Harraz keluar dari kereta, membawa bagasinya sendiri menuju ke lift apartmentnya. Kunci di tangan di lempar ke arah Aulia. Tindakan spontan darinHarraz membuatkan Aulia terkejut. Nasib Aulia dapat menangkap kuncinkereta milik Harraz. Harraz meninggalkan Aulia sendirian di belakang. Terkial kial Aulia mengeluarkan begnya dari bonet kereta Harraz.
Awak tunggulah. Jerit Aulia. Harraz masih laju melangkah meninggalkan Aulia. Aulia cuba mengeluarkan begnya secepat mungkin. di bonet kereta Harraz.
Beratlah pulak beg aku ni. Aulia menghela nafas panjang. Aulia mempercepatkan langkahnya ke arah Harraz, malangnya sebaik saja memasuki kawasan lift, Harraz sudahpun menghilang dalam lift.
Di hadapan lift Aulia termenung.
Eish dia ni bukan nak tunggu aku. Memang aku tau rumah dia yang mana tingkat berapa. Gumam Aulia dalam hati.
Harraz masuk ke dalam rumah miliknya. Dia lantas merebahkan badannya di sofa hadapan. Terasa berat matanya kerana dia tak dapat tidur. Matanya sentiasa merenung susuk Aulia yang nyenyak tidur di atas sofa. Puas di paksa matanya untuk tidur malam tadi. Harraz melepaskan keluhannya.
Akhirnya dia tertidur disofa tanpa sedar yang Aulia masih belum masuk ke dalam rumahnya. Setelah 2 jam, akhirnya Harraz tersedar. Dia bangun dari sofa dan menarik bagasinya ke biliknya. Matanya melilau lilau mencari kelibat Aulia di biliknya tetapi tiada. Di kembali semua ke ruang hadapan dan ke arah dapur, masih tidak nampak kelibat Aulia. Harraz mula cemas dan memanggil Aulia.
Aulia!! Kau kat mana ha? Jerit Harraz. Dia membuka kesemua bilik di dalam rumahnya,masih juga tidak nampak susuk isterinya itu. Lantas Harraz menepuk dahinya.
Shit! Aulia mana tahu rumah kau tingkat berapa Harraz! Kau yang tinggalkan dia tadi. Bentak Harraz tiba tiba. Bergegas Harraz menuju ke pintu rumahnya. Mata melihat luar rumahnya, namun Aulia masih tidak kelihatan. Harraz menyarungkan sandal miliknya dan menuju ke lift.
Ting!
Pintu lift terbuka. Harraz meluru keluar dan melihat kawasan lift. Aulia masih tiada kemudian Harraz menuju ke keretanya. Dari jauh dia melihat susuk Aulia yang sedang duduk di atas beg bajunya. Kepala Aulia di letakkan di pintu keretanya. Harraz mendekati Aulia. Semakin dekat dengan Aulia, mukanya yang cemas itu berubah tenang.
Lia... Leret suara Harraz. Tapi tiada sambutan dari Aulia. Rupanya Aulia tertidur dalam keadaan menunduk.
Kejam sangat ke aku dengan dia? Bisik hati Harraz. Dia melihat wajah polos Aulia dari tepi. Pipi yang merah di renung, turun ke bibir mungil Aulia. Harraz mengetap bibirnya. Lantas Harraz segera mengejutkan Aulia mematikan rasa sesuatu yang mula terbit.
Woi! Bangunlah. Kasar bunyi Harraz mengejutkan Aulia.
Aulia mencelikkan matanya perlahan lahan. Kepalanya terasa pening. Kemudian Aulia menundukkan kepalanya kembali untuk menghilangkan peningnya.
Kau kenapa? Soal Harraz.
Aulia hanya menggelengkan kepalanya lemah. Mata terasa panas. Nafasnya berbahang.
Kau tak nak naik ke? Pergilah naik. Aku nak keluar beli makanan sekejap. Dekat rumah tak ada makanan. Aku jarang masak dekat rumah. Ujar Harraz perlahan.
Saya tak tahu rumah awak yang mana. Lembut suara Aulia berkata.
Kau naik tingkat 15 rumah no 3-15. Password Hazzie. Aulia menganggukkan kepalanya dan bangun mengambil beg yang di duduknya tadi.
Kaki melangkah perlahan ke arah lift tanpa menoleh ke belakang.
Hazzie? Kenapa Hazzie? Kenapa bukan Harraz? Oo.. Faham nama gabungan dwngan kekasih hatinya. Aulia tersenyum sendirian dengan hati yang sebal.
Aku cemburu ke? Tak kot? Kenapa aku nak cemburu pula. Aku bukan siapa siapa bagi Harraz. Hanya isteri tak di ikhtiraf. Gumam Aulia perlahan.
Ting!
Pintu lift terbuka. Aulia melangkah masuk ke dalam lift dan menekan punat angka 15.Aulia apa yang kau fikirkan ni? Lantak dia lah nak letak password apa. Itu rumah dia, bukan rumah kau. Lagipun kau hanya menumpang je sebelum dia ceraikan kau. Dan tak ada sebab pun untuk kau jatuh cinta. Layanan dia pada kau bukan elok pun. Tak habis habis berkasar dengan kau. Gumam Aulia dalam hatinya. Tangannya memegang dinding lift dan sebelah tangannya memicit kepalanya yang masing pening.
Ting!
Pintu lift terbuka. Aulia menahan pintu lift, risau kalau pintu itu tertutup dengan cepat. Sudah la kepalanya berpusing Aulia bergegas keluar dari lift dan berjalan perlahan mencari nombor rumah Harraz.
Semasa memasukkan password milik Harraz. Kepalanya semakin sakit dan matanya berpinar.Erghh.. sakitnya kepala ni.. Aku mesti demam teruk lepas ni. Lagipun dah lama sangat aku tak sakit. Desis Aulia dalam hati.
Click!
Sebaik saja membuka pintu Aulia memandang dekoration rumah Harraz. Cantik, pandai jugak dia ni jaga rumah. Semasa melangkah ke arah sofa mata Aulia terpandang frame gambar yang tergantung di hadapannya. Gambar seorang lelaki dan perempuan. Setelah mendekati gambar itu. Aulia tergamam. Gambar milik Harraz sedang memeluk gadis dari belakang.Cantik, mungkin ini kekasih hati Harraz, Fazira. Aulia mengeluh panjang bila semakin lama dia berada di dalam rumah itu matanya melihat banyak frame frame gambar dan gadis pujaan hatinya. Ada yang di letakkan di meja sudut. Dan ada yang di gantung di dinding.
Ini rumah Harraz dengan Fazira ke? Takkan lah. Tapi... kalau ye macam mana? Eh, kalau ini rumah milik mereka berdua takkan lah Harraz boleh membawa dia ke sini. Aulia menghela berat nafasnya. Aulia kembali ke sofa untuk merehatkan badannya. Dia rasakan badannya semakin panas. Setelah menyelesakan diri, Aulia terlelap dengan sendirinya di sofa lembut itu.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Sebaik saja Harraz membuka pintu. Di lihatnya beg Aulia berada di depan pintu. Harraz meletakkan makanan yang di bungkus itu di atas meja makan sebelum berlalu ke dapur untuk mengambil mangkuk dan pinggan. Selesai meletakkan kesemua lauk yang di beli, Harraz mencari Aulia. Terhenti langkahnya di sofa apabila terpandangkan susuk badan Aulia.
Tidur lagi dia ni? Kuat betul tidur. Gumam Harraz.
Harraz mendekati Aulia. Matanya melihat wajah Aulia yang pucat itu. Segera di kejutkan Aulia untuk bangun makan.
Lia.. Harraz menyelitkan rambut hitam milik Aulia yang jatuh ke mukanya ke bahagian telinga. Jelas kwlihatan wajah Aulia yang pucat itu, Harraz laju mengejutkan Aulia dari lenanya.
Aulia.. bangun. Lembut suara Harraz mengejut Aulia. Di tampar tampar perlahan pipi pucat Aulia. Panas. Tangan di sentuh lama di bahagian dahi.
Kau demam ni.. Ujar Harraz sebaik sahaja Aulia tersedar.
Sikit je awak. Sorry awak sebab saya tidur kat sini. Saya tak tau nak tidur kat mana. Ujar Aulia.
Kenapa kau tiba tiba demam ni? Pagi tadi elok je aku tengok kau. Kau makan dulu, aku dah belikan kau makanan. Harraz bangun untuk mengambil makanan yang di bekinya tadi. Lantas Aulia memegang tangan Harraz. Terpaling muka Harraz ke arah Aulia.
Sorry. Saya tak sengaja. Tersedar akan kesilapannya, Aulia melepaskan tangannya.
Saya tak nak makan. Saya tak lapar. Boleh awak tunjukkan mana bilik saya? Ujar Aulia. Dia memang menunggu Harraz memberitahu biliknya yang mana. Tak berani dia hendak memandai mandai. Sebab dia ingat Harraz pernah memberitahunya yang Harraz tak suka aku mengusik barang miliknya.
Bilik kau yang tu. Tunjuk Harraz ke arah bilik yang terletak di hujung sekali.
Terima kasih. Saya masuk bilik dulu. Awak makanlah. Ujar Aulia serentak bangun mencapai begnya di depan pintu untuk masuk ke bilik.
Aulia. Nanti kau makanlah. Aku nak keluar mungkin aku tak balik malam ni. Aulia mengangukkan kepalanya sebaik saja pintu bilik di buka.
Selepas menutup pintu. Aulia segera naik ke katil dan menutupkan matanya. Dia sangat sangat tak larat.
YOU ARE READING
1. Selama Itukah Derita©️
RomanceSampai mati aku benci kau- Aulia Qaisara Abang minta maaf sayang - Harraz Mikhaeil Derita? Ya.. Hidup aku memang hanya untuk derita. -1st ❤️ baby dari ilham i yang suka berangan :p -harap reader suka jalan cerita ni. -story ni kemungkinan slow up...