'oh kau belagak dengan aku, k takpe. kau tunggu Azmirul Hayyad apa yang aku akan buat. mentang-mentang dah kawin, ni Farah Nabiha la. huh!' Bisik hati Farah. Geram. Sakit Hati dengan layanan Azmi.
*flashback*
Farah Nabiha adalah anak tunggal Dato' Mansor. Farah juga adalah sepupu kepada Azmirul Hayyad Dato' Seri Helmi, mereka rapat sejak kecil. Bermain, Tidur, Bercerita semua bersama. Dimana ada Azmi, disitu ada Farah. Mereka memang akrab. Seperti isi dan kuku.
Sejak mereka habis sekolah menengah, mereka melanjutkan pelajaran di tempat berlainan. Sejak itulah mereka renggang kerana sudah berjauhan.
Azmi melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di dalam Malaysia sahaja, kerana Azmi alah kepada tempat yang terlalu sejuk, dan sebab itulah Azmi mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam Malaysia sahaja walaupun Papanya mampu untuk biaya pelajarannya di Luar Negara. Manakala Farah pula melanjutkan pelajaran ke luar negara, ingin tukar citarasa katanya.
Azmi berkenalan dengan Iffah dan disitulah terjalinnya hubungan percintaan mereka. Setelah hubungan mereka serius, Azmi kurangkan berhubung dengan Farah, dan Azmi perasan banyak perubahan yang dilihat pada wanita tinggi lampai itu.
Jika pulang ke kampung dan berkumpul, Azmi menilik dan memerhati setiap inci pakaian Farah. Pakaian yang dulunya labuh, menutup semua yang perlu ditutup walaupun tidak bertudung, tapi Farah masih nampak sopan dengan pakaiannya. Tapi setelah Farah duduk lama di negara orang, pakaian Farah semua terdedah dan makin mendedah apa yang sudah terdedah. fuh! Azmi jelek dengan perubahannya.
Azmi perasan bila berjumpa dengan Farah samada dirumahnya atau di rumah Farah, Farah saja mendekatkan dirinya, dan mengusap-usap lengan Azmi. Naik berdiri segala bulu romanya. Merinding. Seram. Bukan setakat itu, Farah seolah seperti menggoda Azmi dengan peha yang putih gebu seperti susu.
'Mirul, U sihat?' manja pertuturannya.
'Sihat je mcm yang ada depan mata U'. Balas Azmi malas.
'Apakata kalau emm this weekend kita date? nak? Dah lama tak date berdua dgn U. Please Baby..' Farah merengek. Manja. Cukup membuat iman Azmi bergetar.
'Hmm I busy lah. U ajak lah oranglain. Malas lah..' Azmi mengelak. Menahan kekuatan imannya yang tunggu masa untuk runtuh.
'Nope! i want you, and i need you baby.. please sayang.. as a cousin..'
'hmm yela, sebab U sepupu I. I setuju..'.
'yes! thanks Mirul. Missyou damn much!'. farah bersorak. aku menang!
***
Seperti yang dijanjikan Azmi dan Farah keluar bersama. Azmi antara 'paksarela' keluar bersama sepupunya. Gaya mereka bukan seperti sepupu, tapi lebih kepada Boyfriend dan Girlfriend. Mana tidaknya, Farah dok lekat kepit lengan Azmi seperti risau kehilangannya. Azmi rimas, banyak kali dia mengelak, tapi Farah tetap melekat. Akhirnya, Azmi pasrah.
Haritu Farah mengenakan skirt pendek separas lutut dan dikenakan dgn blause pendek ngam-ngam paras pinggang. Farah sengaja memakai sebegitu kerana ada agenda tersendiri.
Pada mulanya Azmi seperti tidak keruan, tapi dibiarkan sahaja tidak melayan keinginannya kerana wanita lampai didepannya adalah sepupunya..
hampir satu hari Azmi melayan Farah shopping membeli barang keperluannya. Azmi letih melayan kerenah mengada sepupunya.
'Mirul, jom kita pergi minum dulu sebelum balik? I haus la..' Rengek Farah.
'yelah, kita pergi cafe kat area rumah sewa I..' Azmi mengalah..
YOU ARE READING
BAHAGIA MILIKKU
Romancedi sebalik senyuman. pastikah ada bahagia? setelah kebahagiaan hampir dikecapi, dugaan datang menimpa. siapakah pilihan Azmirul Hayyad Dato' Helmi? Shariffah Emelda Nordin seorang gadis biasa, lemah lembut ataupun Farah Nabiha Dato' Seri Mansor? m...