Lampu dalam private lounge tu malap. Cahaya bandar dari luar kaca tinggi tu masuk sikit-sikit, pantul pada lantai marmar. Suasana sunyi, tapi jenis sunyi yang mahal yang buat orang rasa kecil bila duduk dalam tu. Isaac bersandar santai di sofa kulit.
Segelas whisky di tangan kiri, rokok di tangan kanan. Asap naik perlahan, berlegar di atas kepala dia. Mukanya dia tenang.
Macam tak ada apa dalam dunia ni boleh sentuh dia. Di belakangnya ada dua orang bodyguard sedang berdiri dengan tegap. Tiba-tiba kedengaran pintu dibuka. "Lao ban..." Seorang pemuda kacukan cina dan india melangkah masuk, Hong.
Nafas dia sikit laju. Muka nampak tak senang.
"Ada orang dah mula cari pasal."
Isaac tak pandang pun. Dia cuma sedut rokok dalam, tahan sekejap lepas tu hembus perlahan. Baru dia bersuara.
"Siapa?" Hong telan air liur. "Reporter." Kemudian, dia hulur iPad kepada ketuanya. "Nama perempuan ni, Ezlin Syafira. Reporter dari Warta Malaya Press." Isaac ambil iPad tu dengan tenang. Dia pandang skrin.
Gambar Ezlin tengah buat interview. Seorang wanita bangsa melayu yang bertudung kemas. Tubuh tinggi dan ramping. Wajahnya lembut dan sangat tenang ketika menjalankan tugas.
Isaac senyum sikit. Senyum jenis malas. "Cantik."
Dia condong sikit. Mata dia tajam sikit. "Sayang kalau orang macam ni pandai cari pasal."!Nada suara dia lembut.
Tapi ada sesuatu yang tak kena.
Dia pulangkan iPad dan ambil semula rokok. "Reporter..."
Dia ulang perlahan dan sedut asap rokok. Wajahnya tenang tapi dakam otak sedang memikirjan sesuatu. Hong tak senang duduk. "Lao ban, diorang dah jumpa nama lu dan dah mula korek kes lama." Isaac capai gelas whisky, genggam dari perlahan sehingga kuat. Tiba-tiba.
KRAKK!
Gelas tu pecah dalam tangan dia. Cecair bercampur darah menitis jatuh ke lantai. Anak buah yang berdiri tepi terus kelam-kabut. "Lao ban! Tangan..."
"Balut! Cepat..." Isaac tak tarik tangan, tak ada reaksi marah langsung dan mukanya masih tenang. Dia pandang Hong.
"Berapa banyak?" Hong kaku sekejap. "Tak banyak."
Dia tunduk sikit. "Tapi cukup untuk buka balik kes lama."
Sunyi. Isaac tarik nafas. Mata mula dia berubah. Asap rokok keluar dari hidung. Dia berfikir sekejap. "Dia bukan cari cerita..." Isaac bersuara dengan perlahan. Dia angkat mata.
"Dia cari kebenaran." Hong terdiam, lebih berhati-hati sekarang kerana dia tahu Isaac sedang marah teramat sabgat meskipun dia nampak tenang dan diam.
"Ada lagi satu..." Isaac angkat kening sikit. "Ekin..." Hong berhenti sekejap. "Perempuan tu ada anak. Lelaki." Sunyi.
Betul-betul sunyi. Isaac tak bergerak langsung. Tapi aura dia berubah. "Anak?" Suara dia rendah dan dalam. "Mana lu tau?"
Hong cepat-cepat menjawab. "Aku check balik kampung tu."
Dia tarik nafas. "Malam kita settle orang tua tu, budak tu tak ada." Isaac terdiam. Hong sambung lagi. "Dia duduk asrama. Orang kampung cakap, Fahim jaga dia dari kecil."
"Fahim?" Kening Isaac berkerut. Hong angguk kepala.
"Sepupu Ekin. Lelaki tu yang jaga mak dan anak dia dulu sampai sekarang" Isaac tunduk sikit, berfikir sejenak.
Kemudian dia ketawa kecil, jelas kosong. "Jadi..."
Dia angkat kepala, matanya bertukar tajam. "Dia ada anak."
Tiba-tiba, muka dia berubah. "Aku tak pernah tahu."
Nada naik sikit, masih terkawal, tapi marah tu jelas.
"Sebab lu orang tak buat kerja betul-betul." Hong terus tunduk. "Sorry, lao ban. Kami tak..."
"Shut up!!" Issac menjerkah dengan kuat. Suasana terus senyap.
Kemudian, dia bangun dengan perlahan. Melangkah tenang ke arah kaca besar. Pandang bandar di luar. Lampu-lampu kecil bergerak seakan hidup. Tiga perkara berlegar-legar di kepalanya. Ezlin, Ash dan anaknya. "Yang patut hilang dulu..."
Suara dia perlahan, hampir berbisik. "Tak hilang sepenuhnya."
Hong angkat muka sikit. "Lao ban... nak buat apa?" Isaac berpaling dan pandang ke arahnya, lama. "Pergi tengok anak perempuan tu. Diam-diam." Dia melangkah dekat, suara jadi lebih rendah. "Aku mau tau..." Dia berhenti sekejap. Mata mengecil. "Dia anak siapa." Beberapa saat, dia senyum.
ANDA SEDANG MEMBACA
AMPUNKAN AKU
CintaEZLIN SYAFIRA. Seorang wartawan muda yang mempunyai jiwa yang kental dan berdisiplin dalam menjalankan tugasnya. Satu hari, dia terpaksa membuat liputan di sebuah tempat yang mana dia tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki ke situ. Perkenalann...
