Bergegas Azmi memasuki rumah Farah, dia terpaksa. Takut terjadi apa-apa kepada Farah. Pantas Azmi menyusun langkah ke arah tangga dan mendaki secepat yang mungkin. Sampai di bilik Farah dia mencari kelibat Farah, tetapi tiada. Kosong.
'Farah, where are you? Are you okay?' Azmi memanggil Farah, tapi tiada sahutan. Azmi mengulang sekali lagi, tapi tiada. Semasa Azmi memusingkan badan untuk ke arah pintu tiba-tiba..
Pappppppppppp!
Satu benda keras mengenai kepalanya. Pandangan Azmi kabur, kepalanya seperti ada burung sedang beterbangan berpusing di atas kepalanya, terasa ada cecair pekat mengalir di dahinya. Azmi terus tidak sedarkan diri.
***
Ifahh yang sedang lena tidur tiba-tiba tersedar kerana terdengar frame gambar yang berada di atas meja perhiasan yang berdekatan dengan tingkap biliknya jatuh, mungkin angin terlalu kuat dari luar, kerana tadi Ifah lupa ingin menutup tingkap biliknya. Ifah istighfar. Terkejut. Semasa dia mencelikkan matanya dia melihat disisinya, Azmi masih tidak pulang. Apakah yang jadi kepada suaminya itu?
Ifah terus ke arah tingkap, menutup tingkap, dan melihat kereta Azmi masih tiada di tempatnya. Jam sudah menunjukkan ke pukul 11.30, Ifah terus mengutip semula Frame gambar perkahwinannya. Ifah mula tidak sedap hati. Apa yang berlaku ke atas suaminya. Dalam hatinya hanya mampu berdoa semoga tiada apa-apa yang berlaku. Selesai mengutip frame trrsebut,Ifah kembali semul di katilnya, dicapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja lampu tidur, di dail nombor suaminya. Tapi hampa, tiada jawapan, hanya suara operator yang meninggalkan pesanan.
***
'Hahaha, malam ini kau milik aku lagi sekali Mirul. U're mine sayang, u're mine ever. !' Farah ketawa besar seperti orang hilang kewarasan.
Farah yang melibaskan kayu besbol yang didapati dari Hairy, dengan nafsunya untuk mendapatkan Azmi dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia dapat apa kemahuannya. Farah menang!
Farah pantas melakukan kerjanya, Farah memasing video camera, disasarkan ke arah katil tidurnya, ditarik Azmi yang sado itu ke atas katil, dengAn kerahan tenaganya Farah berjaya mengangkat Azmi berbaring di atas katil. Setelah itu, Farah mengikat kedua belah tangan Azmi di kepala katil bagi tidak mudah Azmi lari daripadanya.
Seusai semuanya, Farah menuruni anak tangga untuk mengunci kereta, pintu rumah utama bagi memastikan tiada gangguan dalam perancangannya. Setelah berpuashati dengan keselamatan rumah, Farah terus menuju ke bilik tidurnya yang hanya dilimpahkan cahaya malap lampu tidur. Ohh romantiknya, seperti malam pertama. Hahahah bisik nakal hati Farah.
YOU ARE READING
BAHAGIA MILIKKU
Romancedi sebalik senyuman. pastikah ada bahagia? setelah kebahagiaan hampir dikecapi, dugaan datang menimpa. siapakah pilihan Azmirul Hayyad Dato' Helmi? Shariffah Emelda Nordin seorang gadis biasa, lemah lembut ataupun Farah Nabiha Dato' Seri Mansor? m...