55 | HAWA

43 4 6
                                    


💍

TOMBOL pintu dibuka perlahan. Perlahan saja dia berjalan masuk ke dalam bilik supaya tidak menghasilkan bunyi.

Fateh tersenyum nipis melihat Hawa yang tidur lena.

Selesai saja dia solat subuh, dia masuk ke bilik mahu melihat keadaan Hawa.

Mujur la Hawa boleh tidur lena selepas kes pertengkaran semalam. Risau kalau Hawa stress mikirkan hal semalam.

Fateh jalan mendekati katil mereka seraya itu Fateh melabuh punggung atas katil.

"Sayang abang ni tidur pun cantik."

Fateh cuba menyelak rambut yang cuba menutupi muka Hawa namun terasa bahang panasnya.

fateh kerut kening. Hawa demam

Dahi Hawa disentuh oleh Fateh.

Panas sekali.

Hawa demam ni.

Serentak itu, Hawa terjaga dari tidur mungkin terasa terganggu.

"Sayang demam ni. Jom ke hospital nak? Takut melarat nanti." Beritahu Fateh jelas kerisauan. Sekali lagi dahi Hawa disentuh Fateh

Namun ditepis Hawa.

Ingat kalau dia caring aku boleh lupa hal semalam.

"Tak nak." Balas aku singkat.

Fateh hela nafas. Masih marah.

"Tapi sayang demam panas nih. Bahaya sayang nanti anak pun kena jugak."

"Tak perlu risau kat kitaorang. Tahulah Hawa jaga anak macam mana. Lagipun nanti Hawa jaga anak ni pun sorang diri jugak. So tak payah nak care sangat." Balas Hawa dengan nada serak. Hawa terbalik tubuhnya, membelakangi Fateh.

Kepala yang tidak digatal digaru Fateh. Nak paksa takut makin teruk pulak pergaduhan ni.

"Okey la. Hawa tidur dulu. Abang keluar sekejap beli ubat untuk Hawa ye." Fateh panggung dari duduk seraya membetulkan kain selimut Hawa.

"Hawa ada nak makan apa-apa tak?" Pertanyaan Fateh tidak disambut Hawa. Tahulah Hawa malas cakap dengan dia la tu.

Lebih baik dia keluar dulu mana tahu nanti Hawa lepar lampu tidur dekat dia pulak.

Mahu tak benjol kepala dia nanti.






🦋🤍🦋🤍🦋🤍🦋

BARU sahaja aku mahu tutup pintu bilik air dengan pantasnya Fateh menahan pintu.

Aku memandang Fateh keliru.

Nak masuk sekali ke?

"Kenapa pulak nih?" Soal aku geram. Aku dah lah hujung-hujung dah ni, dia nak tahan pintu puloks.

"Hawa okey ke masuk sorang diri. Nak abang bantu."

"Haihh tak payahlah."

"Abang risau la. Takut Hawa jatuh pengsan ke nanti.."

"Hawa boleh!" Sebelum sempat Fateh tamatkan percakapannya pantas aku memotong ayatnya.

"Okey." Fateh lepaskan pintu ditahanya.

Aku jeling geram sebelum pintu bilik air ditutup dengan kasar.

Keluar saja Hawa bilik air. Bau bubur ayam semerbak dalam bilik.

"Sayang jom makan. Abang masak bubur untuk sayang." Ajak Fateh penuh teruja.

Aku hela nafas.

"Hawa tak ada selera nak makan. Abang makan je lah." Jawab aku. Baru sahaja badan aku jatuh ke atas katil dengam tibanya Fateh tarik tanggan aku.

"Mana boleh macam tu sayang. Tak elok untuk kesihatan nanti. Makan sikit pun jadilah."

"Hawa tak nak. Hawa nak tidur." Tekan aku.

"Betul ni Hawa tak nak makan. Tapi jangan salahkan abang kalau abang angkut Hawa sendiri ke hospital nanti." Ugut Fateh bersahaja.

"Abang ugut Hawa ke sekarang ni?"

"Ye. Untuk kebaikan Hawa jugak. So pilih nak yang mana?"

Aku merengus geram.

Mana aci!

"Hawa nak makan."

"Macam tu baru bagus." Mangkut berisi bubur diambil Fateh dan ditiup terlebih dahulu sebelum menyuap untuk aku.

Aku menelan suapan pertama dengan payah. Pedih rasa tekak.

Mungkin ini balasan untuk aku semalam. Tempik kat suami lagi.

"Sedap?"

"Emm boleh lah." Jawab aku lewa. Nak puji macam mana, deria rasa pun hilang.

"Nah lagih."

Aku menggeleng kepala. Mangkut bubur itu ditolak lembut.

"Hawa kenyang dah."

"Sikitnya makan. Baru dua suapan tau Hawa makan."

"Hawa tak boleh nak telan sakit tekak. "

"Yelah-yelah. Jom makan ubat pulak." Ubat yang baru dibeli sebentar tadi diambil beberapa lalu diberi kepada Hawa.

Berkerut-kerut Hawa menelannya. Dengan pedih tekaknya, dengan pahitnya rasa.

Aduh azab.

"Okey settle. Hawa tidur lah dulu ye. Abang nak keluar kejap."

Aku hanya jawab mengguman sahaja. Malas bersoal jawab panjang-panjang.

Aku mula baring tubuh. Lega rasa.





Selawat dk agiih tuu 🤨

✨❤️ *‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

8| 1 | 25🦋🤍

Happy New Year sayang semua 🥰💋 sorry kita lambat wish🤧

OG| HAWA Where stories live. Discover now