BAB 36

13 2 0
                                        

Kereta Haikal meluncur keluar dari Kampung Baru, meninggalkan lorong sempit dan rumah kayu yang semakin menjauh di cermin sisi. Dalam kereta, suasana sunyi. Ezlin bersandar di kerusi penumpang. iPhone di tangannya menyala. Dia membuka semula gambar yang baru diambil tadi.

Dua pusara yang kemas, bersih yang jelas terjaga. Jari Ezlin berhenti pada skrin. Dia menelan perlahan. "Dia tak pernah tengok kubur mak dia..." Suara itu hampir berbisik. Haikal yang memandu, tidak terus menjawab. Matanya tetap pada jalan, tapi jelas dia mendengar setiap patah kata. Ezlin menyambung, perlahan. "Selama ni dia ingatkan mak dia sakit sebabkan dia."

Dia menghela nafas. "Padahal..." Ayat itu tergantung. Haikal akhirnya bersuara, rendah. "Padahal mak dia dibunuh." Ezlin berpaling sedikit. Haikal menyambung, nada semakin serius.
"Dan abang syak orang yang sama." Dia berhenti sekejap.
"Isaac..." Nama itu jatuh berat di antara mereka. Ezlin mengetap bibir. "Tapi kita tak ada bukti." Dia menggeleng kecil.

"Setakat Fahim saksi, tak cukup." Dia pandang Haikal.
"Polis pun tak percaya dia." Haikal tersenyum sinis. "Tak percaya." Dia mengetatkan genggaman pada stereng. "Atau buat-buat tak nampak." Ezlin mengerut dahi. "Maksud abang?"
Haikal menghela nafas. "Cara kes tu ditutup cepat sangat. Macam tak nak panjang cerita."

Dia menjeling sekilas ke arah Ezlin. "Abang dah lama kerja dengan kes macam ni, Lin." Nada dia tenang, tapi tajam.
"Kadang-kadang bukan polis tak mampu tapi diorang tak nak."
Ezlin terdiam sesaat sebelum bertanya. "Kenapa pula tak nak? Bukan tugas polis ke!" soalnya perlahan. Haikal tersenyum hambar. "Sebab orang macam Isaac..."

Dia menukar gear, mata masih fokus di hadapan. "Boleh buat apa saja. Dia banyak duit." Sunyi. Ayat itu tak perlu dihuraikan panjang. Beberapa saat berlalu. Ezlin kembali memandang skrin telefonnya. Gambar kubur itu masih terbuka. "Tak sangka..." Dia bersuara semula. "Ash ada anak. Dia langsung tak pernah cerita." Nada dia berubah. Haikal mengangguk sedikit.

"Bukan semua benda senang nak cerita." Ezlin menghela nafas.
"Tapi dia macam..." Dia mencari ayat. "Tak nak berterus terang." Haikal memandangnya sekilas. "Mungkin dia rasa bersalah." Ezlin diam. Haikal menyambung. "Lin... kita kena faham situasi dia." Nada dia lembut, tapi matang. "Dia dah lalu macam-macam. Benda paling susah dalam hidup dia... itulah yang dia cuba sembunyikan." Dia berhenti sekejap.

"Dan hakikat dia masih nak kongsikan cerita dia dengan awak..." Dia pandang Ezlin sekejap. "Itu dah cukup besar."
Ezlin menunduk sedikit. Haikal menyambung perlahan.
"Jangan push dia terlalu cepat. Slow-slow." Ezlin mengangguk kecil. Dia kembali teringat wajah Ashraff. "Budak tu..."

Ezlin tersenyum nipis, walaupun ada rasa berat. "Sebijik macam Ash." Haikal diam. Ezlin sambung lagi. "Macam Ash kuasa dua."
Haikal terdiam beberapa saat. Kemudian dia bersuara.
"Tapi abang nampak lain sikit." Ezlin berpaling. "Macam mana?"
Haikal menjawab tenang. "Muka dia seiras Danny." Ezlin terus mengerut dahi. "Abang nak kata Ashraff tu anak Danny?"

Haikal tidak terus mengiyakan. "Abang tak kata pasti." Dia mengetatkan rahang sedikit. "Tapi kemungkinan tu ada."
Ezlin memandang ke depan. "Tapi budak tu sendiri cakap dia tak tahu siapa bapak dia." Dia menggeleng perlahan.
"Fahim pun tak cakap apa-apa. Mungkin dia pun tak tahu."

Haikal mengangguk. "Itu lagi buat benda ni complicated."
Kereta terus bergerak, memasuki jalan yang lebih sibuk. Lampu isyarat di hadapan bertukar merah. Haikal memperlahankan kereta sebelum berhenti. Ezlin memandang keluar. Kemudian dia bersuara. "Saya kena jumpa Ash lagi." Haikal terus menyoal.
"Bila?" Ezlin berfikir sekejap. "Mungkin dalam masa terdekat."

Haikal mengangguk. "Abang ikut Lin." Ezlin terus berpaling.
"Hah? Mana boleh suka hati." Dia menggeleng. "Haritu saya nak masuk dengan pun Zamir pun dah macam-macam prosedur. Surat, kelulusan, soal siasat..." Haikal tersenyum kecil. "Abang bukan orang luar." Ezlin mengangkat kening.

AMPUNKAN AKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang