Hairy dan Azmi memulakan perbualan kosong mengenai projek mereka. Satu demi satu perkara di bualkan. Mereka berhenti berbincang seketika bg memberi laluan kepada pelayan restoran yang sedang menghantar pesanan mereka. Setelah selesai pelayan memberikan perkhidmatannya, pelayan tersebut berlalu pergi dgn senyuman yang terukir.
'So, U ni sepupu Farah Nabiha la? Oh I see. Small world. haha..' Hairy bersuara setelah suasana kembali suram dgn kedatangan pelayan tadi.
'Yes I'am.. Cemana U kenal dia?
'Oh, Dia kawan I time kami dekat Uk dulu, lain course, but kami berkawan sebab sesama melayu time tu..'
'Oh I see.. Farah tu sepupu belah my dad, before we further study, we're close, payah renggang. Bila dah besar, mungkin ada malu, tu yang kurang dah. hehe' Azmi taktau mahu menjawab apa mengenai Farah, dia tak berminat. Cukup setakat berbual kosong.
'Oh biasa lah tu, nasib U tak kena kawin dgn sepupu sendiri. setengah orang mcmtu kan..' Hairy sengaja menembak sasaran, terkena atau tak bergantung pada nasib.
'Uhuk. uhuk..' Azmi tersedak bila isu yg dikaitkan terkena batang hidung sendiri. Azmi mencapai cawan, dan menyedut laju bg melegakan tekaknya.
'Eh sory bro! ada yang mengutuk ke? hehe. perlahan-lahan bro.'Hairy menepuk bahu Azmi.
'eh! no hal beb. I yang laju sangat makan. haha.'
Seusai makan tengahari, mereka bertukar kad perniagaan, sebelum pulang ke pejabat masing-masing.
***
Azmi pulang kerja awal, seperti biasa. Badannya letih, seperti tidak sihat dirasakan kini. Dia terus mencampakkan dirinya ke atas katil, Ifah tidak kelihatan di bilik waktu itu, kerana semasa Azmi pulang dia melihat Isterinya sedang memasak untuk makan malam. Azmi baring di atas katil, dgn kekuatan suhu penghawa dingin, Azmi terus terlelap.5 minit kemudian,Ifah naik ke bilik tidurnya. Mendaki tangga dari satu tangga ke satu tangga. Bila sudah berada di hadapan pintu bilik, pintu dikuak perlahan terlihat wajah Azmi yang kepenatan. Ifah menuju ke arah suaminya, dia duduk di sisi suaminya, tiba-tiba telefon bimbit Azmi berbunyi menandakan isyarat mesej masuk. ifah mencapai dan membuka mesej tersebut
from:Farah Nabiha
hai sayang! jumpe malam nanti di hotel biasa. I tunggu U. muah! tak sabar :*Hati Ifah berdegup laju, sampai hati suaminya curang di belakangnya saat dia tengah sarat. Airmata jernih mengalir dipipi. Curang bersama sepupu sendiri. Ifah terus meletakkan semula telefon suaminya, dan terus melangkah ke tandas untuk membersihkan dirinya.
YOU ARE READING
BAHAGIA MILIKKU
Любовные романыdi sebalik senyuman. pastikah ada bahagia? setelah kebahagiaan hampir dikecapi, dugaan datang menimpa. siapakah pilihan Azmirul Hayyad Dato' Helmi? Shariffah Emelda Nordin seorang gadis biasa, lemah lembut ataupun Farah Nabiha Dato' Seri Mansor? m...