Bilik mana ni? Bilik aku ke bilik dia? Adoi.. Cam mana ni? Masalah betullah. Dah la penat. Takkan aku nak turun balik tanya singa tu. Aulia menyoal dalam hati. Tergaru garu dia di telinga yang tak gatal.
Aulia... Kenapa ni? Mama menyoalku apabila melihat Aulia mundar mandir seperti cacing kepanasan.
Haa? Eh takde pape mama. Aulia tengah tunggu Abang Harraz. Aulia menggaru pula kepalanya yang tidak gatal. Banyak betul yang digarunya.
Oo.. Raz ada kat taman, bersembang dengan kawan kawan dia. Lia nak mama panggilkan ke? Soal Datin Intan.
Eh takpe Ma. Lia panggil sendiri. Mama mesti dah penatkan. Pergi la rehat. Aulia menggosok tangan dan badan mak mertuanya itu di picit perlahan, mama tersenyum senang dengan tindakanku spontanku walaupun terlihat wajah kepenatannya.
Papa mana Ma? Dah masuk bilik ke? Aku masih berbasi basa dengan mama.
Papa nak masuk awal ke bilik? Erm.. Memang idokla orangtua tu. Malam umpama siang pada dia. Mana reti penat papa tu. Lantas kami berdua tergelak kuat.
Nanti Lia suruh papa masuk bilik awal ye kalau terjumpa papa kat bawah. Lia bagitahu mama tunggu kat bilik. Aku masih tergelak dalam mood menyakat mama.
Amboi..siapa yang pengantin baru sekarang ni? Mama ke Lia? Mama mencubit perlahan lenganku.
Auch.. Bisanya tangan mama.. Macam ketam!. Sambil laju tanganku menyusap lenganku yang di cubit mama. Makin kuat ketawa mama melihat kerenahku.
Ya Allah, ada ada je budak sorang ni. Penat mama gelak harini. Sudah la Lia. Kalau mama layan kamu, memang tak tidur mama malam ni. Ujar mama masih dalam ketawa walaupun sudah tidak sekuat tadi.
Goodnight sayang. Jangan jerit kuat sangat kejap lagi. Nanti mama tak boleh tidur. Lantas mama berlalu pergi.
Mama!! Aku menjerit perlahan. Merah jawahku saat itu. Ada ke patut mama cakap macam tu dekat aku. Aku masih bawah umur tau.. Baru 19 tahun!. Desisku di dalam hati.
Aku terus turun ke bawah mencari Harraz. Aku bukan nak menggatal ye. Aku nak tanya mamat singa tu, kat mana aku nak tidur malam ni. Kang kalau aku masuk bilik dia. Bertambah singa pula nanti. Kalau masuk bilik aku sendiri, kang katanya aku tak reti jaga air muka dia pula. Haihh.... Pening betul. Padan muka kau Lia. Kau yang terima diakan. Aku mengomel di dalam hati.
Terjenguk jenguk aku ke arah sekeliling rumah, masih ramai rupanya orang kat sini.. Ingat ranai yang dah balik. Sebaik terlihat susuk yang di cari berada di taman mini milik mama, aku segara melangkah ke arah itu memanggilnya.
Harraz...
Haa.. Nak apa? Pantas Harraz bangun dari situ menemuiku. Dia tidak mahu kawan kawannya itu mendengar percakapan kami berdua.
Aa. Aa.. Awak, saya nak tidur mana malam ni? Haih. Tetibe je aku boleh tergagap cam ni dah kenapa? Soal hati.
Tidur bilik aku. Takkan nak tidur kat bilik kau pula. Suara Harraz mendatar dan terus melangkah ke arah kawan kawannya yang masih belum pulang.
Sampai saja di depan pintu bilik, tangan aku serba salah nak buka atau tidak. Tapi dah tuan singa tu suruh masuk bilik dia. Jadi kisah apa aku. Desis hatiku.
Sebaik menutup pintu bilik. Aku berjalan ke seluruh bilik sambil memerhati. Prtama kali aku jejakkan kaki ke dalam bilik milik Harraz. Agak kagum aku melihat deko bilik Harraz. Walaupun simple tetapi mempunyai valuenya sendiri. Aku tersenyum melihat segala yang tidak pernah aku lihat sebelum ni. Tangan laju membuka wardrobe milik Harraz. Terbuntang mataku bila melihat baju aku juga berada di situ.
YOU ARE READING
1. Selama Itukah Derita©️
RomanceSampai mati aku benci kau- Aulia Qaisara Abang minta maaf sayang - Harraz Mikhaeil Derita? Ya.. Hidup aku memang hanya untuk derita. -1st ❤️ baby dari ilham i yang suka berangan :p -harap reader suka jalan cerita ni. -story ni kemungkinan slow up...