Aulia.. Awak tahu kenapa awak ada dekat sini? Soal Qistina setelah selesai yang memeriksa keadaan Aulia.
Saya tak ingat doktor. Kenapa saya boleh ada dekat sini doktor? Soal Aulia. Terasa janggal sungguh dia dengan situasi sekarang ni.
Apa perkara terakhir yang awak ingat Aulia? Soal Qistina lagi. Di tangannya dia mencatit segala apa yang sudah dia diagnosis kan.
Yang saya ingat... Hana mana ya doktor? Dia dah janji nak belanja saya makan! Kata Aulia lagi. Baru dia perasan sejak dia bangun dia tak nampak pun Hana. Mustahil Hana tak temankan dia kalau di berada di hospital. Sedangkan kalau pergi klinik pun Hana akan berada di samping dia walaupun berjumpa doktor.
Sekarang umur awak berapa Aulia? Soal Qistina kembali.
Soalan apa ni doktor...Aulia ketawa perlahan.
Hurm.. Umur sayakan 17 tahun. Hujung tahun ni saya akan ambil Spm. Kenapa doktor tanya saya soalan macam ni? Soal Aulia.
Aulia..Kalau ikut rekod saya, sekarang ni umur awak dah 20 tahun. Jadi apa yang saya boleh bagitahu awak. Awak hilang ingatan sekarang ni.. Memori awak setakat tahun 2019. Tapi tak apa.. Awak tak perlu risau.. Sebab awak akan ingat semula apa yang jadi selepas ni. Cuma jangan terlalu memaksa ya. Biar dia datang sendiri.. Awak faham Aulia? Soal Qistina.
Aulia tergamam. Dia seperti tidak percaya apa yang doktor Qistina katakan. Dia hilang ingatan? Tapi kenapa? Desis hati Aulia.
Macam mana saya boleh hilang ingatan doktor? Apa yang berlaku sampai saya hilang ingatan? Soal Aulia kepada Qistina.
Awak kemalangan teruk yang menyebabkan awak koma 3 bulan. Jadi awak bersabar ya. Ini semua dugaan untuk awak. Tapi saya bangga dengan awak Aulia.. Awak kuat sangat. Syukur sangat awak dah sedar. Qistina yang tersenyum manis, menyusap lembut tangan Aulia. Qistina keluar dari ward Aulia untuk menerangkan secara details kepada Datin Intan dan Dato' Hafidz yanh sedang menunggu di pejabatnya.
Untie.. Uncle.. Raz.. Apa yang Qis nak bagitahu ni Qis harap semua boleh terima dengan tenang ya. Qistina tersenyum di hadapan mereka bertiga.
Apa yang Qis boleh bagitahu, Aulia ni hilang ingatan. Dia cuma ingat apa yang berlaku 3 tahun lepas je.. Jadi kalau boleh, buat masa ni Qis harap jangan beritahu dia tentang kandungan dia yang gugur tu ya. Qis takut Aulia terkejut dan tak dapat terima hakikat apa yang berlaku. Apa yang Qis nampak Aulia macam ceria je. Yelah dia tak tahu apa apa. Ujar Qistina.
Ohh.. Btw maaf Qis tanya.. Siapa Hana ye untie? Soal Qistina.
Hana? Tanya Dato' Hafidz.
Qistina menganggukkan kepalanya.
Hana kawan baik Aulia. Jawab Dato' Hafidz perlahan.
Jadi ada baiknya uncle minta Hana datang sini. Tadi Aulia tanya Qis pasal Hana. Dia cakap dengan Qis Hana nak belanja dia makan. Qistina ketawa perlahan. Dia teringat akan wajah Aulia yang seakan teruja kerana Hana mahu belanja dia makan. Siapa yang tak suka di belanjakan lelagi bab makan.
Hana dah takde. Dia dah meninggal lebih kurang setahun yang lepas. Ujar Harraz lemah.
Im sorry.. Qis tak tahu.. Qistina seakan faham akan situasi di mana salah seorang di antara mereka, yang akan memberitahu berita ini pada Aulia.
Qis harap uncle dan untie beritahu sajalah pada Aulia tentang perkara ni secepat mungkin. Qis tak nak kalau semua berita di sampaikan serentak. Takut Aulia tidak dapat menerima apa yang terjadi. Kata Qistina kepada mereka.
YOU ARE READING
1. Selama Itukah Derita©️
RomanceSampai mati aku benci kau- Aulia Qaisara Abang minta maaf sayang - Harraz Mikhaeil Derita? Ya.. Hidup aku memang hanya untuk derita. -1st ❤️ baby dari ilham i yang suka berangan :p -harap reader suka jalan cerita ni. -story ni kemungkinan slow up...