BAB 25

5 2 0
                                        

Koridor blok wanita itu kembali sunyi selepas Ash menghabiskan ceritanya. Hanya bunyi kipas lama yang berpusing di hujung lorong kedengaran perlahan. Ezlin masih menunduk menulis sesuatu di dalam buku notanya. Pen di tangannya bergerak perlahan, tetapi wajahnya jelas berubah sejak mendengar cerita Ash tadi.

Di sebelahnya, Zamir berdiri sambil memegang kamera. Wajahnya masam. Dia menggeleng kepala beberapa kali. Akhirnya dia tidak tahan lagi. "Weh... babi betul lelaki tu."
Ezlin terus menjelingnya. "Mir..."
Zamir mengangkat tangan sedikit. "Okay, okay." Namun wajahnya masih jelas marah.

Dia memandang ke arah Ash di dalam sel. "Serius aku cakap... lelaki tu memang gila." Ash hanya bersandar pada dinding sel. Wajahnya kosong. Zamir menyambung lagi. "Dia ni bukan setakat gila seks." Dia berhenti seketika sebelum berkata lagi. "Dia obses dengan kau." Ash mengangkat sedikit wajahnya memandang Zamir, tetapi tidak memberi sebarang reaksi.

Zamir bersandar sedikit pada jeriji besi. "Jenis lelaki macam tu..." Dia menggeleng perlahan. "Cemburu nak mampos."
Tangannya menunjuk sedikit ke arah Ash. "Dia tak nak orang lain tengok kau pun." Kata-kata itu membuatkan Ash teringat sesuatu. Bayangan Danny menumbuk lelaki yang menyentuhnya di kelab malam dulu tiba-tiba muncul dalam fikirannya.

Ezlin menyampuk perlahan. "Mir... bagi Ash habiskan cerita dulu." Zamir menarik nafas panjang. "Okay, okay."
Namun dia masih mengomel perlahan. "Memang bangsat."
Beberapa saat kemudian Zamir memandang Ash semula.
"Aku nak tanya satu benda." Ash memandangnya.
"Dia pernah pukul kau, kan?" Koridor itu kembali sunyi.

Soalan itu terasa berat di udara. Ezlin turut berhenti menulis.
Ash tidak menjawab. Matanya perlahan-lahan jatuh ke lantai simen di dalam sel. Beberapa saat berlalu. Akhirnya Ash bersuara. "Bukan setakat pukul..." Zamir mengerutkan dahi.
"Habis tu?" Ash menarik nafas perlahan. Kemudian dia berkata dengan suara yang hampir tidak berubah.

"Dia buat benda yang lebih teruk." Ezlin dan Zamir sama-sama memandangnya. Ash mengangkat sedikit wajahnya. Matanya kosong. "Danny pernah jual aku." Sunyi. Masing-masing terkelu lidah untuk bersuara. Terkejut.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Lampu di dalam bilik itu malap. Asap rokok berkepul memenuhi ruang sempit yang hanya diterangi cahaya lampu kuning di atas meja poker. Beberapa lelaki duduk mengelilingi meja besar itu. Kad poker berselerak. Cip judi bertimbun di tengah meja. Danny duduk di salah satu kerusi kulit hitam. Wajahnya tegang. Matanya tidak berkelip memandang kad di hadapannya.

Di sebelahnya berdiri Tonny, Farish dan Zack. Dealer membuka kad terakhir. Beberapa saat sunyi.
Kemudian salah seorang lelaki Cina bernama Isaac, ketawa kecil. Kemudian, dia menolak kadnya ke depan meja.
"Straight." Beberapa lelaki di sekeliling meja terus bersiul panjang.

Lelaki India di hujung meja, David. Dia menepuk tangan perlahan sambil tersengih. "Wah... Danny kalah lagi." Danny mengetap rahangnya kuat. Dia menolak kadnya ke meja dengan kasar sehingga kad itu sedikit terseret di atas permukaan meja hijau. Issac bersandar santai pada kerusinya dengan senyuman lebar di wajahnya. "Danny,hari ini lu nasib tak bagus ah."

Seorang lelaki Cina lain di sebelahnya menyampuk sambil ketawa kecil. "Tadi besar cakap saja." David menambah lagi sambil mengangkat gelas minumannya. "Style banyak, kad kosong." Beberapa orang di meja itu mula ketawa perlahan. Ada yang menggeleng kepala sambil memandang Danny dengan wajah mengejek.

Danny menggenggam penumbuknya di sisi tubuh. Urat di lengannya jelas menegang. Kerusi yang didudukinya tiba-tiba ditolak ke belakang dengan kuat.

SCRRRT.

Bunyi geseran kerusi dengan lantai memenuhi ruang bilik itu.
Danny bangun berdiri dengan wajah tegang.
Tonny cepat-cepat memegang bahunya. "Bro, rileks."
Farish juga mendekat sedikit. "Danny, chill dulu."
Zack menarik sedikit lengannya dari belakang. "Duduk dulu."

AMPUNKAN AKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang