Part 24

246 3 2
                                    


Raz.. Kamu tahu Aulia mana? Soal Datin Intan. Runsing fikirannya saat itu. Aulia sepatutnya menjemputnya pukul 8. Tapi sekarang ni dah pukul 8.30, Aulia masih belum datang lagi ataupun menghubunginya.

Lia dekat rumahla mama. Kenapa mama tanya? Soal Harraz yang sedikit bingung kerana mamanya bertanyakan Aulia, bekas isterinya.

Takdelah,.. Lia cakap dengan mama nak ambil mama pukul 8. Tapi dah pukul 8. 30 ni masih tak sampai. Mama risau kalau jadi apa apa dekat dia. Kata Datin Intan memandang ke arah Harraz.

Mama call lah Lia. Takkan Raz pulak nak call dia. Mama tahukan dia bencikan Raz. Jawab Harraz yang leka membuat kerja di laptopnya.

Mama dah call tapi tak angkat Raz. Kalau Lia angkat, takdelah mama tanya kamu. Kot lah kamu tahu dia pergi mana. Datin Aulia bangun lantas menuju ke dapur.

Ma... Ada apa apa ke yang Raz tak tahu? Mama ada sembunyikan apa apa dari Raz ke? Soal Harraz.

Takda apa pun. Lia kata nak beli barang sebab tu dia minta mama temankan. Itu yang mama tanya Raz. Kotlah Raz tahu kenapa Lia tak datang. Jawab Datin Intan cuba menipu anaknya itu. Dia sudahpun berjanji dengan Aulia akan merahsiakan semuanya dari Harraz. Dan dia juga tidak mahu anaknya semakin terkuka dengan tindakan Aulia yang mahu melanjutkan pelajarannya jauh di Sabah.

Harraz segera menutup laptopnya dan naik ke bilik. Dia mencapai kunci kereta di atas meja dan berlari ke bawah.

Eh.. Kamu nak ke mana Raz. Soal Datin Intan sebaik saja melihat Harraz berlari menuju ke pintu.

Raz nak pergi sanalah. Tengok Lia. Kata Harraz.

Mama nak ikut. Datin Intan mencapai begnya di atas sofa dan bergerak mengikuti Harraz.

Ma.. Raz takkan sakitkan Lia lagi ma. Raz cuma risaukan dia. Raz cuma nak tengok je. Kata Harraz bila melihat mamanya sudahpun duduk di sebelah penumpang.

Mama faham Raz. Tapi mama tak nak Lia lagi bencikan kamu. Lagipun Raz kene tahu. Lia bukan lagi isteri Raz. Nanti kalau jadi apa apa lagi susah. Lia akan semakin bencikan kamu. Kamu nak macam tu Raz? Soal Datin Intan bila melihat wajah monyok anaknya itu.

Assalamualaikum..

Lia

Lia

Aulia.. Assalamualaikum.

Datin Intan mengetuk pintu rumah Aulia. Tetapi tiada sambutan.

Lia takde kat rumah kot Raz. Maybe dia keluar. Kata Datin Intan lagi.

Harraz mendial nombor Aulia.

Tut tut.

Tut tut..

Raz.. Bukan tu bunyi telefon Aulia ke? Soal Datin Intan sambil tangannya masih mengetuk pintu bila mendengar bunyi dari dalam rumah.

Lia..

Lia..

Kasar Harraz mengetuk pintu. Dia semakin tidak sabar. Risau sekiranya ada apa apa yang berlaku.

Kerana tiada jawapan dari Aulia, akhirnya Harraz memutuskan untuk membuka sendiri. Setelah di masukkan password rumahnya Datin Intan laju masuk ke dalam rumah. Baru saja Harraz nak melangkah masuk..

Raz.. Tunggu dekat luar. Kata Datin Intan setelah memusingkan badannya ke arah Harraz.

Tapi Ma.. Gelap ni..Bagi Raz buka lampu dulu.

Dengar cakap mama.. Apa apa jadi mama call Raz nanti. Balas Datin Intan mahu menutup pintu rumah.

Ma. Raz tunggu dekat depanni je. Tapi tolong buka pintu ni. Pleasa Ma. Raz takkan dekat dengan Lia. Tapi bagi Raz tengok Lia dari sini je. Rayu Harraz.

Datin Intan mengeluh perlahan. Dia faham akan perasaan anaknya itu. Harraz tidak di beri langsung peluang yang kedua. Tapi dia juga faham akan perasaan bekas menantunya itu.

Apa yang di lihatnya, Harraz kini sudahpun mencintai Aulia. Bukan hanya kerana rasa bersalahnya sahaja. Sejak Harraz mengakui salahnya terhadap Aulia  di hadapan dia dan suaminya. Dari situ dia sudah nampak yang anaknya itu memang cintakan Aulia.

Langkah di atur ke semua arah. Akhirnya Datin Intan dapat melihat susuk badan Aulia dari depan pintu bilik.

Lia.. Lia... Datin Intan menggoyangkan bahu Aulia perlahan. Aulia yang terasa badannya di sentuh, mencelikkan matanya.

Ma, kenapa mama ada dekat sini? Aulia memegang kepalanya yang dari tadi lagi sakit dan memicit sedikit.

Lia, Lia tak sihat ke? Tangan Datin Intan laju saja menyinggah di dahi Aulia. Tapi suhu badan Aulia terasa normal.

Lia sakit kepala je mama. Perut Lia pun tak sedap juga. Mama tak jawab lagi kenapa mama ada dekat sini. Aulia merenung muka Datin Intan.

Lia lupa ke yang Lia minta mama hantar Lia pergi airport? Mama tunggu Lia dari tadi tapi Lia tak sampai sampai. Tu yang Raz bawa mama datang sini. Rupanya Lia tertidur. Kata Datin Intan yang tersenyum manis.

Ya allah.. Maaf ma, susahkan mama je datang sini. Patutnya Lia yang ke sana. Lia segera turun dari katilnya. Pening di kepalanya masih tidak hilang.

Eh Lia nak ke mana? Tanya Datin Intan bila melihat Aulia yang mahu keluar dari bilik.

Ma kita dah lambat. Kalau tak gerak sekarang nanti terlepas flight. Kata Aulia yang menoleh ke arah Datin Intan yang masih duduk di birai katil milik Harraz.

Lia.. Memang dah terlepas flight dah pun. Ketawa kecil Datin Intan melihat Aulia yang agak clumsy itu.

Hahh? Flight Lia pukul 10.45 ma.. Sempat ni. Kata Aulia yang menarik tangan Datin Intan.

Lia.. Sekarang dah pukul 10. Lia rasa sempat ke sayang? Soal Datin Intan yang menggelengkan kepalanya.

Haahhhh?. Mata Lia segera memandang dinding bilik Harraz. Jam di situ baru menunjukkan pukul 8.15 malam.

Maa... Baru pukul 8.15 sempat lah. Rengek Aulia yang menghentakkan kakinya.

Lia Lia.. Jam ni dah mati. Cuba tengok telefon Lia kalau tak percaya. Aulia segera mencari telefonnya.

Maa.. Ada nampak telefon Lia tak? Tanya  Aulia setelah dia tidak menjumpai telefonnya di bilik Harraz.

Tadi ada bunyi dekat luar masa Raz call Lia. Lia tak angkat. Jadi mama yakin telefon Lia ada dekat ruang tamu. Datin Intan bangun dan melangkah keluar. Dia mahu menolong Aulia mencari telefonnya.

Langkah Aulia terhenti saat melihat orang yang dia rindu. Air matanya yang hampir menitis cuba di tahan. Entah kenapa dia terasa rindu, rindu sangat. Terasa mahu memeluk lelaki itu tapi dia tahu itu tak mungkin. Tak mungkin dia akan dapat memeluk lelaki di hadapannya.

Kenapa kau perlu rindu dia lagi Lia? Kenapa? Kau sendiri yang minta dia lepaskan kau. Kau sendiri yang tak mahu beri dia peluang kedua. Jadi tolong lupakan perasaan tu, rasa rindu tu.. Lupakan Lia. Lupakan! Jerit hati Aulia.

Jom teman mama pergi makan. Pasal flight tu nanti next time kita bincang. Raz tahu nanti, mama yang kene marah. Kata Datin Intan separuh berbisik.

Takpelah mama.. Mama pergilah. Kesian mama mesti dah lapar. Jawab Aulia. Dia tidak mahu ikut. Dia tak selesa kalau ada Harraz walaupun dia rindu.

Sebab Raz ada ke? Soal Datin Intan yang faham akan Aulia.

Macam nilah, Lia anggap je Raz tu tiang dekat situ. Kata kata Datin Intan itu membuatkan Aulia tergelak kecil.

Harraz hanya memerhatikan Aulia dan mamanya bergelak ketawa. Dia terasa hati, Aulia boleh bergelak ketawa dengan sesiapa sahaja, tapi kenapa bukan bila dengan dia?






1.  Selama Itukah Derita©️Where stories live. Discover now