Part 20

323 2 0
                                    

Aulia terjaga dari tidurnya apabila Harraz mengejutkannya kembali. Kepalanya yang agak berat itu di toleh ke kiri dan kanan cuba mengecam dia di mana.

Awak.. Kita dekat mana ni.. Tanya Aulia yang tengah menggigil. Dia  yang merasa sangat sejuk, memeluk tubuhnya.

Kita dah sampai klinik sayang. Kata Harraz. Harraz merenung Aulia yang sedikit menggigil. Harraz segera memusingkan badannya untuk mengambil hoodienya yang berada di sit belakang.

Pakai ni..awak sejuk ni.. Harraz menyarungkan hoodienya di kepala Aulia. Aulia tergamam dan terkaku ketika itu. Dia cuba menjauhkan dirinya dari Harraz. Kedudukan Harraz ketika itu sangat dekat dengan Aulia.

Harraz menarik Aulia mendekatinya, apabila payah untuk Harraz memakaikan hoodie tersebut. Tarikan Harraz yang sedikit kuat itu membuatkan muka Aulia tersembam di leher Harraz. Aulia cuba menjauhkan kembali dirinya.

Awak ni tak boleh diam ke sayang? Susah saya nak pakaikan awak hoodie ni. Kata Harraz dengan suara yang sedikit serak basah. Meremang Aulia di kala itu. Harraz segera memakaikan Aulia hoodie.

Aulia menjauhkan dirinya kembali. Terasa dirinya terlampau dekat dengan Harraz.

Kalau awak berterusan macam ni. Awak akan bertambah sakit sayang.. Ke awak memang nak sakit? Hurm? Tanya Harraz lembut.

Aulia yang kerap mendengar perkataan sayang keluar dari mulut Harraz berasa tidak selesa.Cukuplah dia tertipu dengan ayat itu malam tadi.

Aulia sebenarnya suka Harraz memanggilnya dengan panggilan sayang kerana Aulia sedar yang dia sudah mula sayangkan Harraz ketika itu. Tapi cukuplah hanya dia sorang yang mempunyai perasaan terhadap Harraz. Dia tahu Harraz tidak mungkin ada perasaan untuknya. Dia takut Harraz hanya memainkan perasaannya. Dia ingat akan kata kata Harraz.. Harraz tak mungkin akan jatuh cinta pada dia. Dia hanya cintakan kekasihnya saja.

Lia... Lia....Harraz memetik jarinya berkali kali di depan Aulia apabila Aulia memandangnga tanpa reaksi seperti fikirannya bukan di situ.

Haa..ye.. Kata Aulia. Memandang Harraz.

Jomlah.. Berapa lama nak duduk dalam kereta.. Kata Harraz.

Awak.. Boleh tak kalau kita balik je. Pinta Aulia yang memainkan jari jari di tangannya.

Kenapa nak balik pula? Kan kita dah sampai ni. Kata Harraz lagi.

Tapi awak.. saya tak sakit pun.. Rengek Aulia.

Takkan la aku nak cakap kat doktor  aku demam sebab Harraz yang buat... Gila..tak pernah di buat orang sakit sampai ke klinik sebab bende tu.. Malu la aku.. Aulia gumam dalam hati.

Sayang nak saya call mama atau papa ke? Hurm?? Soal Harraz yang mendekat.. Kepalanya di sengetkan untuk menatap muka Aulia.

Aulia  menggelengkan dan menundukkan kepalanya.

Tapi awak.. Dah lewatkan.. Esok awak kerja. Ujar Aulia cuba memujuk Harraz. Semahunya dia tak mahu berjumpa dengan doktor.

Esok saya cuti.. Jadi takde masalah untuk saya teman awak jumpa doktor kata Harraz. Tangannya memegang dahiku.

Panas lagi ni sayang.. Jangan degil boleh? Kata Harraz lembut. Sangat lembut di pendengaran Aulia.

Air mata Aulia bergenang. Sungguh dia lemah ketika ini. Lemah bila Harraz bersikap baik dengannya. Dia lebih suka Harraz melayannya seperti sebelumnya. Itu lebih baik di rasakan saat ini.

Harraz yang melihat air mata milik Aulia yang bergenang itu mengeluh.

Okay. Bagi saya satu sebab kenapa tak nak masuk klinik. Soal Harraz.

Awak betul betul tak tahu ke Harraz? Atau awak berpura pura tak tahu?  Soal Aulia tanpa menjawab soalan Harraz. Mata Aulia merenung mata hazel milik Harraz untuk mencari kebenaran.

Tahu apa Aulia? Apa yang saya tahu tapi pura pura tak tahu? Soal Harraz kembali. Air mata Aulia yang mengalir di usap perlahan.

Harraz memang tak sedar ke semalam? Sebab tu dia tak tahu? Kalau dia sedar, reaksi dia memang akan begini ke? Tak mungkin. Aulia menggelengkan kepalanya.

Macam mana dia mahu berterus terang, kalau Harraz sendiri tak sedar dan tak ingat apa yang terjadi. Lagipun malam tadi Harraz mabuk. Jadi memang betullah dia tak sedar. Macam mana kalau Harraz tak percaya apa yang dia bagitahu. Aulia berteka teki sendirian.

Apa dia sayang? Cuba jujur dengan saya. Soal Harraz cuba memancing jawapan dari Aulia apabila matanya melihat sendiri Aulia menggelengkan kepalanya seperti sedang bercakap sendirian.

Saya tak suka jumpa doktor. Akhirnya Aulia menjawab menutup segala rahsia.

Harraz memandang Aulia dengan pandangan  tidak percaya. Dia fikir Aulia akan jujur dengannya.

Ya Allah.. Berdosanya aku dengan kau sayang. Kenapa kau tak nak jujur dengan aku sayang?Kenapa kau taknak bagitahu betapa kejamnya aku terhadap kau semalam? Kenapa masih nak rahsiakan benda ni?. Apa yang kau cuba nak selindungkan sayang? Kenapa kau buat aku lagi rasa bersalah dengan kau. Allah.. Aku memang cintakan kau sayang. Tapi aku tak sedar yang aku kejam dengan kau. Aku rampas apa yang kau jaga selama ni macam tu saja. Harraz berkata dalam hati. Di raupkan wajahnya kasar. Seakan tidak percaya dengan tindakan isterinya untuk merahsiakan benda yang dia sendiri tahu. Dia mencengkam kuat stering keretanya sehingga menimbulkan segala urat di tangannya.

Keretanya yang sudah lama di hentikan di hadapan klinik terus bergerak pergi.

Nak pergi mana awak? Soal Aulia bila melihat Harraz memandu keretanya kembali.

Awak tak nak masuk jumpa doktorkan? Jadi saya takkan paksa awak. Tapi awak kene ikut syarat saya. Kata Harraz yang sedang fokus memandu.

Syarat apa? Tanya Aulia seakan tidak percaya dengan tindakan Harraz yang tidak lagi memaksanya.

Saya akan jaga awak sampai awak sembuh. Awak tak boleh bantah apa yang saya buat dan saya cakap. Kalau tak saya patah balik ke klinik. Kata Harraz yang masih memfokus pada pemanduannya.

Terima kasih awak. Kata Aulia menarik nafas lega.

Di dalam fikiran Harraz masih ada cara untuk dia memaksa Aulia berlaku jujur akan apa yang telah terjadi. Sekejap lagi atau esok, dia akan pastikan Aulia berterus terang. Dan dia juga akan meluahkan segala apa yang dia rasa terhadap Aulia.

Harraz mahu  membuka buku baru berdua dengan Aulia. Dia betul betul mahu Aulia tahu perasaannya terhadap gadis itu.

Harraz memberhentikan keretanya di kedai makan. Pintu kereta di buka dan di tutup. Dia berjalan ke arah tempat duduk Aulia dan membuka pintu.

Tak nak makan ke? Soal Harraz apabila Aulia memandangnya.

Tapau je boleh? Soal Aulia.

Awak masih pening lagi ke? Kalau awak pening lagi saya boleh je nak dukung awak. Kata Harraz yang sudah pun tersenyum senget.

Tak lah.. Dah malam sangat ni.. Saya kan tengah demam.. Jawab Aulia yang sedang berdalih menahan malu.

Demam ehh.. Abang lupa isteri abang demam. Sayang start kereta. Abang tapaukan sekejap. Kunci pintu  okey. Harraz melabuhkan ciumannya di pipi mulus Aulia. Pintu kereta di tutup  Harraz. Entah kenapa Harraz suka dengan panggilan yang baru saja dia ucapkan.  ABANG- SAYANG

Harraz tersenyum sewaktu melangkah masuk ke kedai makan. Bukan dia tak nampak riak wajah Aulia yang terkejut dan mukanya sudah merona kemerahan. Suka pula dia melihat Aulia begitu. Comel betul.

Game On Sayang. Susah sangatkan nak jujur. Getus hati Harraz.

Apahal dengan dia ni. Tetiba je nak ber-Abang Sayang bagai. Desis Aulia yang menahan rasa malu.









1.  Selama Itukah Derita©️Where stories live. Discover now