ni.. Abang takkan sesekali lepaskan Lia lagi. Tak akan!! Cukup sekali Aulia. Harraz menggelengkan kepalanya.

Aulia yang mendengarkan kata Harraz menampar muka Harraz dan dada bidang Harraz berkali kali.

Sudah Harraz sudah Aulia.  Datin Intan cuba menarik Aulia ke dalam pelukannya. Dia ingin menenangkan menantunya.

No mama.. No.. Suruh dia ceraikan Lia mamaa... Lia benci dia.. Aku beci kau Harraz.. Aku benci.. Sampai mati aku benci kau..!! Raung Aulia sehingga dia jatuh pengsan. Harraz sempat menyambut tubuh isterinya pantas mengangkat Aulia dan naik ke bilik untuk meletakkan Aulia di atas katil.

Dia mengusap kuat raut wajahnya yang sudah pun basah dengan airmata.

Why ma.. Why... Raz baru nak merasa bahagia dengan  Lia ma.. Kenapa ini yang berlaku ma. Apa lagi yang Raz perlu buat ma? Serak suara Harraz bila bercakap. Dia masih cuba untuk menenangkan dirinya yang kusut lepas apa yang terjadi.

Sabarlah nak.. Semua ni dugaan untuk Raz dan Lia. Datin Intan juga pasrah dengan keadaan yang berlaku. Suaminya Dato* Hafidz riada di sini sekarang. Bagaimana dia mahu menolong anak dan menantunya. Aulia memang manja dengan dia. Tetapi Aulia lebih mendengar nasihat suaminya.

Dari sehari ke sehari Aulia yang lembut dan manja menjadi kasar. Tetapi hanya di hadapan Harraz. Pantang berjumpa ada saja yang di gaduhkan. Harraz banyak mengalah. Dia tahu dulu dia salah. Sebab itulah dia beralah. Dia hanya pulang ke rumah bila Aulia tidur dan keluar rumah sebelum Aulia bangun.














1.  Selama Itukah Derita©️Where stories live. Discover now