Part 37

82 0 0
                                    

Kau kenapa Raz? Soal Adrian kemudian dia memandang ke arah Harraz.

Aku tak tahu.. Sejak sejak ni aku rasa tak berapa sihat. Aku  kerap  sangat sakit kepala. Harraz memicit kepalanya. Mukanya nampak pucat.

Kau  demam ke? Adrian bangun dari duduknya  dan menyentuh dahi Harraz.

Tak panas pun dahi kau. So means kau tak demam. Kau dah  pergi klinik belum? Soal Adrian lagi.

Aku tak demam pun.. Cuma aku sakit kepala je ni. Tak ada apalah. Korang jangan risau. Harraz memandang ke wajah Adrian. Nampak sangat Adrian prihatin terhadapnya.

Tak demam tak semestinya kau tak sakit Raz. Apa kata kau buat  fully medical checkup. Atleast kau boleh tahu apa penyakit kau. Kata Adrian.

Wassap bro... Cuba teka apa aku bawa ni?Daniel masuk ke dalam pejabat Harraz. Keningnya terangkat angkat memandang kedua kawan kawannya.

Kau tak bagi tahu manalah aku tahu. Adrian merangkul leher Daniel tangannya kuat sebaik saja Daniel duduk di sebelahnya.

Woi.. Kau nak bunuh aku ke? Sakit sial! Daniel menepuk kuat tangan Adrian. Tak pasal dia hampir kehilangan nafasnya.

Korang kalau tak gaduh tak sah ke? Aku ni sakit kepala. Tengok perangai korang bertambah sakit kepala aku. Harraz  memicitkan kepalanya.

Tara..Melissa masak pulut kuning dengan rendang daging.. Ni dia bagi dekat korang. Nah! Daniel meletakkan bekas makanan di atas meja Harraz selepas Adrian melepaskan rangkulan maut di lehernya.

Adrian laju saja mencapai bekas makanan yang baru saja di letak oleh Daniel. Baru saja Adrian buka bekas makanan tersebut, Harraz berlari keluar dari pejabatnya. Daniel memandang ke arah Adrian dan Adrian juga memandang ke arah Daniel.

Apahal tu? Daniel bertanya.

Manalah aku nak tahu. Jawab Adrian. Lantas kedua dua mereka berlari mengikuti jejak Harraz iaitu ke bilik air. Harraz mengeluarkan isi perutnya dengan laju.

Werkk!!

Huwerkk!!

Kau apahal Raz?? Daniel menepuk belakang badan Harraz.

Haahlah Raz kau asal doh? Adrian memberi Haraz tisu yang baru di ambil Adrian.

Harraz menggelengkan kepalanya. Muka yang merah seakan mahu memuntahkan kembali isi perutnya..

Huu.. Huu..

Huwerkkk!!

Huwerkk!! Kuat kedengaran suara garau Harraz memuntahkan segala isi perutnya.

Adrian yang melihatnya hampir juga mengeluarkan isi perutnya.

Aku keluar dulu.. Tak tahan aku tengok Raz muntah.. Dengan aku juga rasa nk terkeluar segala isi perut ni.

Harraz mengelap mulutnya dengan tisu. Bengang dia dengan Adrian.

Kau ingat aku suka ke nak macam ni.. Seksa kau tau tak! Harraz menepuk kepala Adrian dari belakang sebaik saja keluar dari bilik air.

Sakit kimark! Adrian mengiku perut Harraz. Kemudian di gosokkan kepalanya. Mereka bertiga menuju semula ke pejabat Harraz.

Kau kenapa Raz? Adrian menyoal tanpa sedikitpun dia memandang Harraz. Matanya tertumpu pada bekas makanan yang menarik minatnya. Baru saja di buka. Harraz menutup hidungnya terasa loya di tekaknya.

Kau tutup! Kau tutup balik benda tu!! Jerkah Harraz dengan kuat. Harraz menutup mulutnya dan kemudian dia memicit kepalanya. Adrian memandang ke arah Harraz dengan muka yang berkerut.

Kenapa kau ni.. Peliklah aku. Aku nak makan la sial. Baru saja Adrian pegang tangannnya di tampar oleh Daniel.

Apahal bodoh! Kalau kau bawa bekal ni tali tak bagi aku makan baik kau tak payah bawa. Adrian akhirnya menolak bekas makanan di hadapannya. Bengang betul dia dengan Harraz dan Daniel.

Raz.. Bukan ke kau gilakan rendang daging dan pulut kuning ni? Sebab tu Melissa  suruh aku bagi pada korang berdua.

Aku memang suka.. Tapi sorrylah Niel. Aku tak tahu kenapa kali ni aku rasa loya sangat dengan bau benda tu. Muka Harraz yang seperti mahu mengeluarkan isi perutnya menundukkan kepala. Dia pening pun ya.

Daniel bangun dan pergi kebelakang Harraz.  Dia mengurut bahu Harraz dan leher Harraz.. Harraz yang berasa sedikit lega mengangkat kepalanya.

Thanks Niel. Harraz menepuk tangan Daniel perlahan.

Sejak bila kau macam ni Raz? Daniel berlalu dari belakang Harraz dan duduk di sebelah Adrian.

Sejak 2 menjak  ni kepala aku selalu sakit. Tapi aku tak rasa pun nak muntah. Harini baru aku rasa macam ni. Harraz memejamkan matanya.

Better kau pergi buat fully medical checkup. Kata Adrian hanya dari tadi memerhati kelakuan Harraz. Harraz tak pernah macam ni.

Kau jadi macam ni sebab Aulia pregnant ke Raz? Soal Daniel kemudian dia tersenyum sinis.

Isteri aku baru red flag. Kau ni agak agaklah nak cakap pun. Harraz menggelengkan kepalanya. Tak lama selepas itu dia tergamam. Harraz memandang ke arah Adrian dan Daniel silih berganti. Harraz teringat, yang Aulia tidak tahu dia pregnant dulu sebab dia masih datang bulan.

Wow.. Tak sangka aku, kau sakit sebab kau sendiri  yang buat. Padan lah dengan muka kau  Raz. Sinis betul suara Adrian  ketika itu.

Kau jangan nak padankan  Raz sangat, Ian. Nanti turn kau silap silap lagi teruk dari Raz. Daniel menyiku lengan Adrian yang berada di sebelahnya.

Nanti kau bawalah balik pulut dan rendang ni bagi isteri kau makan. Dah kau tak boleh nak bau dan makan. Kau tengok reaksi dia macam mana. Ujar Daniel.

Kiranya aku pun kena bawak balikla makanan ni. Herm.. Lapar siot.. Pasrah Adrian berkata.







1.  Selama Itukah Derita©️Where stories live. Discover now