Part 9

241 3 1
                                    

Baru saja Aulia ingin memasukkan password, pintu di buka dari dalam. Aulia terjerit kuat.

Bahu Harraz terenjut akibat terkejut dengan jeritan Aulia. Baru saja dia mahu keluar mencari isterinya itu. Hanya kerana satu panggilan yang di angkatnya sebentar tadi. Rasa cemas dan rasa bersalah yang membuatkan Harraz segera memeluk erat Aulia.

Aulia tergamam serta merta badannya mengeras.

Kau ke mana? Aku risaukan kau. Aku call kau tak dapat dapat. Harraz mengeratkan pelukannya.

Sa.. Sa..saya baru balik dari kolej. Sebelum tu saya pergi beli barang masak untuk 2 3 hari. Ujar Aulia perlahan.

Harraz melepaskan pelukannya lantas di telek tubuh badan Aulia. Harraz memusingkan badan Aulia. Aulia mengerutkan dahinya.
Kenapa dengan Harraz ni desis hati Aulia.

Kau balik dengan Hana ke? Tanya Harraz.

Tak. Saya balik sendiri. Aulia menggelengkan kepalanya.

Lia, ikut aku. Harraz menarik tangan Aulia laju ke lift rumahnya.

Awak.. Barang saya.. Aulia berkata.

Harraz mengambil barang Aulia, dan masuk kembali ke dalam rumah. Harraz menyimpan barang yang Aulia beli. Kemudian dia menarik tangan Aulia laju.

Awak.. Kita nak kemana? Soal Aulia.

Ikut je. Nanti kau tahu. Jawab Harraz mendatar.

Sepanjang perjalanan,hujan turun dengan lebatnya. Tanpa sedar, tangan Harraz menggenggam jari jemari Aulia. Fikirannya melayang. Aulia hanya mematikan dirinya. Tidak tahu kenapa dia selesa begitu.

Awak.. Kenapa kita datang sini? Siapa yang sakit? Soal Aulia apabila Harraz meletakkan keretanya di parking Hospital.

Lia, tadi aku dapat panggilan dari Tan Sri Kamarul. Dia suruh aku cari kau dan bawa kau ke sini. Ujar Harraz tenang sambil menatap mata coklat milik Aulia.

Aulia gugup melihat pandangan Harraz yang baginya sangat redup.

Tapi kenapa Tan Sri call awak? Kenapa dia tak call saya sendiri. Soal Aulia.

Itu yang aku pelik. Jawab Harraz.

Telefon kau mana Lia? Soal Harraz.

Aulia menepuk dahinya. Patutlah Tan Sri call Harraz. Dia lupa yang dia kehilangan telefon minggu lepas semasa dia ke klinik. Dia tak pasti hilang di mana. Di klinik atau tertinggal di meja foodcourt di mall.

Telefon saya hilang. Maaflah menyusahkan awak hantar saya ke sini. Tapi tadi awak boleh je ba.. Harraz meletakkan jari telunjuknya di bibirku.

Syhhh.. Kau tunggu sekejap. Pinta Harraz lantas membuka pintu keretanya. Dia mencapai payung dan membuka pintu sebelah Aulia.

Jom. Harraz memeluk bahu Aulia dan berjalan masuk ke dalam hospital. Harraz segera mencari Tan Sri Kamarul. Aulia yang melihat Tan Sri Kamarul berlari anak ke arahnya.

Walid, kenapa walid kat sini? Soal Aulia kepada Tan Sri Kamarul. Tan Sri Kamarul memandang Aulia dengan pandangan sayu. Matanya merah menandakan Tan Sri menangis. Sukar untuk dia memberitahu Aulia.

Aulia resah bila tidak melihat Farhana. Tan Sri Kamarul pula hanya diam tak bercakap, lantas Aulia pergi pula ke arah Puan Sri Raudhah yang sedang menangis. Risau Aulia melihat keadaan wanita itu.

Ummi.. Kenapa semua ada dekat sini? Siapa yang sakit Ummi? Hana.. Hana mana ummi? Mata sembab Puan Sri Raudhah di pandang hiba.

Ummi, walid janganla diam. Hana mana ummi, walid. Aulia mula menangis. Dia duduk bersimpuh di depan Puan Sri Raudhah.

1.  Selama Itukah Derita©️Where stories live. Discover now