Aulia masih berada di dalam pantauan pihak hospital. Selama dia tersedar, hanya Dato' Hafidz dan Datin Intan yang melawatnya. Terasa dunianya sangat sunyi. Lelaki yang pernah dia lihat sewaktu dia tersedar dari koma, tidak lagi muncul selepas itu.
Harraz pula sudah menyibukkan diri di dalam pejabat. Walaupun Aulia sudah sedar, dia masih belum mampu untuk berdepan dengan Aulia. Perasaan serba salahnya semakin terasa. Wajahnya sering membeku. Adakalanya dia tidak boleh fokus di dalam pejabat.
Harraz sudah berubah sepenuhnya. Kalau bukan di pejabat, dia hanya keluar berjumpa dengan rakan rakannya, Daniel dan Adrian. Selain dari itu Harraz hanya menghabiskan masanya berada di rumah milik ibu bapanya. Kondonya sudah pun di jual. Dia tidak mahu lagi menetap di dalam kondo itu. Baginya kondo itu hanya mempunyai kenangan yang buruk.
Are you okay Raz? Soal Melissa isteri kepada Daniel.
Ya.. Im okay. Sara yang berada di atas ribaan Harraz di geletek perutnya. Itu saja cara untuk dia dapat melepaskan kerinduaan pada arwah anaknya.
No.. I tak nampak you okay Raz. You masih tak mahu berjumpa Aulia ke Raz? Soal Melissa yang berada di hadapan Harraz.
I takut nak berdepan dengan Aulia. I takut dia lebih bencikan i kalau dia ingat semula. Harraz melepas keluhan di bibirnya merahnya.
Sampai bila you nak macam ni? Hidup kena di teruskan Raz.. You tak boleh terus terusan macam ni. Sekarang ni lah masanya untuk you tebus segala kesalahan you. Kalau you terus terusan macam ni, masalah you takkan selesai Raz. Daniel duduk di sebelah isterinya yang sudah pun sarat.
Betul cakap isteri aku Raz. Sekaranglah cara untuk kau dekat semula dengan Aulia. Kau buatlah dia jatuh cinta dengan kau. Kata Daniel.
Dia nak ke dengan aku lagi. Harraz menurunkan Sara dari atas ribanya sebaik saja Sara melihat Daniel.
Rapat betul Sara dengan kau ya Niel. Ujar Harraz.
Sara memang manja dengan Daniel, Raz. Sejak i dah tak larat ni.. Apa apa semua dengan Daniel. Melissa tersenyum.
Kau jangan tukar topik lah Raz. Kau tak cuba mana kau nak tahu. Marah Daniel. Dia tahu Harraz tidak mahu bercakap tentang perkara ni.
Sayang cuba you nasihatkan dia ni. Payahla dia nak dengar cakap i dengan Ian. Nak ikut kepala dia je. Ujar Daniel lembut kepada isterinya Melissa. Melissa hanya menjeling ke arah suaminya. Faham sangat dia dengan perangai suaminya itu.
Bagi Daniel, Kadang kadang man talk pun agak susah di terima pakai oleh Harraz.
Raz, kalau betul you sayangkan Aulia, mesti you tak nak tengok Aulia dengan orang lainkan? You sanggup ke tengok Aulia bahagia dengan orang lain depan mata you, sedangkan hati you sudah sepenuhnya dekat Aulia? Soal Melissa. Harraz hanya menggelengkan kepalanya.
So, why you tak nak cuba? Sekarang ni kan Aulia lupa semuanya. Dia lupa you. Dia tak kenal pun siapa you. Thats im right?. Soal Melissa lagi. Harraz menganggukkan kepalanya.
Jadi kenapa you tak nak ambil peluang yang ada sekarang Raz? Nak sia siakan kesempatan yang ada ke? Soal Melissa lagi.
Harraz mengeluh perlahan.
I tak tahu nak mulakan macam mana... I takut kalau Aulia akan semakin bencikan i, kalau dia ingat semula. Harraz mengusap belakang lehernya. Matanya masih leka memerhatikan tingkah Sara di hadapannya.
Melissa memberikan cadangannya. Melissa juga perempuan, jadi Melissa memberi tips yang di rasakan kene dengan situasi sekarang.
°°°°°°°°°°°°°°°
YOU ARE READING
1. Selama Itukah Derita©️
RomanceSampai mati aku benci kau- Aulia Qaisara Abang minta maaf sayang - Harraz Mikhaeil Derita? Ya.. Hidup aku memang hanya untuk derita. -1st ❤️ baby dari ilham i yang suka berangan :p -harap reader suka jalan cerita ni. -story ni kemungkinan slow up...