BAB 28

10 2 0
                                        

Pejabat pegawai penjara itu tidaklah besar, tetapi kemas dan tersusun. Di dinding terdapat papan putih yang penuh dengan jadual rondaan dan tugasan harian. Beberapa fail tebal bertulis 'Banduan Akhir' tersusun di atas meja. Dari jauh kedengaran bunyi pintu sel besi ditutup.

KLANG!

Ezlin duduk di kerusi hadapan meja sambil memegang Ipad. Zamir pula bersandar santai di kerusi sebelah, beg kamera diletakkan di sebelahnya. Seorang pegawai penjara yang lalu di koridor sempat menjenguk masuk. Dia sengih nakal memandang Ezlin. "Wartawan lagi datang kacau banduan kita, eh?" Zamir terus menyampuk. "Bukan kacau. Kami bagi dia famous sikit." Pegawai itu ketawa kecil.

"Famous dekat tali gantung nanti." Ezlin hanya tersenyum kecil, sudah biasa dengan gurauan kasar orang penjara. Di seberang meja, Inspektor Hazri sedang menyelak beberapa fail. Lelaki itu berusia lewat tiga puluhan, wajahnya santai tetapi matanya tajam seperti orang yang sudah lama bekerja di tempat keras seperti itu.

Inspektor Hazri bangun sedikit dari kerusi lalu menunjuk ke arah mesin kopi kecil di sudut bilik.

"Sila layan diri kalau nak kopi, ye? Kopi mesin je, bukan kopi lima bintang." Zamir tersengih kemudian cepat-cepat bangun.
"Boleh juga." Dia tekan butang mesin dan bunyi air panas mengalir.

BZZZZZ.....

Zamir kembali duduk sambil memegang cawan kertas. Inspektor Hazri memandang Ezlin. "Biasanya wartawan datang sekali dua je. Lepas tu hilang." Dia menyandar di kerusi.
"Awak ni rajin betul datang." Zamir terus menyampuk dengan mulut masih meniup kopi panas. "Kes ni rare, boss."

Inspektor Hazri mengangkat kening. "Rare?" Zamir mengangguk. "Banduan akhir. Tapi wartawan sanggup datang ulang-ulang." Inspektor Hazri ketawa kecil. "Betul juga." Dia membuka satu fail tebal di atas meja. "Banduan ni pun bukan jenis biasa." Ezlin terus menegakkan badan. "Macam mana tu, tuan?" Inspektor Hazri menyelak halaman fail.

"Ashiqin." Dia berhenti sekejap. "Dia ni pelik sikit."
Zamir meneguk kopi. "Pelik macam mana?" Inspektor Hazri menjawab sambil membelek gambar dalam fail.
"Dia tak banyak cakap. Kadang-kadang kalau kami cakap dengan dia pun buat tak tahu..." Ezlin mencatat sesuatu di dalam Ipad.

Zamir bersandar ke belakang. "Dia nampak ada vibes yakuza sikit." Inspektor Hazri terus ketawa. "Banduan lain lagi takut dekat dia sebenarnya." Zamir angkat kening. "Serius?"
Inspektor Hazri mengangguk. "Dulu dia pernah tumbuk banduan lain yang kacau dia." Zamir terus berminat.
"Kacau macam mana?" Inspektor Hazri mengangkat bahu.
"Biasalah." Dia tersenyum nakal sedikit.

"Bila dah lama tak tengok lelaki... Ashiqin pula dah berubah seratus peratus macam lelaki betul." Dia memandang Ezlin.
"Siapa tahan kalau lama tak jumpa lelaki." Inspektor Hazri ketawa kecil. Ezlin terus merah muka. Zamir pula hampir tercekik kopi. Inspektor Hazri menyambung lagi. "Masa kali pertama masuk dulu... Ashiqin ni ibarat ketua jahat. Bergaduh sana sini. Buli banduan lain. Tapi sekarang je nampak dah banyak berubah." Zamir bersuara.

"Dia tak cerita pun dia pernah masuk penjara dua kali." Inspektor Hazri mengangkat bahu. "Tak apa. Nanti awak tanya dia sendiri." Beberapa saat suasana bilik itu sunyi. Kemudian Inspektor Hazri berkata lagi dengan nada lebih serius.
"Tapi Ashiqin ni... bukan banduan biasa." Ezlin terus memandangnya. Inspektor Hazri menyambung.

"Kes dia dulu kecoh juga. Sebab dia transgender." Dia mengetuk fail perlahan dengan jarinya. "Dan lelaki yang dia bunuh tu... bukan orang biasa." Ezlin berhenti menulis. Zamir juga memandang. Inspektor Hazri menambah.
"Orang kaya. Ada bisnes." Dia menutup fail perlahan. Kemudian Inspektor Hazri berkata lagi.

"Lagi satu." Dia memandang Ezlin. "Tatu naga dekat tangan dia tu..." Ezlin mengerutkan dahi. "Tatu?" Zamir pun terkejut.
"Dia ada tatu?" Inspektor Hazri mengangguk. "Dia buat sendiri." Ezlin terpinga sedikit. "Sendiri?" Inspektor Hazri bersandar. "Masa kerja bengkel batik. Banduan lain tengah canting batik. Dia pula canting lengan dia dengan kawan-kawan dia." Zamir terus bersiul perlahan. "Gila."

AMPUNKAN AKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang