Pintu diketuk dua kali, bunyinya sederhana tapi cukup untuk memecahkan sunyi dalam ruang pejabat itu. "Jìn."
Suara Isaac tidak kuat, tapi berat. Jenis suara yang tak perlu diulang. Pintu terbuka perlahan.
Hong melangkah masuk, menutup pintu di belakangnya dengan cermat. Pandangan dia sempat melirik sekeliling. Ruang itu tersusun rapi seperti biasa, tapi entah kenapa malam itu terasa berbeza. Lebih dingin dan lebih menekan. Isaac masih duduk di kerusinya, menghadap skrin komputer.
Kaca mata sudah dibuka, tubuhnya sedikit condong ke depan, jari mengetuk meja perlahan, berirama, sabar tapi jelas bukan tenang. Dia tak memandang Hong. Seolah-olah kehadiran lelaki itu langsung tak penting. "Lambat." Satu perkataan saja.
Hong terus tunduk sedikit. "Sorry, lao ban." Tiada jawapan.
Hanya bunyi klik tetikus. Isaac memusingkan skrin komputer perlahan ke arah Hong tanpa mengangkat kepala. "Sini..."
Nada dia masih sama rendah, dan tenang. Tapi Hong tahu, ada yang tak kena. Hong melangkah beberapa langkah ke depan. Pandangannya jatuh pada skrin.
Video mahkamah dan seorang banduan berbaju oren dan di sebelahnya, yang telah gambar seorang perempuan cantik. Kening Hong berkerut. Dia tunduk sedikit, mendekatkan wajah ke skrin. Matanya bergerak dari satu imej ke satu imej. Banding. Ulang. Cuba mencari sesuatu yang masuk akal.
Beberapa saat berlalu. "Ini..." Suara Hong perlahan, hampir tak yakin. "Ekin?" Isaac akhirnya mengangkat muka. Pandangan mereka bertemu. Senyuman nipis muncul di bibirnya.
"Kau memang dah tahu?"Hong tarik nafas perlahan, mata masih pada skrin. "Kami memang tahu pasal kes tu, lao ban. Semua orang dalam circle Danny tahu, dia yang bunuh."
Dia berhenti sekejap. "Tapi masa tu, dia dah lain." Isaac diam, bagi dia teruskan. Hong sambung, suara lebih rendah. "Dia dah start jadi macam lelaki. Rambut pendek, badan pun dah berubah, bukan macam dulu. Orang confuse tapi tak ada siapa peduli nak faham." Dia geleng perlahan. "Bagi kami, itu cuma kes gaduh lama yang jadi besar. Danny mati. Dia masuk penjara. Habis." Sunyi sekejap.
"Tak ada siapa nak gali lagi sebab semua orang pun ada benda nak sorok." Isaac sandar ke belakang, senyum nipis masih di bibir. "Jadi bukan tak tahu, cuma tak mau tahu." dia cakap perlahan. Hong terdiam. Kali ni, memang tak boleh nafikan. Rahang dia mengetat sedikit, tapi dia tak membalas. Dia tahu batas. Isaac menyandarkan siku ke meja, jari bertaut, pandangan tepat pada Hong.
Sunyi dalam bilik itu tak terus pecah walaupun Hong sudah berhenti bercakap. Isaac masih bersandar di kerusinya, mata dia tak beralih dari skrin, dari wajah Ash dalam video itu, dari bayang masa lalu yang tiba-tiba muncul semula selepas bertahun dia abaikan. Jari Isaac berhenti mengetuk meja. Beberapa saat dia hanya diam.
Kemudian dia bersuara, perlahan, tapi jelas.
"Aku bukan nak dia balik, Hong." Hong angkat muka sikit, tapi tak mencelah.Isaac tarik nafas perlahan, seolah-olah menyusun ayat yang memang sudah lama ada dalam kepala dia. "Aku tak peduli pun dia jadi apa sekarang. Nak jadi lelaki, nak buang semua benda lama... itu hal dia." Dia berhenti sekejap.
Pandangan dia masih pada skrin. "Tapi satu benda, dia tak boleh lari." Baru Isaac angkat muka, pandang Hong tepat. "Anak tu." Suasana terus jadi berat. Isaac sambung, kali ini lebih tegas, lebih jelas. "Aku cuma nak ambil balik anak aku." Ayat itu tak tinggi, dan keras tapi ada sesuatu dalam nada dia yang buat Hong terus diam. Hong berkerut sedikit, jelas dia cuba hadam. Dia pandang Isaac lama sebelum akhirnya bersuara.
"Kau yakin ke tu anak kau, lao ban?" Soalan itu keluar perlahan, penuh hati-hati. Isaac tak terus jawab. Dia hanya memandang Hong beberapa saat, kemudian kembali memandang skrin. Video itu masih pause, tubuh Ash yang keras, rahang yang tegang, langkah yang penuh kawalan. Senyuman nipis muncul di bibir Isaac. "Yakin?"
Dia ulang perkataan itu perlahan, seolah-olah mempertimbangkan. Kemudian dia bersandar semula, satu tangan naik menyentuh dagu. "Kalau bukan pun..." Dia berhenti. Mata dia naik semula, tepat menikam Hong.
"Aku tetap ambil." Hong terus diam. Isaac sambung, kali ini lebih perlahan, tapi lebih dalam.
ANDA SEDANG MEMBACA
AMPUNKAN AKU
RomanceEZLIN SYAFIRA. Seorang wartawan muda yang mempunyai jiwa yang kental dan berdisiplin dalam menjalankan tugasnya. Satu hari, dia terpaksa membuat liputan di sebuah tempat yang mana dia tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki ke situ. Perkenalann...
