Part 13

254 3 1
                                    

Aulia terjaga dari tidurnya. Jam menunjukkan sudah pukul 10 pagi. Nasib dia sudah solat subuh sebelum terlelap sewaktu menjaga Harraz.

Eh macam mana aku boleh naik atas katil ni. Bukan tadi aku duduk dekat bawahke?patutlah aku lena tak sedar diri. Kata hati Aulia.

Harraz! Laju Aulia terduduk di atas katil. Menoleh ke kiri kanan mencari kelibat Harraz. Aulia segera turun dari katil.

Aaaarghhh! Jerit Aulia terkejut. Harraz juga mengusap dadanya terkejut.

Awakkk.... Terkejut tau saya. Aulia memukul dada Harraz spontan. Harraz tergelak dengan kelakuan Aulia.

Sorry sayang.. Saya nak masuk bilik.. Mana tau awak pula nak keluar dari bilik. Awak pun buat saya terkejut tau. Ujar Harraz yang masih tertawa kecil.

Berona merah muka Aulia saat terdengar perkataaan "sayang* dari  Harraz.

Kenapa awak bangun? Tidurlah balik. Awal lagi ni. Harraz bersuara memecahkan rasa sunyi. Dia tahu dia dah terlepas panggil.

Tangan Aulia menyentuh dahi Harraz. Lega hatinya bila badan Harraz dah tak panas.

Sorry.. Sepatutnya awak yang tidur, bukan saya. Saya tak sedar bila masa saya naik  atas katil awak. Sorry tau awak. Mesti saya buat awak tak terjagakan. Maaflah kalau saya tidur lasak sangat. Saya betul bwtul tak sedar bila masa saya naik atas katil awak. Aulia menundukkan kepalanya.

Saya dah puas tidurlah.. Sebab tu saya bangun. Awak yang baru nak tidur. Awak mesti letihkan jaga saya sepanjang malam. By the way saya dah buatkan awak sarapan. Awak tidurlah dulu. Nanti bangun awak makan tau. Saya nak mandi, saya ada meeting kejap lagi. Ujar Harraz lagi.

Awak dah sihat betul ke nak kerja ni? Soal Aulia kembali.

Awak yang jaga mestilah saya sihat. Thanks sayang. Pipi Aulia di cium lembut. Aulia tergamam lantas menoleh melihat Harraz yang sudahpun masuk ke biliknya.

Aulia memegang pipinya. Terasa darahnya laju naik ke muka. Aulia berlalu masuk ke biliknya dan membaringkan diri. Betul kata Harraz, Aulia masih mengantuk. Laju saja Aulia tidur kembali.

                 °°°°°°°°°°°°°°°°

Sepanjang pemanduaannya, bibir Harraz tak lekang dari senyuman bila teringat balik kejadian pagi tadi. Dia tak tahu kenapa mudah sangat untuk memanggil Aulia sayang. Dan yang paling gila 2 kali dia cium Aulia. Bibir mungil Aulia sangat menggoda nafsunya. Pipi Aulia yang mulus sangat lembut di bibirnya.

Jangan cakap kau  dah mula sayangkan dia Harraz. Gumam Harraz.

Harini Harraz terasa sangat sibuk. Dari dia masuk ke pejabatnya, tak berhenti dengan meeting. Sampai sekarang pun belum habis lagi perjumpaannya bagi menggantikan papanya yang sedang berada di Singapore.

Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam sebaik saja meeting terakhirnya. Dato' Khair meminta Harraz menghadiri perbincangan malam itu juga kerana dia perlu ke Aussie sebentar saja lagi. Anak lelakinya baru saja kemalangan. Jadi Harraz menunaikan permintaan papanya untuk mengikut kehendak Dato' Khair.

Keluar saja dari hotel, Harraz ternampak Fazira bersama rakan rakannya Harraz segera memeluk Fazira dari belakang.

Sayang!! I rindu u!! Kenapa u tak call i? Jerit Fazira gembira. Harraz menarik Fazira sambil tersenyum..

I miss u too baby.. Ujar Harraz mengwratkan pelukannya.

U nak pergi mana ni baby? Sola Harraz.

I baru sampai semalam.. So harini I nak enjoy kat tempat biasa la. Jom ikut i.. Ajak Fazira.

Dengan baju macam ni baby? No no.. I letih, baru habis meeting.. Dari pagi tadi i straight keje.. Ujar Harraz sambil mengucup bibir Fazira.

Balik jom.. Malam ni temankan i.. I rindu u tau baby.. Ajak Harraz sedikit manja.

Okey geng.. Sorry tak dapat join u guys malam ni.. Next time i will follow uall. Bf i pun tak boleh halang i next time okey? Harraz senyum bersahaja.

Fazira merangkul lengan Harraz dengan ceria. Mana mungkin dia lepaskan Harraz begitu saja. Harraz lelaki yang pandai memuaskan nafsunya. Harraz sejenis lelaki yang tidak ganas di atas katil. Harraz melayani Fazira seperti seorang Puteri. Yang lain hanya puaskan nafsu sendiri, membiarkan Fazira terkontang kanting di atas katil.

U dah makan sayang? Soal Fazira.

Dah dengan klien i tadi. Jawab Harraz.

Next flight u bila baby? Soal Harraz kembali.

Lagi 3 hari sayang. Sayang.... Boleh tak lepas kita kahwin nanti i nak stop kerja? I penatlah sayang.. Takde life kalau macam ni.. Kata Fazira sedikit merengek meminta perhatian dari Harraz.

I lagi suka u duduk rumah temankan i dan lahirkan anak anak i. Lebar senyuman Fazira saat mendengar  rancangan masa depan Harraz selepas ini.

Tapi i belum ready lagi nak ada anak sayang.. I nak enjoy berdua dengan u sebelum i readykan diri i..u okey kan sayang? U pun tahukan, i always go here, go there..Work and work.. Im tired.. I always miss u..  Fazira menunjukkan wajah manjanya.

U dah makan belum ni? Tanya Harraz.

Belum.. Rengek Fazira.

U nak makan apa? I temankan.. Lantas tangan Fazira di pimpin untuk berjalan ke kereta audi kesayangan Harraz. Dalam banyak banyak kereta Harraz suka bawa kereta yang ni. Baginya kereta ni sangat simple.

I nak makan u. Rengek Fazira memulakan aksi ghairahnya di dalam kereta.

Baby.. Tak balik kita nanti.. Dekat rumah ya.. Harraz sudah terangsang dengan tindakan Fazira.

Hampir 2 bulan Harraz tidak berjumpa dengan Fazira. Fazira perlu melaksanakan tugasnya. Lagipun dia dalam contract kerja. Tak boleh sesuka hati  Fazira menolak tawaran kerja yang di berikan.

Aulia melihat jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Harraz masih belum pulang. Aulia mengambil telefonnya dan menuju ke koridor luar.

Hello awak.. Awak kat mana ni? Saya risau.. Awak demam lagi ke? Tanya Aulia sebaik saja panggilan bersambung.

Saya tak balik 2 3 hari.. Saya outstation. Jawab Harraz tanpa nada.

Eh.. Awak tak bawa baju pun pa...

Sayang.... Siapa call? Dari jauh Aulia terdengar  rengekan manja perempuan. Terus Aulia meletakkan panggilan telefon tanpa sempat menghabiskan ayatnya. Bergenang matanya saat itu. Hatinya terluka.

Aulia masuk ke bar top, menyimpan semula makanan yang sudah di masakkan untuk Harraz.

Harraz hanya menggosokkan belakang lehernya apabila panggilan di matikan begitu saja.

Hurmm.... Mengeluh Harraz di saat itu. Harraz membetulkan baringnya di sebelah Fazira membalas pelukan manja Fazira yang sedang tidur.







1.  Selama Itukah Derita©️Where stories live. Discover now