Koridor blok banduan akhir sunyi dan suram. Lampu kalimantang di siling memancar malap, sebahagiannya berkelip perlahan seperti sudah lama tidak ditukar. Bau dinding lembap dan besi berkarat memenuhi ruang sempit itu.
Ash duduk bersandar di dinding sel. Lututnya terangkat sedikit, kedua-dua tangan terletak longgar di atasnya. Matanya kosong memandang lantai konkrit yang kasar. Dari jauh kedengaran bunyi langkah kasut warden lalu di koridor. Kemudian sunyi kembali. Beberapa saat kemudian, satu suara perlahan mula kedengaran dari sel sebelah.
Seorang banduan wanita, juga banduan akhir sedang mengaji. Suara itu sayup, lembut dan tenang. Bacaan ayat-ayat suci itu bergema perlahan di sepanjang lorong besi. Ash tidak bergerak. Dia hanya mendengar. Suara itu terlalu berbeza dengan dunia yang pernah dia hidup dulu.
Ash menutup mata seketika. Tiba-tiba wajah seseorang muncul dalam fikirannya. Ustazah Fatimah. Wanita tua bertudung labuh yang datang berkali-kali ke selnya sejak beberapa bulan lalu.
Mengajar agama dan mengajak banduan mengaji. Ash pernah halau wanita itu. Bukan sekali tapi berkali-kali.
"Tak payah datang lagi." Itu yang Ash pernah cakap kasar suatu hari dulu. "Dosa aku banyak sangat, ustazah. Tak payah susah-susah nak mengajar."
Namun ustazah itu tetap datang. Berdiri di depan jeriji dengan senyuman sabar. Ash hanya memalingkan muka. Beberapa minit selepas itu, suara wanita tua itu hilang dari koridor. Suara banduan di sel sebelah masih mengaji perlahan. Ash bersandar di dinding sel tanpa bergerak. Dia teringatkan perbualan kasarnya dengan wanita itu beberapa minit tadi, Ustazah Fatimah berdiri di hadapan jeriji selnya.
"Nur Ashiqin..." Wanita tua itu memanggil lembut. Ash hanya duduk bersandar tanpa memandang. Ustazah Fatimah menggenggam tasbih di tangannya. "Ustazah datang nak ajar sedikit hari ni." Tiada jawapan. Ash hanya memandang lantai.
"Pergi laa." Suaranya kasar. Ustazah Fatimah terdiam. "Nur..."
"Aku kata tak payah pergi!" Ash bangun berdiri lalu berjalan ke jeriji sel. Matanya tajam memandang wanita tua itu.
"Ustazah buang masa je." Dia ketawa kecil tanpa perasaan.
"Orang macam aku ni dah rosak. Tak payah nak ajar agama."
Ustazah Fatimah tidak tak bersuara. Dia hanya memandang Ash dengan wajah sayu. "Allah masih buka pintu taubat..."
Ash memalingkan muka. "Baliklah ustazah." Nada suaranya keras. "Jangan datang lagi."Beberapa saat kemudian wanita tua itu akhirnya berpaling perlahan dan berjalan pergi di koridor.
Ash kembali duduk di lantai. Namun belum sempat suasana kembali sunyi, bunyi langkah kasut warden kedengaran dari hujung koridor.
TOK... TOK... TOK...
Seorang warden wanita berhenti di hadapan sel Ash. Wajahnya tegas. Nametag di dadanya tertulis,
'WARDEN NORHAYATI'
Dia mengetuk jeriji besi dengan baton di tangannya.
TANG!
Ash tidak memandang. Warden itu menjeling.
"Kau ni memang keras kepala betul." Ash menjawab tanpa mengangkat kepala. "Bukan urusan cikgu." Warden Norhayati mengetap bibir. "Ustazah tu datang ajar benda baik. Bukan datang mintak duit kau." Ash bersandar semula ke dinding.
"Kalau nak ceramah, pergi sel lain." Warden itu menggeleng kepala. "Kau ni banduan akhir." Dia menunjuk jeriji besi itu.
"Bila-bila masa boleh pergi. Tapi mulut masih sombong."
Ash tidak menjawab. Warden Norhayati memandangnya beberapa saat. Kemudian dia berkata perlahan tetapi tegas.
"Orang macam kau selalunya menyesal lambat." Dia mengetuk jeriji sekali lagi.
TANG!
Kemudian warden itu berlalu pergi di koridor. Beberapa saat kemudian koridor kembali sunyi. Tidak lama selepas itu, suara banduan di sel sebelah mula mengaji. Sayup di telinganya. Ash memejamkan mata sekejap. Kemudian pandangannya jatuh pada tatu di lengannya. Tatu naga besar melilit sepanjang lengan kirinya. Warna tatu itu sedikit pudar. Naga yang kelihatan garang, dengan sisik panjang dan mulut terbuka seolah-olah sedang mengaum.
ANDA SEDANG MEMBACA
AMPUNKAN AKU
RomanceEZLIN SYAFIRA. Seorang wartawan muda yang mempunyai jiwa yang kental dan berdisiplin dalam menjalankan tugasnya. Satu hari, dia terpaksa membuat liputan di sebuah tempat yang mana dia tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki ke situ. Perkenalann...
