Aulia dengan senang hati menghias rumah milik Harraz. Dia langsung tidak memikirkan bahawa rumah yang di hias tu akan menjadi rumah mereka sekiranya dia berkahwin semula dengan Harraz.
Setelah hampir 2 minggu Aulia bertungkus lumus mendeko rumah itu. Segalanya di hias cantik. Tidak terlalu serabut.. Simple tapi nampak mewah. Aulia tersenyum melihat hasilnya.
Setelah pulang ke rumah Datin Intan, Aulia duduk di buai yang terletak di taman mini Datin Intan. Dia sedang memerhati Datin Intan yang leka mencantas pokok tetapi fikiran nya melayang.
Lia fikir apa tu? Jauh betul Lia termenung.
Datin intan menepuk peha Aulia. Entah bila Datin Intan duduk di sebelahnya. Sikit pun dia tidak sedar.
Tak ada apa ma. Lia pun tak tahu fikir apa.
Aulia menggaru pipinya yang tidak gatal.
Lia.. Cuba cerita dekat mama.. Jangan pendam perasaan tu.. Tak elok.. Kalau asyik pendam je nanti Lia jatuh sakit.
Datin Intan menggosok peha Aulia. Kemudian dia memegang tangan Aulia.
Lia tak tahulah keputusan Lia ni betul atau tak.
Aulia melepaskan keluhan perlahan.
Bukan Lia dah buat solat istikharah ke? Soal Datin Intan.
Herm.. Dah mama.. Tapi sekarang ni Lia ragu ragu. Aulia memandang ke arah Datin Intan.
Kenapa nak ragu ragu. Sedang Lia dah pun istikharah. Apakata Lia istikharah semula.. Dulu Lia buat sebelum Lia tahu kebenaran. Sekarang Lia buat sebab dah tahu akan kebenaran. Jangan terlalu fikirkan.. Takut nanti jawapan Lia tu sebaliknya dari yang di beri. Mama nak masuk dulu.. Dah nak maghrib ni.. Lia jangan lama lama dekat luar ni okay. Datin Intan tersenyum nipis lalu dia beredar dari situ.
°°°°°°°°°°°°°°
Assalamualaikum. Aulia memberi salam
Waalaikumsalam. Selepas menjawab salam, Harraz terdiam. Tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan. Yang pastinya Harraz terlalu merindui suara bekas isterinya itu.
Abang.. Rumah abang Lia dah siapkan. Nanti abang tengoklah. Lia harap menepati citarasa abang. Maaflah kalau abang tak berkenan konsep rekaan Lia. Tapi Lia dah cuba sehabis baik.
Okay.. Esok Lia free ke? Soal Harraz. Jarinya mengetuk perlahan meja.
Free.. Tapi Lia nak keluar sekejap. Kalau abang nak kunci nanti ambil dekat mama je. Lia dah bagi dekat mama, 2 minggu lepas. Aulia yang sedang meniarap melentokkan kepalanya di atas tilam di lapisi tangannya
Kenapa tak bagitahu abang rumah tu dah lama siap? Kalau abang tahu dah siap lama, lama dah abang balik rumah tu.
Sorry.. Jawab Aulia tiada alasan untuk soalan Harraz.
Esok Lia nak keluarkan? So Lia bawak jelah kunci rumah tu sekali. Nnati Lia send location, abang datang sana ambil kunci dekat Lia. Bolehkan? Soal Harraz.
Eh tak apalah, abang ambil je dekat mama. Okaylah bang.. Lia nak solat lepas tu nak tidur terus. Baru saja Aulia mahu menamatkan panggilan, Harraz menahan.
Lia nak elakkan diri dari abang ke? Soal Harraz.
Tak.. Betul Lia nak solat.
Dia tahu ke? Desis hati Aulia.
Tapi abang rasa Lia macam nak elak dari bercakap dengan abang. Kenapa macam tu? Lia tak selesa ke bercakap dengan abang? Soal Harraz. Kata hatinya kuat mengatakan Aulia memang ingin mengelak untuk bercakap dengan dia.
Aulia terdiam. Aulia segera bangun dari baringnya dan dia duduk bersila di atas tilam. Entah kenapa dia rasa tidak selesa ketika itu.
Abang, Lia bukan mengelak. Cuma Lia tak tahu nak cakap dengan abang. Aulia melepaskan keluhan perlahan.. Jelas kedengan di pendangan Harraz bunyi keluhan dari mulut Aulia.
Abang sebenarnya tak nak balik sana sebab abang risau Lia tak selesa dengan kehadiran abang. Abang minta maaf, kalau abang buat Lia tak selesa dengan abang.
Hakikatnya.. Abang.. Abang.. Abang rindu Lia.. Terlalu rindu.. Tapi abang faham jurang antara kita. Harraz meluahkan perasaannya.
Abang.. Baru saja Aulia ingin berkata Harraz menyambung ayatnya kembali.
Abang tahu Lia tak selesa dengan abang. Abang minta maaf luahkan apa yang abang rasa dekat Lia. Abang sayang Lia..
Lia terima lamaran abang. Aulia terus menamatkan panggilannya. Telefonnya di pegang erat ke dada.
Harraz tergamam. Matanya membulat.
Lia terima lamaran abang. Betul ke apa yang aku dengar ni? Betul ke? Harraz menepuk pipinya agak kuat.
Sakit... Jadi betul lah.. Lantas Harraz mendail nombor telefon Aulia semula. Dia ingin memastikan ayat Aulia tadi. Berkali kali di dail nombor Aulia. Akhirnya Aulia menjawab panggilan darinya.
Hello, Lia betul ke apa yang abang dengar tadi. Harraz seakan tidak percaya apa yang di dengarnya tadi.
Abang dengar apa yang Lia nak cakap.. Jangan menyampuk selagi Lia belum habis cakap.. Harraz menganggukkan kepalanya.
Abang.. Abang dengar ke apa yang Lia cakap ni? Soal Aulia bila tiada balasan dari Harraz.
Harraz masih mengangguk..
Bencilah abang ni.. Orang tanya dia diam je.. Marah Aulia.
Bukan tadi Lia cakap suruh abang dengar dulu sampai habis? Lia tak bagi abang menyampuk.. Jadi abang dengarlah ni.
Aulia memejamkan matanya geram.
Haihhh... Okay.. Lia terima lamaran abang,tapi dengan syarat. Jangan paksa Lia jalankan tanggunjawab Lia pada abang. Buat masa ni terus terang Lia katakan pada abang Lia masih ragu ragu dengan keputusan Lia walaupun Lia dah buat solat istikharah. Lia nak selepas kita bernikah, kita duduk bilik asing asing dulu buat sementara waktu.. Kita kenal hati budi dulu. Sebab Lia tak ingat langsung macam mana hubungan kita sebelum ni. Kalau abang okay dengan keputusan Lia, kita kahwin.
Selepas mengatakan semua yang terbuku di hati dan fikirannya,Aulia terdiam. Lama juga Harraz terdiam sebelum Haraz membalas.
Kalau itu yang Lia mahu.. Abang terima.. Abang takkan paksa Lia buat sesuatu yang Lia tak mahu atau dalam keadaan Lia tidak bersedia. Abang nak Lia terima abang bila Lia dah bersedia. Insyaallah kali ni.. Abang harap abang dapat bahagiakan Lia hingga akhir nafaz abang.
Thank you abang.
Thank you Lia.
Serentak meraka berkata.
YOU ARE READING
1. Selama Itukah Derita©️
RomanceSampai mati aku benci kau- Aulia Qaisara Abang minta maaf sayang - Harraz Mikhaeil Derita? Ya.. Hidup aku memang hanya untuk derita. -1st ❤️ baby dari ilham i yang suka berangan :p -harap reader suka jalan cerita ni. -story ni kemungkinan slow up...