Harraz melangkah keluar dari bilik tidur. Dia duduk di sofa ruang tamu rumahnya. Tempat di mana Aulia tidur semalam sebelum semuanya terjadi. Harraz memejamkan matanya, mengimbas semula kejadian yang berlaku semalam.
Suara Aulia, rintihan kesakitan Aulia, air mata Aulia semuanya jelas dalam memorinya. Harraz melepaskan keluhan panjang.
Mana dia ni?Harraz memandang dinding. Jam sudah menunjukkan ke arah 10 malam.
Awak pergi mana Lia? Saya risau. Harraz bangun dan menuju ke sliding door. Dia membuka sliding door dan berdiri untuk mengambil udara malam. Hatinya resah.
Betul ke aku dah mula sayangkan kau Aulia? Ke aku cuma rasa bersalah je pada kau. Harraz memejamkan matanya. Hampir setengah jam Harraz berada di situ.
Harraz melangkah masuk ke dalam rumah. Entah kenapa kakinya berjalan ke arah bilik Aulia.
Lia.. Harraz memanggil Aulia walaupun dia tidak yakin Aulia ada di dalam bilik. Kalau Aulia berada di dalam rumah. Lampu dapur akan terbuka walaupun Aulia hanya duduk di dalam bilik.
Tangannya memulas tombol pintu bilik Aulia.
Click.
Harraz menekan suiz lampu di tepi pintu.
Tik.
Matanya terus membulat melihat Aulia yang sedang tidur. Kakinya melangkah ke arah katil Aulia. Harraz melihat raut wajah Aulia. Nampak sedikit pucat.
Lia.. Harraz memanggil Aulia tetapi tiada sahutan dari Aulia.
Aulia... Harraz semakin merapati Aulia. Di tundukkan kepalanya memerhatikan wajah Aulia yang pucat. Tangan Harraz di angkat dan di letakkan di atas dahi Aulia. Matanya membulat.
Lia.. Harraz duduk di atas katil Aulia dan menepuk pipi Aulia perlahan lahan.
Aulia... Bangun.. Kita pergi klinik. Kata Harraz mengejutkan Aulia. Aulia membuka matanya kemudian menutup kembali.. Berkali kali dia cuba membuka matanya. Saat matanya betul betul terbuka, benda pertama yang di lihat adalah Harraz.
Saya tak nak. Aulia memejamkan matanya kembali. Kepalanya sakit akibat terlampau banyak menangis. Saat ini Aulia terasa mahu menampar kuat muka Harraz. Dia benci melihat wajah Harraz.
Lia.. Awak sakit.. Kita pergi klinik ye.. Pujuk Harraz.
Saya demam je. Kejap lagi elokla. Aulia memusingkan badannya membelakangkan Harraz. Dia tidak mahu melihat Harraz. Dia marah, sakit hati dan dia malu. Malu bila tubuhnya sudah pun di sentuh Harraz. Lebih memalukan bila Harraz menyangka dia adalah Fazira, kekasih Harraz. Terasa maruah dirinya langsung tidak berharga di mata Harraz.
Lia,.. Boleh tak jangan degil sangat.. Pujuk Harraz lagi. Aulia mengeraskan tubuhnya. Dia cuba untuk memejamkan matanya kembali.
Lia.. Kalau awak degil, saya call mama dan papa. Suruh datang sini dan heret awak pergi klinik. Kata Harraz mengugut. Dia tahu selain arwah Farhana, hanya mama dan papa saja mampu pujuk Aulia.
Aulia yang mendengar ugutan Harraz sudah mula naik angin. Dia memusingkan badannya ke arah Harraz.
Awak boleh tak jangan buat kerja gila. Tak payahlah nak susahkan mama dengan papa. Saya demam sikit je. Bukannya dah nak mati! Marah Aulia.
Harraz mengeluarkan telefonnya,terus mendial nombor telefon seseorang. Serta merta Aulia mencapai telefon Harraz dan mematikan panggilan tersebut.
Gila! . Getus Aulia kuat. Harraz hampir ketawa tetapi mukanya di seriuskan. Muka Aulia ketika sedang marah memang cantik. Pipinya yang pucat berubah warna menjadi kemerahan.
YOU ARE READING
1. Selama Itukah Derita©️
RomanceSampai mati aku benci kau- Aulia Qaisara Abang minta maaf sayang - Harraz Mikhaeil Derita? Ya.. Hidup aku memang hanya untuk derita. -1st ❤️ baby dari ilham i yang suka berangan :p -harap reader suka jalan cerita ni. -story ni kemungkinan slow up...