'Takpe la, kalau orang nampak pun kan dgn isteri B, bukan dgn orang lain..' Azmi mengenyit mata nakal.
Azmi menggenggam erat jari mulus isterinya. Dia masuk ke rumah tersebut bila pintu utama sudah dibuka dgn kunci yang ada padanya. Langkah di atur untuk ke tingkat 3 rumah agam itu, Ifah hanya mengikut langkah suaminya. Genggaman semakin erat seperti tidak mahu dilepaskan.
Azmi membawa Ifah ke bilik belakang dan di buka pintu sliding dan menuju je balkoni. Dia nampak ada senyuman di wajah isterinya.
'Biy, cantiknya! kat sini kita boleh nampak sunset. lepasni takyah la pegi jauh2 nak tengok sunset kan..' Ifah pantas memeluh tubuh sasa suaminya. Melentukkan kepala ke dada suaminya. Tenang. Aman. wangi.
Azmi merangkul tubuh isterinya. Erat. Semakin sayang kepada isterinya. Dia tahu isterinya sangat teruja bila melihat matahari terbenam. Dia memang memilih rumah itu atas sebab keistimewaannya yang satu ini.
'Sayang, sayang suka semua ni? hm?
'Sayang suka sangat,terima kasih wahai suamiku.
'B janji akan jadi yang terbaik untuk sayang. B janji akan jadi Ayah yang penyayang untuk bakal anak-anak kita. Sayang janji dgn B jangan pernah tinggal B ye..' azmi mengemaskan rangkulan di pinggang ramping isterinya.
'Sayang janji akan setia dgn b sampai akhir hayat sayang. Takda siapa yang boleh pisahkan kita kecuali dgn ketentuanNya. Susah senang kita sesama hadapi ye sayangku suamiku. Ifah sayang abang sangat2..' Ifah ikhlas. ada airmata yang bertakung ditubir mata. Pantas disekat kasar.
'Sayang nangis?'
'Mana ada lah, jiran sebelah potong bawang ler ni..'
'Jangan membongak boleh? Jiran pun takda lagi sayang..' Azmi mencuit hidung kecil isterinya. Bahagia.
'ehh! takda jiran lg ea? alamak kantoi! hahaha.. ' Ifah malu. lalu ketawa kuat.
'Mengada. nak tipu kaki drama. come on baby..haha bulan depan kita pindah, okay sayang??'
ifah mengangguk. Setuju. tapi..
'Kejap, rumah yang sekarang mcm mana B? Jual?' ifah meneka.
'Mana boleh jual, banyak kenangan dalam tu. Kita try sewakan ataupun buat homestay. boleh dapat income..' Azmi bercadang. Azmi masih tidak cadang lagi tentang rumah tersebut. biarkan dulu.
YOU ARE READING
BAHAGIA MILIKKU
Romancedi sebalik senyuman. pastikah ada bahagia? setelah kebahagiaan hampir dikecapi, dugaan datang menimpa. siapakah pilihan Azmirul Hayyad Dato' Helmi? Shariffah Emelda Nordin seorang gadis biasa, lemah lembut ataupun Farah Nabiha Dato' Seri Mansor? m...