BAB 49

1 0 0
                                        

Bunyi notifikasi telefon bertalu-talu, bertindih antara satu sama lain. Semuany daripada WhatsApp, panggilan masuk, email. TV di ruang tamu pula tak berhenti ulang berita yang sama.

"Wartawan muda hilang secara misteri..."
"Kes kehilangan Ezlin Syafira jadi perhatian ramai..."

Skrin bertukar-tukar rakaman lama Ezlin, gambar profil dia, suara wartawan lain yang mula buat spekulasi di pelbagai stesen tv dan juga stesen radio.

"Kes jenayah terancang..."
"Mungkin ada kaitan dengan sindiket..."
"Masih tiada jejak..."

Rumah itu terasa semakin sempit. Telefon di tangan Haikal bergetar lagi. Satu panggilan, dua panggilan, tiga panggilan, tak berhenti. Dia pandang sekilas, unknown number. Kemudian masuk lagi satu, daripada media. Dia reject terus. Belum sempat dia letak, WhatsApp berbunyi. Group kerja.

'Encik Haikal, Ezlin pergi mana?'
'Zamir pun diam?"
'Boss besar tengah cari dia ni.'

Email masuk, notification bertindih. Telefon berdering lagi. Nama yang muncul ialah Dato' Zaid. Haikal rahang mengetat.
Dia diam sekejap. Telefon terus berdering. Akhirnya dia angkat.
"Hello." Suara di hujung sana terus menekan.
"Haikal, apa jadi dengan Ezlin?" Nada serius. Tak ada basa-basi.

"Dia bawah team kau. Macam mana dia boleh hilang?" Haikal pejam mata sekejap. "Dato... saya tengah cari."
"Cari? Ini bukan budak biasa hilang. Ini wartawan! Kau tahu tak media lain dah mula ambil cerita ni?" Haikal tarik nafas perlahan. "Ya, saya tahu. Anggota polis tengah usaha jejak dia.
"Saya nak jawapan. Cepat." Panggilan dimatikan.

Sunyi tak sampai dua saat, telefon berdering lagi. Nama yang muncul kali ini, Puan Irdina. Tangan Haikal kaku sekejap.
Dia angkat. "Mak cik..." Suara di hujung sana terus pecah.
"Haikal... Ezlin mana?!" Tangisan jelas.
"Dia selalu dengan kamu, kan? Beritahu mak cik hal sebenar..."
Haikal diam. Dada dia rasa berat.

"Mak cik... saya tengah cari dia sekarang."
"Cari macam mana? Dia tak pernah hilang macam ni..." Suara itu makin lemah. "Haikal... jangan sorok apa-apa dengan mak cik..." Haikal telan liur. "Mak cik, saya janji... saya akan jumpa dia." Tangisan di hujung sana tak berhenti. Call ditamatkan perlahan.

Belum sempat dia letak, telefon berbunyi lagi. Encik Ariff.
Haikal terus jawab. "Pak cik..." Suara lelaki itu keras.
"Kalau kau tahu apa-apa... jangan sorok. Beritahu pak cik sekarang." Haikal genggam telefon kuat.
"Saya tengah usahakan, pak cik."
"Usahakan cepat. Aku tak nak apa-apa jadi dekat anak aku."

Panggilan mati. Haikal tunduk. Belum habis, telefon berbunyi lagi. Kali ini dari Haji Zain pulak. Dia angkat perlahan. "Atok..."
Belum sempat dia habiskan ayat, suara lelaki tua itu terus menusuk. "Haikal Ridzwan... Kau dah janji nak jaga Lin dengan atok." Nafas Haikal tersekat. "Macam mana dia boleh hilang?"

Tanpa jeritan dan marah. Tapi ayat itu lebih berat dari semuanya. Haikal pejam mata. "Atok..." Tiada jawapan lain yang mampu keluar. Panggilan ditutup. Telefon masih bergetar.
Group keluarga, group saudara, sepupu-sepupu.
Semua masuk bertubi-tubi.

"Haikal, betul ke Lin hilang?"
"Apa jadi sebenarnya?"
"Mak Long dengan pak long call tak berjawab..."

Dia pandang skrin itu beberapa saat. Kemudian, dia matikan telefon. Telefon dihempas ke atas meja. Dia raut muka kasar.
Nafasnya berat. Tiba-tiba.

BAM! BAM!

Penumbuknya menghentam dinding. Dia berhenti. Bahu naik turun, kepala serabut. Rasa marah, bersalah, takut, semua bercampur. Fahim yang dari tadi memerhati, akhirnya bersuara.
"Kau okay?" Haikal ketawa kecil, kering. "Tak." Sunyi beberapa saat. Kemudian Haikal bersandar ke dinding.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: 5 hours ago ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

AMPUNKAN AKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang