Part 15

322 3 4
                                    

Harraz mengusap kasar rambutnya secara tiba tiba bila dia terbayangkan wajah Aulia. Dia teringat akan raut wajah Aulia tempoh hari. Aulia memandangnya dengan pandangan yang kosong.

Kenapa aku rasa bersalah dengan dia? Kenapa hati aku sakit melihat dia begitu? Apa yang kau dah buat pada aku Aulia! Harraz menghentak kuat stering. Sejak kejadian itu kepala Harraz hanya memikirkan Aulia.

Shit!

Harraz melajukan pemanduannya setelah menghantar Fazira ke KLIA, Harraz memandu keretanya menuju ke pub yang biasa di kunjunginya.

Harraz melabuhkan punggungnya di kerusi bar. Di sebelahnya Adrian seperti biasa, di kelilingi gadis gadis murahan yang hanya mahukan duit dan melampias nafsu.

Kau asal bro? Soal Adrian setelah melihat wajah beku milik sahabatnya itu.

Aku serabutlah. Harraz berkata sedikit kuat. Music yang bergema kuat di dalam pub, tidak mampu menenangkan Harraz ketika itu.

Chill la bro. Tak serabut bukan hiduplah namanya. Kata Adrian yang seronok melihat gadis di hadapannya menari menggoda. Adrian menggoyang goyangkan badannya. Tangan sakan memeluk gadis yang sedang menari menggoda di hadapannya.

Harraz meneguk air di depannya. Lantas dia meminta air tambahan untuknya. Bergelas gelas Harraz meminum minuman haram itu.

Matanya juga melilau mencari mangsa untuk menghiburkan dirinya. Harraz sudah jarang ke pub sejak dia menikahi Aulia. Sesekali saja dia melepak di situ bersama Fazira atau Adrian. Denial dah lama cuci tangan sejak mensieikan rumah tangga.

Bro!! Kau jangan minum banyak sangat. Nanti tak pasal yang kat rumah tu jadi mangsa kau. Kata Adrian sinis.

Aku tak bodoh lagi nak jadikan dia mangsa aku. Kalau aku nak, aku tak perlu mabuk. Boleh je aku minta hak aku. Harraz meneguk lagi air haram itu dengan rakus.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Sedang ralit menonton drama korea terbaru, Aulia menggoyang goyangkan kakinya yg di lipatkan kebelakang dalam keadaan meniarap atas sofa di ruang tamu.

Toiyoiyoiyoiyoi..

Perut Aulia berbunyi.. Alamak kacaulah perut ni.. Eishh baru nak tangkap feeling dengan mamat ni. Aulia bermonolog sendirian.

Aulia bangun membuka peti ais.. Jari jemari laju mengetuk pintu peti ais mengeluarkan bunyi tapak kaki kuda berlari.

Apa nak masak ye.. Gumam Aulia.

Arghh.. Panaskan jela ni.. Elok lagi kot lauk ni.. Nasi ada lagi ni.. Laju tangan Aulia mencapai periuk di rak.

Aulia merasa sedikit lauk yang di masak  beberapa hari yang lalu.

Yeayy.. Elok lagi.. Melompat kesukaan Aulia ketika itu. Nasi di ceduk dan menuang lauk lauk di pinggannya. Aulia ke depan semula membawa pinggannya dan meletakkan laptopnya di meja kecil. Aulia duduk bersila. Di depan laptopnya sambil menjamah nasi. Selepas saja makan Aulia mengemas segala peralatan yang di gunakan.

Lepas 1 episod ke 1 episod Aulia menonton. Sehingga Aulia terlelap di atas sofa.

Click.

Pintu depan di buka. Harraz menapak ke dalam rumahnya dalam keadaan terhuyung hayang. Harraz sedikit mabuk ketika itu. Mata Harraz kecil besar memerhatikan jalan. Dalam keadaan Harraz yang tidak stabil dia perlu berhati hati. Takut terlanggar apa yang ada di hadapannya dan terjatuh.

Mata Harraz menatap susuk badan yang sedang tidur dalam keadaan yang cukup menggoda. Baju tidur Aulia terselak sehingga mendedahkan peha putih gebu milik Aulia.

1.  Selama Itukah Derita©️Where stories live. Discover now